Info Kerjaya Malaysia

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai eFilling LHDN dan Cara Login ezHasil

10,032

Borang Cukai eFilling LHDN

Sudahkah anda menghantar Borang Cukai eFilling LHDN anda? Jika belum, anda perlu menyiapkan borang tersebut untuk dihantar sebelum tarikh akhir yang ditetapkan oleh LHDN.

Ini adalah selaras dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak LHDN dimana tarikh menghantar borang cukai dilanjutkan kepada tarikh seperti diatas kerana kekangan yang dihadapi oleh pembayar cukai dalam untuk mengemukakan borang tersebut akibat PKP dan PKPB akibat Covud-19.

Rujuk kenyataan media seperti dibawah.

Senarai Tarikh Akhir Borang eFilling LHDN

Berikut adalah senarai tarikh akhir untuk menghantar borang mengikut jenis borang dan kategori.

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai eFilling LHDN dan Cara Login ezHasil

Panduan Penghantaran Borang eFilling LHDN

  • Jika terdapat sebarang pindaan tarikh ianya tertakluk kepada sebarang perubahan dari LHDNM.
  • BNCP yang dikemukakan melalui e-Filing selepas tarikh akhir pengemukaan borang berkenaan dianggap sebagai telah diterima dalam tempoh yang ditetapkan jika borang diterima dalam tempoh yang ditetapkan jika ia diterima dalam tempoh tambahan masa selepas tarikh akhir pengemukaan borang.
  • Contoh 1 : Tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2019 adalah 30 April 2020. Tambahan masa diberikan sehingga 30 Jun 2020 bagi pengemukaan secara e-Filing, pos atau serahan tangan. Jika pembayar cukai mengemukakan Borang e-BE Tahun Taksiran 2019 pada 1 Julai 2020, BN tersebut akan dianggap sebagai lewat diterima mulai 1 Mei 2020 dan boleh dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967.
  • Contoh 2 : Tempoh perakaunan amanah pelaburan harta tanah (REIT) berakhir pada 31 Mei 2020. Tarikh akhir pengemukaan BN bagi REIT (Borang TR) Tahun Taksiran 2019 adalah 31 Disember 2020. Tambahan masa diberikan sehingga 6 Januari 2021. Sekiranya Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menerima BN tersebut melalui pos pada 7 Januari 2021, BN tersebut akan dianggap sebagai lewat diterima mulai 1 Januari 2021 dan boleh dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967.
  • Tambahan masa ini juga terpakai untuk bayaran baki cukai di bawah subseksyen 103(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) / subseksyen 48(1) Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 [APCP 1967] bagi BN (kecuali Borang E, Borang P dan Borang CPE) yang dikemukakan melalui e-Filing / pos.

Rujukan Tambahan Masa

Tindakan Gagal Kemuka Borang

Jika gagal kemukakan borang dalam tempoh yang dibenarkan, tindakan yang boleh diambil berdasarkan tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata berkenaan seperti :

  • Borang Nyata selain Borang E dan Borang P.
  • Tindakan di bawah subseksyen 112(1) ACP 1967 / subseksyen 51(1) APCP 1967.
  • Pengenaan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967 / subseksyen 51(3) APCP 1967.
  • Borang E dan Borang P.
  • Tindakan di bawah subseksyen 120(1) ACP 1967.

Alamat Menghantar Borang

Berikut adalah alamat rasmi penghantaran borang nyata cukai :

Borang C1/PT/TA/TC/TR/TN

Pusat Pemprosesan Maklumat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia,
Menara Hasil,
No 3, Jalan 9/10, Seksyen 9,
Karung Berkunci 221,
43659 Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Borang E*/BE/B/BT/M/MT/P/TP/TF/TJ

Pusat Pemprosesan Maklumat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia,
Menara Hasil,
No 3, Jalan 9/10, Seksyen 9,
Karung Berkunci 222,
43659 Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Cara Login ezHasil

Seperti anda tahu, pihak LHDN telah berusaha memudahkan orang ramai untuk melengkapkan, mengira dan mengemukakan BNCP secara elektronik dan online.

Jika anda ingin login ke ezHasil untuk lengkapkan borang, anda boleh terus rujuk pautan seperti dibawah untuk panduan login ezHasil.

Cara Buat eFilling Cukai Pendapatan 2020 Untuk Kali Pertama

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Jika anda memerlukan bantuan serta pertanyaan berkaitan efilling serta inginkan maklumat lanjut mengenai efilling ini, anda boleh pergi ke kaunter LHDN yang terdekat atau hubungi pihak LHDN di :

Soalan Lazim

1. Bagaimana untuk membuat permohonan no. pin e-Filing?

Pembayar cukai boleh membuat permohonan melalui: a) Borang Maklum Balas di Portal Rasmi LHDNM di pautan: https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/msMY ATAU b) Panduan Pengguna di pautan: https://ez.hasil.gov.my/CI/Bantuan_Anon.aspx

2. Bagaimana untuk mendaftar nombor cukai pendapatan?

Pendaftaran nombor cukai pendapatan dalam talian boleh dibuat melalui aplikasi e-Daftar. http://edaftar.hasil.gov.my/index.php

3. Jika terlupa kata laluan e-Filing, apa perlu saya buat?

a) Pembayar cukai yang mempunyai alamat e-mel berdaftar atau nombor telefon bimbit berdaftar dengan LHDNM:  Klik set semula kata laluan melalui menu ‘Terlupa Kata Laluan’ di ezHASiL. b) Pembayar cukai yang tiada alamat e-mel dan nombor telefon bimbit berdaftar; atau terdapat perubahan pada alamat e-mel berdaftar dan juga nombor telefon bimbit berdaftar:- Kemas kini maklumat melalui Borang Maklum Balas di Portal Rasmi LHDNM di pautan: https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY

4. Adakah LHDNM akan memberikan tambahan masa bagi pengemukaan borang nyata secara manual atau e-Filing?

Tambahan masa diberikan seperti Program Memfail Borang Nyata bagi Tahun 2020 (Pindaan 3/2020).

5. Siapakah yang layak untuk mendapat penangguhan bayaran CP204 selama 3 bulan mulai April 2020 hingga Jun 2020?

Semua jenis perniagaan yang berstatus Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

6. Siapakah yang layak untuk mendapat penangguhan bayaran CP204 selama 9 bulan mulai April 2020 hingga Disember 2020?

Semua syarikat yang berkaitan dengan industri pelancongan (termasuk yang berstatus PKS).

close-image