Cara Mohon Jawatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Pelbagai Gred Perkhidmatan

10,759

Tahukah anda permohonan setiap jawatan yang ditawarkan dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia perlulah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia?

Untuk maklumat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membuka peluang permohonan untuk semua warganegara Malaysia yang layak bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh Bomba & Penyelamat Malaysia.

Antara jawatan pelbagai gred yang ditawarkan adalah seperti:

  1. Pegawai Bomba KB19
  2. Penolong Penguasa Bomba KB29
  3. Penguasa Bomba KB41

Permohonan jawatan di atas dibuka sepanjang tahun. Ambilan akan dilakukan pada bila-bila masa jika terdapat kekosongan dalam jawatan tersebut.

Adakah anda berminat untuk mempunyai kerjaya sebagai seorang Pegawai Bomba? Jika anda berminat, pastikan anda baca panuan permohonan ini untuk mengetahui cara-cara mengemukakan permohonan.

1000 KERJA KOSONG BOMBA 2020

Untuk makluman, terdapat 1000 kerja kosong Bomba gred KB19 bakal di buka untuk ambilan sepanjang tahun 2020. Ini berdasarkan hebahan makluman terkini dari Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) di bawah.

Iklan Pengambilan Bomba

Berdasarkan hebahan diatas diharapkan anda mengambil peluang ini untuk memohon mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan. Untuk memohon jawatan Bomba anda boleh ikuti panduan permohonan di bawah.

SYARAT KELAYAKAN MOHON JAWATAN PENGUASA BOMBA

Jawatan ini hanya untuk lepasan Ijazah dengan tawaran gaji bermula RM2,094.00 dengan kenaikan gaji tahunan RM225 sehingga maksimum gaji RM9,604.00.

Selain kelayakan akademik, calon juga mestilah memenuhi syarat kelayakan fizikal seperti berikut:

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat

BIDANG TUGAS PENGUASA BOMBA KB41

Antara tugas sebagai Penguasa Bomba termasuklah:

  1. Memantau dan memastikan operasi pemadaman dan penyelamatan mencapai standard dan prosedur ditetapkan
  2. Mengawalselia urusan pengurusan khidmat tugas-tugas khas berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988
  3. Mengawalselia dan membuat pemeriksaan bagi tujuan penghapusan bahaya kebakaran di premis berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988
  4. Menjalankan pemprosesan pelan bangunan baru yang dikemukakan kepada jabatan berdasarkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
  5. Menjalankan program latihan dalam perkhidmatan kepada pegawai dan anggota
  6. Menguruskan pembinaan balai-balai bomba baru dan rumah kakitangan di seluruh Malaysia selaras dengan pembangunan negara

SYARAT KELAYAKAN MOHON PENOLONG PENGUASA BOMBA

Jawatan ini pula untuk calon lepasan Diploma dengan tawaran gaji bermula RM1,814.00 dengan kenaikan gaji tahun RM145 sehingga maksimum RM5,700.00.

Calon juga mestilah memenuhi syarat kelayakan fizikal berikut:

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

BIDANG TUGAS PENOLONG PENGUASA BOMBA KB29

Antara tugas Penolong Penguasa Bomba ialah:

  1. Mengawalselia dan mengemaskini pengurusan operasi kebombaan di dalam kawasan jagaan balai.
  2. Mengawalselia pengurusan latihan kemahiran dan latihan harian di balai.
  3. Mengurus dan mengawalselia pengurusan personel di balai.
  4. Mengurus dan menjalankan pelaksanaan aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan di dalam kawasan jagaan balai.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEGAWAI BOMBA KB19

Beberapa syarat-syarat kelayakan permohonan perlu anda penuhi sebelum anda mengisi permohonan. Antara syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,360.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,418.12); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,476.24)
  • mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
    • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
    • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
    • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
    • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
    • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
    • lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan seperti berikut:
    • mengangkat berat seberat 54kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    • menjulang dan menegakkan tangga Ajax;
    • menaiki tangga penyelamat 16.5m; dan
      memanjat tali.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

BIDANG TUGAS PEGAWAI BOMBA KB19

Untuk memohon jawatan Pegawai Bomba Gred KB19, sebaiknya anda mengetahui bidang tugas ataupun skop kerja yang dijalankan oleh seorang pegawai bomba. Antara tugas-tugas yang dijalankan oleh seorang Pegawai Bomba KB19 adalah seperti berikut:

  • Melaksanakan kerja-kerja operasi pemadaman dan penyelamatan.
  • Melaksanakan kerja penyelenggaraan harian ke atas jentera bomba dengan cekap.
  • Mengendalikan pam bomba.
  • Melaksanakan tugas-tugas pemanduan jentera bomba dengan cekap.
  • Melaksanakan kerja-kerja di Bilik Kawalan dan Pengawasan.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Bagi pemohon yang permohonannya telah berjaya, anda akan menduduki peperiksaan perkhidmatan awam. Peperiksaan ini adalah dijalankan secara online. Anda akan diuji dalam pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan yang dipilih, ujian psikometrik, daya menyelesaikan masalah dan lain-lain.

Anda perlulah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini. Apabila anda telah lulus peperiksaan, anda akan dipanggil untuk temuduga. Anda akan ditemuduga oleh pegawai SPA. Untuk lulus dengan temuduga ini, tunjukkan keyakinan diri anda serta kebolehan anda untuk berkomunikasi dengan baik.

PEMERIKSAAN FIZIKAL BOMBA

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN BOMBA & PENYELAMAT.

Permohonan hanya boleh dilakukan secara online di laman web rasmi SPA. Sila layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) dan isi permohonan anda. Anda boleh klik link yang kami sediakan.

Link Permohonan SPA8i: Klik SiniPendaftaran SPA8iUntuk maklumat lanjut pendaftaran pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia anda boleh rujuk Manual Pendaftaran Pekerja.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG PERMOHONAN JAWATAN BOMBA PENYELAMAT

Layari laman web rasmi SPA untuk anda dapatkan maklumat lanjut tentang permohonan jawatan ini. Klik link yang disediakan di bawah untuk ke laman web rasmi SPA.

Selain dari jawatan Pegawai Bomba di atas, terdapat beberapa jawatan lain yang anda boleh mohon melalui portal SPA Malaysia. Antaranya ialah;

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image