Cara Mohon Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang, Terima RM600 Setiap Pelajar
Biasiswa Sekolah Menengah Melalui Yayasan Pahang
Yayasan Pahang menyediakan biasiswa kepada anak-anak negeri Pahang yang bersekolah menengah di negeri Pahang. Biasiswa ini telah diperkenalkan sejak tahun 1983 dan diberikan kepada pelajar sekolah menengah yang belajar di tingkatan 1 hingga tingkatan 6.
Keutamaan kepada anak Pahang dengan tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin atau ibubapa uzur atau ibu tunggal atau peserta PPRT. Bagaimanapun, mulai tahun 2003, sebahagian peruntukan ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum.
Jumlah Biasiswa
Bantuan yang diberikan kepada pelajar ini adalah sebanyak RM600 setahun.
Cara Pembayaran Biasiswa
Dibayar sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Mei.
Kelayakan Permohonan
Jika anda berminat untuk membuat permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang, berikut adalah syarat kelayakan permohonan untuk panduan anda :
- Pemohon dan ibu bapa mestilah warganegara Malaysia
- Pemohon / ibu / bapa lahir di negeri Pahang.
- Jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun.
- Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
- Keutamaan diberikan kepada Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
- Murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum
- Pemohon mestilah sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja
- Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
- Murid yang pernah digantung/dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.
- Permohonan boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat Adun bermula 03 Mac 2020.
Cara Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang
Ikuti cara-cara untuk membuat permohonan Biasiswa Sekolah Menengah disini.
- Dapatkan borang permohonan di sekolah atau pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing.
- Lengkapkan maklumat seperti yang diminta.
- Setelah siap kembalikan semula borang tersebut ke sekolah masing-masing.
- Pihak sekolah akan menghantar borang permohonan kepada Yayasan Pahang sebelum tarikh tutup.
Tarikh Tutup Permohonan BSM
Tarikh tutup permohonan : 8 Julai 2020
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai BSM Yayasan Pahang, anda boleh hubungi Yayasan Pahang melalui saluran berikut :
- Telefon : 09-5181 800
- Yayasan Pahang,
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.