Info Kerjaya Malaysia

Bayaran Tunai BKSS Di BSN Dibuat Mulai 7 Ogos 2020

5,267

Menurut kenyataan Unit Perancang Ekonomi Negeri Sarawak berkenaan status permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 2020 bertarikh 17 Julai 2020, kira-kira 78, 123 isi rumah B40 dan 270,863 golongan bujang B40 telah menerima bayaran pada hujung bulan Julai lepas.

Setakat 1 Ogos, bagi insentif BKSS kategori isi rumah yang layak berpendapatan RM4,000 sebulan sebanyak 43,481 dari 78,123 permohonan yang mempunyai akaun bank telah menerima bayaran RM250 ke akaun bank masing-masing bermula 29 Julai lalu.

BAYARAN TUNAI BKSS DI BSN

Bagi pemohon yang tidak mempunyai atau tidak sertakan akaun bank semasa permohonan, bayaran tunai boleh dituntut dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)berdekatan mulai 7 Ogos ini.

Menurut kenyataan, sebanyak 34,642 pemohon isi rumah manakala 52,374 kategori bujang telah diluluskan dan akan terima bayaran secara tunai di BSN.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BKSS

Walau bagaimanapun sebelum pergi menuntut bayaran BKSS, anda dinasihatkan untuk buat semakan status permohonan terlebih dahulu di pautan berikut:

PERMOHONAN RAYUAN BKSS

Sudah semak status permohonan BKSS? Sekiranya permohonan anda gagal, anda boleh buat permohonan rayuan BKSS. Namun permohonan rayuan telah ditutup pada Jun lepas. Sekiranya anda telah buat permohonan rayuan, anda boleh buat semakan status rayuan di sini:

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi talian 082 555 999 atau emel ke alamat [email protected].

close-image