Info Kerjaya Malaysia

Bil Elektrik Tinggi Sangat Time PKP. Ini Cara Pengiraannya Yang Betul

2,035

Bil Elektrik Tinggi Sangat Time PKP

Memang bil elektrik tidak sampai di rumah, tetapi bila check melalui apps myTNB, pening terus kepala apabila jumlah yang perlu dibayar terlalu tinggi daripada bil sebelum ini.

Lihat ini : Tiada Bil TNB Bulan Ini, Semakan Bil Hanya Menggunakan App Ini

Jika anda ingin mengetahui mengapa bil elektrik anda terlalu tinggi sepanjang PKP ini, sila baca perkongsian ini supaya anda lebih jelas sebab-sebab bil TNB anda terlalu tinggi daripada hari biasa.

Penjelasan TNB

Pihak TNB telah membuat penjelasan bahawa jumlah bil yag perlu dibayar adalah berdasarkan bacaan meter seperti berikut :

Pelanggan yang dihargai,

Jumlah bil elektrik adalah berdasarkan kepada bacaan meter. Sekiranya meter dibaca melebihi tempoh 31 hari, TNB akan menggunakan pengiraan secara prorata berdasarkan bilangan hari pembilan.

Sebagai contoh:
Tempoh pembilan = 35 hari
Fator prorata dikira: 35/30 = 1.1667
Jumlah unit digunakan: 452 kWh

Berdasarkan kepada pengiraan prorata di bawah, pengguna dapat menikmati 233 kWh (unit) pada kadar terendah iaitu RM0.218 berbanding dengan 200 unit yang diluluskan untuk tempoh sebulan.

Untuk pertanyaan berkaitan bil atau akaun, anda boleh menghubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454
atau melayari laman web TNB di www.tnb.com.my/faq/bm-pengebilan.

Terima kasih.

Perbezaan Bil Anggaran & Bil Caj Penggunaan Sebenar

Untuk mengetahui cara pengiraan bil anggaran dan bil caj penggunaan sebenar, anda boleh rujuk gambar dibawah.

Bil Elektrik Tinggi Sangat Time PKP. Ini Cara Pengiraannya     

Adakah anda tahu bahawa bil elektrik bagi sepanjang PKP ini akan diberikan diskaun mengikut jumlah penggunaan seperti mana yang telah dinyatakan oleh pihak TNB baru-baru ini.

Sila baca artikel ini :  Nak Dapatkan Diskaun Elektrik TNB Sebanyak 50% Selama 6 Bulan? Pastikan Anda Ikut Langkah Ini

Pertanyaan Dan Maklumat Lanjut

Sekiranya anda tidak tahu cara pengiraan yang betul bil elektrik anda, anda boleh terus menghubungi :

Bil Elektrik Tinggi Sangat Time PKP. Ini Cara Pengiraannya

close-image