Ini 11 Laluan Mudah Bagi Anda Yang Berminat Untuk Menjadi Cikgu

30,847

Berminat Untuk Menjadi Cikgu

Anda sangat berminat untuk menjadi seorang cikgu sekolah? Tetapi tidak tahu dengan pasti apakah cara yang lain selain daripada permohonan melalui lepasan SPM dan Ijazah? Dikongsikan disini 11 cara untuk anda mohon pekerjaan sebagai seorang cikgu.

Ini 11 Laluan Mudah Bagi Anda Yang Berminat Untuk Menjadi Cikgu

11 Laluan Mudah Menjadi Guru

Berikut adalah 11 laluan mudah menjadi guru yang ada di Malaysia yang boleh anda mohon :

1. SPM – IPG 

Ini adalah laluan mudah bagi pelajar lepasan SPM terutamanya bagi anda yang mendapat keputusan cemerlang antara 4 hingga 5 A dan ke atas. Anda boleh mohon melalui kemasukan ke Institut Perguruan Malaysia (IPGM).

Anda perlu mengikuti latihan selama 5 iaitu 1 tahun persediaan dan 4 tahun tambahan bagi program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan mengajar sekolah rendah setelah tamat pengajian. KPM juga menyediakan laluan khas terus temuduga kepada pelajar lepasan SPM yang layak dan berminat menjadi guru.

2. SPM-Matrikulasi-Universiti

Terdapat cara yang seterusnya iaitu selepas SPM, anda perlu mohon masuk ke kolej matrikulasi dan mohon di universiti yang menawarkan program perguruan setelah anda mendapat keputusan peperiksaan yang bagus.

Anda boleh ikuti cara ini jika berminat untuk menjadi guru sekolah menengah.

3. SPM-STPM-Universiti

Bagi anda yang ingin mengajar subjek tertentu di sekolah menengah seperti subjek Kimia, Fizik, Ekonomi, Perdagangan, Pengajian Am, Biologi dan sebagainya, anda hanya perlu menyambung pengajian dalam tingkatan 6 dan ambil STPM dan seterusnya menyambung pengajian di universiti dalam pengajian pendidikan

4. STPM-Universiti

Cara ini mempunyai beberapa persamaan dengan laluan di atas dan majoriti lepasan program perguruan ini akan dihantar untuk mengajar sekolah menengah melainkan mereka mengambil subjek sekolah rendah.

5. Diploma-Universiti

Jika anda menyambung pengajian di tahap diploma seterusnya ijazah, anda boleh menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perguruan di universiti yang ditawarkan kepada anda.

Anda akan sambun gpengajian selama 4 tahun dan mungkin tempoh pengajian lebih pendek sekiranya universiti membenarkan anda membuat pengecualian subjek.

6. Ijazah-DPLI

Anda yang sudah mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam apa jua bidang boleh memohon kursus DPLI atau Diploma Perguruan Lepasan Ijazah.

Anda akan menerima elaun dan terikat dengan perjanjian kontrak dengan KPM selama 2 tahun.

7. Ijazah-KPLI

KPLI atau Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru (IPG) selama 1 tahun sahaja dan terhad bagi pengajian subjek kritikal seperti Bahasa Inggeris, KHB, Pendidikan Khas dan diperlukan dalam kadar yang segera.

8. Ijazah-JQAF

Sesuai untuk anda yang mempunyai ijazah dalam bidang pengajian Islam, Bahasa Arab atau yang berkaitan. Anda berpeluang untuk terus menjadi Guru JQAF disekolah yang ditetapkan oleh KPM.

Anda harus mengikuti pengajian semasa cuti selama 2 tahun dan akan di tempatkan semula di sekolah lama dan bergantung pada kekosongan.

9. Ijazah-MRSM

Apa kata anda mencuba nasib dengan menjadi guru MRSM dan ia adalah satu laluan mudah untuk anda sekiranya anda merupakan bekas pelajar MRSM dan bekas penerima biasiswa MRSM.

Anda hanya perlu peka dengan iklan daripada MRSM dan bergantung pada kekosongan subjek dan keperluan.

 10. Ijazah

Anda boleh menjadi guru sekolah swasta dan sekolah antarabangsa sekiranya ada keperluan berdasarkan kelayakan bakal guru.

Anda hanya perlu mengekalkan prestasi agar kontrak anda disambung dari masa ke semasa.

11. Ijazah- Teach for Malaysia

Ini merupakan satu laluan yang disediakan oleh NGO iaitu NGO Teach For Malaysia  yang aktif menyediakan guru-guru bagi subjek kritikal di sekolah yang memerlukan guru untuk subjek tersebut.

Pemohon akan disaring dan diberikan penempatan sekolah serta perlu menghadiri kursus pemantapan perguruan.

Anda akan bekerja secara kontrak selama 2 tahun dibawah NGO Teach For Malaysia.

Ini 11 Laluan Mudah Bagi Anda Yang Berminat Untuk Menjadi Cikgu

Melalui 11 cara atau laluan ini, pastinya anda dapat mencapai cita-cita dan impian untuk menjadi seorang guru.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image