Info Kerjaya Malaysia

Download Aplikasi MySejahtera: Aplikasi Khas Bagi Membantu KKM Menangani Penularan COVID-19

1,151

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ianya membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:

  • Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID -19
  • Membantu individu mengenalpasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID -19
  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID -19
  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID -19

BAGAIMANA DAFTAR & DOWNLOAD MYSEJAHTERA?

Untuk mendaftar, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Langkah 1: Imbas Kod QR di bawah atau klik pautan https://mysejahtera.malaysia.gov.my
  • Langkah 2: Masukkan nombor telefon bimbit anda atau alamat e-mel anda
  • Langkah 3: Tekan ‘Hantar’. Anda akan menerima one time pin (OTP) melalui SMS daripada MySMS 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau emel (jika mendaftar menggunakan emel)
  • Langkah 4: Masukkan OTP yang diterima dan tekan ‘Hantar’
  • Langkah 5: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan ‘Hantar’. Anda akan mendapat mesej ‘Pendaftaran Berjaya’
  • Langkah 7: Muat turun aplikasi MySejahtera dan log masuk

Apakah jenis klasifikasi tahap kesihatan yang dinyatakan dalam aplikasi MySejahtera?

# Klasifikasi Penerangan
1 Low Risk Individu yang mempunyai risiko rendah terhadap jangkitan COVID-19.
2 Casual Contact Individu yang berkemungkinan terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19.
3 Close Contact Individu yang telah dikenalpasti terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19. Ini bermaksud

  • Pekerja kesihatan yang terdedah kepada COVID-19 (termasuk memberi rawatan secara langsung kepada pesakit COVID-19 tanpa menggunakan PPE, bekerja dengan pekerja kesihatan yang terjangkit dengan COVID-19, menziarahi pesakit atau tinggal bersama pesakit COVID-19)
  • Bekerja bersama-sama atau berkongsi bilik darjah bersama pesakit COVID-19
  • Mengembara bersama pesakit COVID-19
  • Tinggal di rumah bersama-sama pesakit COVID-19
4 Person Under Surveillance (PUS) Individu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19 seperti yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 14 hari.
5 Person Under Investigation (PUI) Individu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19 seperti yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 14 hari sebelum kemunculan simptom atau pernah menghadiri perhimpunan ramai (mass gathering).
6 Confirmed Case Individu yang telah diuji positif untuk COVID-19.

 

close-image