#INFORMASI ID: REF-437399

DAFTAR GLOBAL ONLINE WORKFORCE (GLOW) PENJANA EKONOMI GIG.

AUTHOR: ZIETA ZUMIRA
UPDATED: 11 JUN 2020
READ: 2m
Daftar Global Online Workforce (GLOW) PENJANA Ekonomi Gig
Intelligence_System_v13.0  //  Signal: Optimal Total Library: 450+ INTEL_SETS

Apa Itu GLOW? GLOW adalah singkatan daripada Global Online Workforce yang diterajui oleh Malaysia digital economy Corporation (MDEC) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam Insentif PENJANA baru-baru ini. Baca perkongsian ini untuk ketahui cara untuk mendaftar GLOW serta ketahui syarat untuk kelayakan. Baca juga : Intipati Pelan Jana Semula Ekonomi Negara / PENJANA Tujuan […]

Apa Itu GLOW?

GLOW adalah singkatan daripada Global Online Workforce yang diterajui oleh Malaysia digital economy Corporation (MDEC) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam Insentif PENJANA baru-baru ini.

Baca perkongsian ini untuk ketahui cara untuk mendaftar GLOW serta ketahui syarat untuk kelayakan.

Baca juga : Intipati Pelan Jana Semula Ekonomi Negara / PENJANA

Global Online Workforce (GLOW) PENJANA. Syarat Dan Cara Daftar

Tujuan GLOW

Program ini bertujuan untuk :

  • Memperkasakan dan membimbing rakyat untuk menjana pendapatan secara online dan merupakan remote dengan menyediakan perkhidmatan profesional untuk pelanggan tempatan serta antarabangsa.
  • Program GLOW meliputi latihan intensif kelas, mentoring secara maya dan sokongan rakan komuniti.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan GLOW yang perlu anda teliti seperti :

  • Penguasaan berbahasa Inggeris yang baik untuk berinteraksi dengan pelanggan antarabangsa.
  • Memiliki set kemahiran khusus yang diperlukan. (Rujuk sini)
  • Celik dan mahir menggunakan komputer.
  • Berkomitmen, berusaha dan tekun untuk belajar.

Terbuka kepada semua golongan masyarakat seperti :

  • Ibu tunggal
  • OKU
  • Penganggur
  • Graduan
  • Suri rumah
  • Golongan profesional
  • Pesara

Cara Mendaftar

Anda perlu mendaftar secara online di :

  • Daftar di : GLOW
  • Pilih bahasa yang sesuai dengan anda.
  • Klik DAFTAR.

glow

  • Isikan maklumat peribadi seperti yang diminta seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, jantina, nombor telefon bimbit, emel dan tahap pendidikan anda

program glow

  • Pilih kategori kursus.
  • Klik butang I ACCEPT untuk pengesahan maklumat.

Maklumat Lanjut

Anda boleh dapatkan maklumat mengenai program ini dengan menghubungi :

Nota : Maklumat seterusnya mengenai program ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah mendapat maklumat yang terkini.

Tamat Intel_Report // REF-437399
Zieta Zumira
Verified_Intelligence_Lead

ZIETA ZUMIRA.

Penganalisis & Perancang Strategi Kerjaya. Membantu graduan memahami pasaran kerja melalui pendekatan data dan risikan terkini.

DEEP_EXPLORATION.

Total_Library

450+ INTEL_SETS