Hadiah Galakan Ke IPT (HGipt) Yayasan Sarawak Sehingga RM1500

Hadiah Galakan Ke IPT (HGipt) Yayasan Sarawak

Pelajar yang akan menyambung pengajian ke IPTA / IPTS akan mendapat hadiah galakan ke IPT daripada Yayasan Sarawak mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Anda boleh dapatkan syarat kelayakan serta maklumat yang lain melalui perkongsian ini.

Tujuan Hadiah Galakan Ke IPT (HGipt) Yayasan Sarawak

Ia bertujuan untuk membiayai kos peringkat awal pelajar yang memulakan pengajian ke Institusi Pengajian tinggi.

Bentuk Bantuan

Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk geran dan tidak perlu dibayar balik oleh pelajar.

Jumlah Bayaran Bantuan Hadiah Galakan Ke IPT (HGipt) Yayasan Sarawak

Terdapat 2 jenis jumlah bayaran iaitu :

  • RM1000 : Pengajian Dalam Sarawak
  • RM1500 : Pengajian Luar Sarawak

Tarikh Permohonan

Anda boleh memohon bila-bila masa kerana permohonan bayaran Bantuan Hadiah Galakan ke IPT (HGipt) Yayasan Sarawak dibuka sepanjang tahun.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, anda boleh layari link : HGipt Yayasan Sarawak

  • Daftar dahulu sekiranya belum mempunyai akaun dengan Yayasan Sarawak.

Hadiah Galakan Ke IPT (HGipt) Yayasan Sarawak Sehingga RM1500

Like dan Ikut Facebook Kami dan follow Telegram Portal SPA9 untuk capaian pantas kekosongan daripada kami sekarang.
  • Masukkan semua maklumat yang diperlukan.
  • Tandakan pada kotak I HAVE READ, UNDERSTOOD AND AGREE TO YAYASAN SARAWAK’S PRIVACY POLICY. 
  • Taip semula karakter yang ditunjukkan.
  • Klik REGISTER.
  • Kemudian anda boleh LOGIN untuk buat permohonan.

Hadiah Galakan Ke IPT (HGipt) Yayasan Sarawak Sehingga RM1500

Syarat Permohonan Bantuan Hadiah Galakan Ke IPT (HGipt) Yayasan Sarawak

Untuk membuat permohonan ini, syarat yang dikenakan ialah :

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).
  • Terbuka kepada pelajar untuk semester 1 sahaja.
  • Mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Curtin Miri, Swinburne Kuching dan UCTS Sibu.
  • Ibubapa / penjaga pelajar mempunyai pendapatan perkapita RM1,500.00 dan ke bawah.
  • Hanya meliputi kemasukan peringkat Matrikulasi / Asasi / Pra Diploma / Diploma / Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Kolej Matrikulasi anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institusi Latihan Kemahiran / Teknikal anjuran kerajaan.

Info & Maklumat

Sebarang info dan maklumat selanjutnya, anda boleh terus menghubungi Yayasan Sarawak di saluran berikut :

  • Emel : [email protected]
  • Laman Web: www.yayasansarawak.org.my
  • Whatsapp Online :
  • +6019 887 9114 (Biasiswa)
  • +6019 815 1686 (Pembiayaan Pendidikan)
  • +6013 839 5244 (Pinjaman Teknikal)
  • +6013 803 1158 (Bayaran Balik Pinjaman)
You might also like
close-image