Info Kerjaya Malaysia

Bagaimana Mendaftar ePerolehan Sebagai Pembekal? Ikuti Cara Ini

579

ePerolehan Pembekal

Merupakan satu sistem perolehan secara online yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada kerajaan Malaysia secara online dan berperanan sebagai salah satu cara untuk para pembekal mendaftar dan memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia.

Jika anda berminat untuk mendaftar, teruskan membaca perkongsian ini untuk ketahui cara mendaftar ePerolehan untuk pembekal.

Pendaftaran ePerolehan Melalui Gmail

Anda dinasihatkan menggunakan Gmail untuk membuat pendaftaran seperti :

  • Menggunakan emel syarikat seperti ([email protected]) atau menggunakan emel gmail seperti [email protected].
  • Anda tidak digalakkan menggunakan perkhidmatan emel Yahoo untuk urusan Pendaftaran Pembekal bagi mengatasi masalah penerimaan notifikasi emel daripada Sistem ePerolehan.

Bagaimana Mendaftar ePerolehan Sebagai Pembekal? Ikuti Cara Ini

Pendaftaran ePerolehan

Berikut adalah cara untuk mendaftar ePerolehan :

  • Layari laman web ini: ePerolehan
  • Lihat senarai di Pautan Segera.
  • Lihat ikon yang berwarna hijau
  • Klik Log Masuk Ke ePerolehan
  • Sebagai alternatif, boleh terus simpan pautan ini : LOGIN
  • Masukkan ID Log Masuk
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Log Masuk.

Bagaimana Mendaftar ePerolehan Sebagai Pembekal? Ikuti Cara Ini

Pendaftaran Pembekal Baharu

Kemudian anda boleh mendaftar sebagai PEMBEKAL BAHARU mengikut langkah-langkah berikut :

  • Layari laman web rasmi ePerolehan di sini : REGISTER PEMBEKAL BAHARU
  • Pilih jenis akaun iaitu Akaun Asas, Akaun MOF dan Akaun G2G.
  • Baca penerangan mengenai jenis akaun pembekal untuk daftar ePerolehan.
  • Buat pendaftaran untuk Akaun Asas.
  • Pilih AKAUN ASAS.

Bagaimana Mendaftar ePerolehan Sebagai Pembekal? Ikuti Cara Ini

  • Baca PENGENALAN AKAUN PEMBEKAL sebelum meneruskan .
  • Baca cara daftar ePerolehan dan tekan butang SETERUSNYA.
  • Baca TERMA DAN SYARAT dengan teliti.
  • Masukkan nombor dan CAPTCHA.
  • Klik SETERUSNYA.
  • Klik “Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat di atas dan mengesahkan bahawa maklumat”.
  • Pentadbir Pembekal yang dilantik adalah tepat dan benar.
  • Pada bahagian MAKLUMAT AKAUN masukkan :
    – Jenis Perniagaan / Syarikat
    – Nombor Pendaftaran Perniagaan
    – Masukkan Nombor Kad Pengenalan jika dipinta
  • Klik butang SETERUSNYA.
  • Teruskan sehingga anda habis mengisi maklumat yang diperlukan dan ikut langkah-langkah yang tersedia.

Bagaimana Mendaftar ePerolehan Sebagai Pembekal? Ikuti Cara Ini

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut mengenai ePerolehan Pembekal ini, anda boleh terus ke laman web rasmi ePerolehan iaitu :

close-image