Di Mana No Siri BPN (No Baucar) Akan Diberikan Dalam Laman Web BPN?

46,334

Seperti yang kita tahu, apabila membuat pendaftaran untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kita perlu masukkan nombor akaun bank di dalam maklumat permohonan.

Rasmi: Semakan No Siri BPN kini di buka.

Ini untuk memudahkan proses pembayaran BPN dan bayaran tunai akan dikreditkan terus ke akaun apabila tiba masanya. Mungkin perkara ini bukan isu besar bagi pemegang mana-mana akaun bank yang aktif.

Baca: Cara Mudah Semak Duit BPN Masuk Dalam Akaun atau Tidak. Boleh Buat Di Rumah Sahaja

Namun, bagaimana pula bagi yang tiada akaun bank yang aktif? Difahamkan LHDNM akan mengeluarkan Nombor Siri BPN buat pemohon yang akaun bank tidak aktif.

Jadi apa itu Nombor Siri BSN? Bagaimana pula nak dapatkannya?

Melalui perkongsian terkini status Facebook MyGCC, perkara ini dijelaskan secara mudah seperti berikut.

Apa Itu Nombor Siri BPN?

Nombor Siri BPN ini khusus dikeluarkan buat pemohon yang lulus untuk pembayaran BPN tetapi tidak mempunyai akaun bank atau bank tidak aktif. Hanya pemohon yang tiada nombor akaun bank atau tidak aktif sahaja akan diberikan untuk mereka membuat pengeluaran bayaran bantuan secara tunai.

Kenapa Nombor Siri BPN Dikeluarkan?

Ianya merupakan usaha LHDN untuk memudahkan pemohon yang akaun akaun bank tidak aktif membuat penunaian bantuan BPN di cawangan BSN seluruh negeri selepas berakhirnya tempoh PKP nanti.

Baca: Semakan BPN Hasil

Sekiranya pembayaran berstatus gagal kredit iaitu duit tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun bank kerana tidak aktif atau nombor akaun tidak wujud akibat tersalah masuk, anda boleh membuat penunaian di mana-mana kaunter BSN setelah Nombor Siri dipaparkan di Portal BPN.

Nombor Siri ini adalah untuk memudahkan orang yang tiada akaun bank untuk tunaikan bayaran bantuan mereka.

Bagaimana Dapatkan Nombor Siri BPN/No Baucar

Ada yang menanyakan tentang cara untuk mendapatkan mengenai Nombor Siri jika tiada akaun bank atau bank tidak aktif.

Mana Dapatkan No Siri BPN dan No Baucar BPN

Untuk mendapatkan No Siri BPN atau No Baucar BPN pemohon perlu membuat semakan di laman bpn.hasil.gov.my.

Nombor Siri akan diberikan di Portal BPN tersebut di bahagian No Baucar seperti gambar di atas. Selepas membuat semakan, nombor siri akan dipaparkan kepada anda dan anda boleh tunaikan Nombor Siri tersebut di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat selepas tamatnya PKP.

Jika masih kosong. Anda diminta untuk bersabar. Dan sentiasa membuat semakan dari masa ke semasa.

Jika sudah dapat No. Siri tersebut. Anda hanya boleh tunaikan No. Siri SELEPAS Perintah Kawalan Pergerakkan berakhir.

Info lanjut bakal menyusul.

Sumber

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image