Arab Saudi Ketatkan Syarat Untuk Masuk Mekah Pada 31 Mei 2020 Ini

834

Mekah Dibuka Pada 31 Mei 2020 Dengan Syarat Ketat

Mekah akan dibuka semula pada 31 Mei 2020 ini dengan masa yang ditetapkan bagi solat Jumaat melalui syarat yang lebih ketat.

Kerajaan Arab Saudi memperketatkan syarat untuk masuk ke Mekah berikutan tempoh berkurung kerana Covid-19 yang ditetapkan sehingga 21 Jun 2020 nanti.

Arab Saudi Ketatkan Syarat Untuk Masuk Mekah Pada 31 Mei 2020 Ini.

Syarat Yang Dikenakan

Syarat yang dikenakan semasa pembukaan Kota Mekah adalah seperti berikut :

  • Masjid dibuka awal 20 minit sebelum waktu solat dan ditutup selepas 20 minit solat Jumaat.
  • Fasa Pertama (31 Mei) : Keluar masuk Mekah bermula pada jam 6 pagi sehingga jam 3 petang sahaja.
  • Fasa Kedua (21 Jun) : Penduduk dibenarkan berada ditempat awam bermula jam 6 petang sehingga jam 8 malam sahaja.
  • Semua aktiviti perniagaan, pergerakan bebas antara wilayah termasuklah pusat membeli belah dibenarkan untuk dibuka.
  • Perkhidmatan gunting rambut masih lagi ditutup dan tiada kebenaran untuk beroperasi.
  • Larangan perhimpunan sosial lebih daripada 50 orang termasuk majlis perkahwinan dan kematian.

Arab Saudi Ketatkan Syarat Untuk Masuk Mekah Pada 31 Mei 2020 Ini.

Umrah Dan Haji

Bagi jemaah umrah dan haji seluruh dunia pula, pasti tertunggu-tunggu bilakah Kota Mekah akan dibuka untuk mereka mengerjakan umrah dan haji.

Namun kerajaan Arab Saudi belum lagi memberi kata putus bilakah tarikh dan masa yang sesuai untuk membenarkan Mekah di buka kepada para jemaah mengerjakan haji dan umrah.

Sehingga kini kerajaan Arab Saudi masih lagi menangguhkan sebarang urusan umrah dan haji seluruh dunia dan akan memberitahu sebarang maklumat dari semasa ke semasa.

Arab Saudi Ketatkan Syarat Untuk Masuk Mekah Pada 31 Mei 2020 Ini.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image