Semakan Nombor Siri BPN (No Baucar) Di Buka & Tarikh Penunaian Di Bank

100,848

Untuk makluman, semakan no siri BPN kini di buka bermula 17 April 2020. Kepada pemohon yang akaun bank tidak aktif dan sebagainya, anda boleh membuat semakan no siri BPN ini di portal rasmi BPN Hasil.

Cara-cara membuat semakan siri BPN dan panduan penunaian di kaunter adalah seperti di bawah. Anda boleh rujuk untuk makluman awal anda.

Seperti yang kita tahu, apabila membuat pendaftaran untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kita perlu masukkan nombor akaun bank di dalam maklumat permohonan.

Ini untuk memudahkan proses pembayaran BPN dan bayaran tunai akan dikreditkan terus ke akaun apabila tiba masanya. Mungkin perkara ini bukan isu besar bagi pemegang mana-mana akaun bank yang aktif.

Baca: Cara Mudah Semak Duit BPN Masuk Dalam Akaun atau Tidak. Boleh Buat Di Rumah Sahaja

Namun, bagaimana pula bagi yang tiada akaun bank yang aktif? Untuk makluman LHDNM akan mengeluarkan Nombor Siri BPN buat pemohon yang akaun bank tidak aktif.

Jadi apa itu Nombor Siri BSN? Bagaimana pula nak dapatkannya?

Bagi mendapatkan no siri BPN anda boleh ikut langkah-langkah seperti berikut.

Apa Itu Nombor Siri BPN?

Nombor Siri BPN ini khusus dikeluarkan buat pemohon yang lulus untuk pembayaran BPN tetapi tidak mempunyai akaun bank atau bank tidak aktif. Hanya pemohon yang tiada nombor akaun bank atau tidak aktif sahaja akan diberikan untuk mereka membuat pengeluaran bayaran bantuan secara tunai.

Kenapa Nombor Siri BPN Dikeluarkan?

Ianya merupakan usaha LHDN untuk memudahkan pemohon yang akaun akaun bank tidak aktif membuat penunaian bantuan BPN di cawangan BSN seluruh negeri selepas berakhirnya tempoh PKP nanti.

Baca: Semakan BPN Hasil

Sekiranya pembayaran berstatus gagal kredit iaitu duit tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun bank kerana tidak aktif atau nombor akaun tidak wujud akibat tersalah masuk, anda boleh membuat penunaian di mana-mana kaunter BSN setelah Nombor Siri dipaparkan di Portal BPN.

Nombor Siri ini adalah untuk memudahkan orang yang tiada akaun bank untuk tunaikan bayaran bantuan mereka.

Bagaimana Dapatkan Nombor Siri BPN/No Baucar

Untuk mendapatkan semakan Nombor Siri BPN jika tiada akaun bank atau bank tidak aktif pemohon boleh ikut langkah-langkah di bawah.

Mana Dapatkan No Siri BPN dan No Baucar BPN

  • Semakan no baucar BPN boleh dibuat melalui portal rasmi BPN di alamat berikut https://bpn.hasil.gov.my/
  • Semakan no siri BPN boleh dilakukan bermula 17 April 2020.
  • Penunaian juga boleh dilakukan pada 17 April 2020 sekiranya no siri BPN hasil anda wujud didalam sistem paparan maklumat pembayaran pemohon.
  • Nombor Siri akan diberikan di Portal BPN tersebut di bahagian No Baucar seperti gambar di atas. Selepas membuat semakan, nombor siri akan dipaparkan kepada anda dan anda boleh tunaikan Nombor Siri tersebut di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Tarikh Menebus Nombor Siri BPN

Sekiranya anda sudah mempunyai nombor siri BPN, anda boleh terus pergi ke kaunter BSN untuk membuat penebusan pada tarikh berikut :

  • 1 Jun 2020 : Tiada nombor akaun bank sahaja.
  • 2 Jun 2020: Duit gagal kredit ke akaun.

Pastikan anda bawa bersama dokumen berikut untuk membuat penebusan :

  • Kad pengenalan.
  • Nombor siri BPN anda.

Semakan Nombor Siri BPN (No Baucar) Di Buka Bagi Pemohon Akaun Bank Tidak Aktif. Untuk Tunaikan Bantuan BPN Anda Di Bank

Cara Membuat Semakan Dan Penebusan BPN di Kaunter BSN

Berikut adalah cara membuat semakan dan penebusan BPN di kaunter BSN :

  • Semakan no baucar BPN boleh dibuat melalui portal rasmi BPN di alamat berikut https://bpn.hasil.gov.my/
  • Semakan no siri BPN boleh dilakukan bermula 17 April 2020
  • Penunaian juga boleh dilakukan pada 17 April 2020 sekiranya no siri BPN hasil anda wujud didalam sistem paparan maklumat pembayaran pemohon
  • Tarikh akhir membuat penunaian adalah 31 Disember 2020
  • Wakil atau waris seperti ibu/bapa/pasangan/anak/adik-beradik/cucu dibenarkan untuk membuat penunaian Bantuan Prihatin Nasional bagi pihak penerima yang tiada akaun/gagal kredit/meninggal dunia/uzur/kurang upaya/sakit berpanjangan atau mempunyai halangan untuk membuat penunaian di kaunter.
  • Wakil perlu membawa dokumen berikut untuk penunaian di kaunter;
    • Sijil kematian asal/salinan penerima
    • Kad pengenalan asal/salinan penerima
    • Kad pengenalan asal wakil
    • Dokumen bukti pertalian anda wakil dan penerima

 FAQ Lengkap Untuk Rujukan

Nombor Siri BPN Nombor Siri BPN Nombor Siri BPN

Semoga perkongsian ini jelas buat anda bagi mendapatkan semakan no siri BPN bagi tujuan penunaian di bank BSN terdekat anda.

Info lanjut bakal menyusul.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image