Cara Buat Semakan Status BKSS Secara Online. Semak Sekarang

10,274

Semakan Status BKSS Secara Online

Seperti sedia maklum, golongan B40 di Sarawak menerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang pada setiap 15 haribulan bermula pada 15 April Sehingga 15 September 2020 sebagai tanda meringankan beban golongan tersebut yang mana telah terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Namun terdapat beberapa masalah yang berlaku dan menyebabkan kelewatan pengkreditan wang bantuan ke akaun bank penerima baru-baru ini.

Punca kelewatan pengkreditan ini adalah disebabkan kerana berlakunya semakan semula berdasarkan senarai Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikemas kini yang telah dikreditkan baru-baru ini. Penerima BKSS yang layak akan menerima pembayaran pada akhir bulan Julai ini.

Info Ringkas Maklumat Isi Rumah BKSS

Maklumat Isi Rumah B40 (Keluarga)

  • Merangkumi 28,372 rayuan isi rumah B40 yang diluluskan.
  • Unit Perancangan Ekonomi Negeri memaklumkan bahawa jumlah tersebut merangkumi 28,372 rayuan Isi Rumah B40 yang diluluskan melalui Pejabat Daerah dan sistem dalam talian.
  • Sebanyak 78,123 isi rumah B40 akan dibayar pada akhir bulan ini dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM117.18 juta.

Cara Buat Semakan Status BKSS Secara Online. Semak Sekarang

Maklumat Isi Rumah B40 (Bujang)

  • Seramai 270,863 penerima B40 Bujang masih belum menerima pembayaran bagi Insentif BKSS untuk orang bujang Sarawak yang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan.
  • Merangkumi 127,819 rayuan yang diluluskan melalui Pejabat Daerah dan sistem dalam talian.
  • Sebanyak 270,863 pemohon B40 Bujang akan dibayar pada akhir Julai dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM135.43 juta.

Cara Membuat Semakan BKSS Secara Online

Bgai anda yang ingin membuat semakan BKSS secara online, apa yang anda perlu lakukan ialah :

  • Klik portal rasmi BKSS : BKSS
  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda.
  • Klik butang SUBMIT
  • Skrin akan memaparkan status kelulusan anda.

Anda juga boleh dapatkan maklumat untuk semakan status permohonan serta rayuan BKSS yang lebih lengkap dengan klik disini sahaja.

Cara Buat Semakan Status BKSS Secara Online. Semak Sekarang

Tarikh Pembayaran BKSS

Sebagai rujukan anda, berikut adalah tarikh-tarikh pembayaran BKSS :

  1. 15 April 2020 : RM250
  2. 15 Mei 2020 : RM250
  3. 15 Jun 2020 : RM250
  4. 15 Julai 2020 : RM250
  5. 15 Ogos 2020 : RM250
  6. 15 September 2020 : RM250

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan BKSS, anda boleh hubungi urusetia BKSS di saluran berikut :

FAQ Soalan Lazim

1. Bagaimana saya hendak membuat permohonan BKSS untuk individu bujang B40?

Tidak perlu membuat permohonan untuk individu bujang B40 sekiranya telah layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2020 di bawah kategori individu bujang B40

2. Saya pernah merayu mulai 18 April sehingga 28 April 2020 yang lalu di bawah kategori bujang berumur 40 tahun sehingga 59 tahun, apakah status permohonan saya?

Permohonan anda akan dipertimbangkan di bawah BKSS 3.0 ini iaitu kategori individu bujang 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah

3. Bilakah keputusan rayuan akan dimaklumkan?

Keputusan rayuan akan dimaklumkan selepas 15 Jun 2020 melalui cara berikut: Bagi yang ada internet, keputusan boleh disemak di: https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan.

4. Bilakah bayaran akhir akan dikreditkan ke dalam akaun penerima BKSS?

Bayaran akhir adalah pada 15 September 2020 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima.

5. Mengapa bayaran untuk bulan Julai lambat dikreditkan?

Terdapat semakan semula senarai mengikut senarai BSH dan menyebabkan bayaran untuk bulan Julai lambat daripada jadual dan akan dikreditkan pada hujung bulan Julai ini.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image