Info Kerjaya Malaysia

Jangan Guna Email Dari Yahoo Untuk Urusan i-Akaun Lestari, Kerana Ia Tidak Dapat Diproses

584

Jangan Guna Email Yahoo Untuk Pendaftaran i Akaun Lestari

Untuk pendaftaran i Akaun Lestari KWSP pastikan anda tidak menggunakan email dari Yahoo. Anda perlu rujuk kembali dan faham syarat-syarat permohonan di bahagian (E) sebelum mengisi borang permohonan ini.

Antaranya syarat permohonan di bahagian (E) di dalam borang i Akaun Lestari menyatakan seperti berikut:

Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun

Rujuk perkara no 4, anda tidak digalakkan untuk menggunakan email yang dihantar melalui Yahoo.com kerana ia tidak dapat diproses disebabkan isu teknikal.

Jadi sebelum mengemukakan permohonan anda pastikan anda telah sediakan email alternatif dari penyedia email yang lain sama ada dari Google Gmail dan lain-lain.

Ahli hanya dibenarkan membuat permohonan secara e-mel sebanyak satu (1) kali sahaja. Sekiranya permohonan ini ditolak, permohonan seterusnya hendaklah dibuat melalui Kios/Kaunter KWSP (Rujuk Bahagian F, perkara no 3).

Di bawah merupakan langkah-langkah pendaftaran i Akaun Lestari, anda boleh rujuk tutorial ringkas berikut.

Pendaftaran i Akaun Lestari KWSP

Pendaftaran Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP merupakan antara bantuan untuk rakyat yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin COVID-19 selain dari permohonan BPN bpn.hasil.gov.my.

Melalui Pendaftaran Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP ini, pencarum KWSP berusia bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran KWSP akaun 2 sebanyak RM500 sebulan selama tempoh 12 bulan.

Tujuan utama kerajaan membenarkan pengeluaran i-Lestari ini adalah untuk membantu ahli KWSP meneruskan kelangsungan hidup sepanjang penularan wabak COVID-19 ini. Terutamanya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.

Baca juga: Lupa ID dan Kata Laluan i-Akaun KWSP? Ikut Langkah Ini Untuk Dapatkan Semula

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pendapatan keseluruhan rakyat Malaysia telah terjejas. Secara tidak langsung atau tidak, banyak jenis pekerjaan, perniagaan dan perkhidmatan terpaksa dihentikan buat sementara.

Kepada pencarum KWSP, anda boleh memohon untuk membuat pengeluaran i-Lestari KWSP akaun masing-masing melalui pautan dan panduan pengeluaran di bawah.

Berikut adalah info lanjut tentang i-Lestari KWSP dan cara membuat pendaftaran permohonan serta pengeluaran secara online. Semoga perkongsian Pendaftaran Permohonan Pengeluaran Online iLestari ini dapat membantu memudahkan urusan pengeluaran anda.

Apa Itu Pengeluaran i-Lestari

Apakah i-Lestari dan bagaimana prosedur pengeluaran KWSP akan berlangsung adalah seperti berikut:

  1. Pengeluaran maksimum RM500 daripada Akaun 2 sahaja.
  2. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
  3. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti dalam situasi di bawah (b)

Situasi :

  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Objektif Pengeluaran iLESTARI

Di bawah merupakan 2 objektif utama pengeluaran i-Lestari yang anda sebagai pencarum KWSP perlu tahu.

  1. Meringankan beban kewangan ahli melalui tambahan aliran wang tunai bagi memenuhi keperluan perbelanjaan asas kehidupan
  2. Inisiatif di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terkesan dalam keadaan ekonomi dan kewangan semasa negara

Tempoh Pengeluaran

Tempoh Pengeluaran i-Lestari KWSP

Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

*(Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)

Kelayakan Pengeluaran iLestari

Kelayakan Pengeluaran i-Lestari KWSP

Siapa yang layak memohon i-Lestari?

Pencarum yang layak memohon i-Lestari adalah terdiri daripada mereka yang memenuhi kriteria berikut :

  1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
  2. Berumur di bawah 55 tahun; dan
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

Amaun Yang Boleh Dikeluarkan

Amaun Pengeluaran i-Lestari KWSP

Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.

Namun jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.

Tarikh Penerimaan Bayaran

Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.

Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

3 Cara Permohonan i-Lestari KWSP

Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar kepada KWSP mulai 1 April 2020 melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)
  2. Secara e-mel yang dialamatkan kepada: [email protected]; atau
  3. Secara hantaran pos kepada alamat :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya dengan catatan (UP : i-Lestari) pada bahagian hadapan sampul surat

Ahli disarankan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran) untuk mempercepatkan proses kelulusan.

Permohonan secara manual yang dihantar melalui kaedah (b) dan (c) akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

Permohonan pengeluaran oleh ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui kaedah (b) dan (c) sahaja.

Cara Daftar i-Akaun KWSP

Seperti yang dinyatakan, anda boleh membuat permohonan i-Lestari dengan lebih mudah melalui i-Akaun.

Dengan mendaftar i-Akaun juga, anda boleh memohon e-Pengeluaran dengan lebih cepat.

Jadi di sini kami kongsikan cara daftar i-AKaun KWSP secara ringkas:

  1. Dapatkan ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat / kios KWSP berdekatan.
  2. Layari www.kwsp.gov.my, pergi kepada ikon ‘Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
  3. Selepas anda setuju, anda perlu  pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.
  4. Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
  5. Log masuk dengan maklumat akaun baru anda
  6. Kini anda boleh membuat permohonan i-Lestari melalui e-Pengeluaran KWSP.

Berikut disertakan sekali soalan lazim asas (FAQ) berkaitan pengeluaran i-Lestari KWSP.

Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut boleh e-mel ke : [email protected] atau hubungi 03-8922 6000.

Lawati Facebook rasmi KWSP untuk update terkini :https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/

close-image