Info Kerjaya Malaysia

[Checklist Senarai Dokumen] Rayuan BSH Anda

73,096

Permohonan Rayuan BSH

Seperti anda semua sedia maklum pemohon yang gagal menerima BSH baru-baru ini boleh membuat permohonan rayuan BSH bermula pada 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020.

Info Ringkas Cara Membuat Permohonan Rayuan BSH

Sedikit info ringkas cara membuat permohonan rayuan BSH adalah secara :

  • Online di pautan : https://bsh.hasil.gov.my
  • Hadir ke cawangan LHDN / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / UTC yang terdekat dengan anda.

Dokumen Sokongan

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu disertakan bersama untuk permohonan rayuan BSH anda :

  • Salinan MyKad sendiri
  • Salinan MyKad pasangan
  • Penyata gaji terkini
  • Surat status perkahwinan

Untuk maklumat lebih lanjut cara untuk membuat rayuan BSH, anda klik sini untuk dapatkan panduan membuat rayuan BSH 2020 secara online.

Kod Tidak Lulus BSH Dan Dokumen Sokongan

Untuk makluman anda, berikut adalah kod tidak lulus BSH untuk rayuan yang telah disenaraikan oleh LHDN sebagai rujukan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut berkaitan permohonan rayuan BSH 2020, sila hubungi LHDNM di saluran berikut :

  • Telefon : 1-800-88-2747
  • Facebook : LHDNM
  • Portal rasmi : BSH

close-image