Info Kerjaya Malaysia

Bantuan Mobiliti Penjana PERKESO, Terima RM600 ~ RM1000 Bagi Pencari Kerja Yang Berpindah

3,831

Bantuan Mobaliti Penjana PERKESO

Bantuan Mobaliti PENJANA PERKESO adalah satu bentuk bantuan bagi membantu para pencari kerja yang mendapat kerja tetapi jauh daripada tempat kerja melebihi 100 km (satu hala) dari lokasi tempat pemaustatin pencari kerja.

Bantuan ini merupakan salah satu insentif yang diperkenalkan dalam Penjana Kerjaya seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Berikut merupakan maklumat ringkas tentang bantuan mobiliti PENJANA untuk rujukan pencari kerja.

Bayaran Bantuan Mobiliti

Cara pembayaran kepada pemohon yang layak ialah secara one-off sebanyak RM600 bagi Semenanjung dan RM1000 bagi Sabah dan Sarawak.

Insentif PenjanaKerjaya

Terdapat beberapa insentif PenjanaKerjaya yang disediakan adalah seperti kategori berikut:

  • #MyApprentice : Insentif Perantis bagi majikan yang mengambil
    pencari kerja tempatan secara perantis dalam kalangan lepasan
    sekolah dan graduan.
  •  #HireMalaysia : Terdapat tiga kategori:
    a. Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja
    tempatan di bawah umur 40 tahun;
    b. Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja
    tempatan berumur 40 tahun dan ke atas; dan
    c. Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja
    tempatan dalam kalangan golongan mudah terjejas termasuk
    golongan kurang upaya (OKU), dan peserta Program Return to
    Work PERKESO.

Nota: Umur pencari kerja adalah berdasarkan pada tarikh lahir
semasa permohonan

Syarat Kelayakan

Apakah kelayakan untuk mendapat bantuan mobiliti ini? Berikut adalah syarat kelayakan bantuan mobiliti :

  1. Pekerja dan perantis (#MyApprentice) yang diambil majikan di bawah program insentif pengambilan yang perlu berpindah melebihi 100 km bagi satu hala dari lokasi tempat pemaustatin.
  2. Jika berpindah melibatkan wilayah dari Sabah ke Sarawak atau Semenanjung atau sebaliknya layak menuntut RM1000 melalui majikan.
  3. Bantuan mobiliti akan dibayar kepada pekerja melalui majikan secara one-off.
  4. Pekerja hanya layak menerima Bantuan Mobiliti SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh program.

Anda juga boleh dapatkan maklumat berkaitan di : Pendaftaran Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) Khas Untuk Penganggur, Graduan & Lepasan Sekolah di Buka

Kategori Pekerja Yang TIDAK LAYAK Mendapat Insentif Di bawah PenjanaKerjaya.

Pekerja yang sedang menerima bantuan Program Pengekalan Pekerjaan
(Employment Retention Program) atau tersenarai dalam Program Subsidi
Upah adalah tidak layak.

Pendaftaran Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) Khas Untuk Penganggur, Graduan Lepasan Sekolah di Buka

Cara Mohon Bantuan Mobiliti Penjana

Sehingga kini, belum diketahui cara untuk memohon BANTUAN MOBILITI PENJANA PERKESO.

Jadi, sebarang makluman akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Jika anda inginkan maklumat lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh terus menghubungi :

  • Telefon : 03-8091 5300
  • Care Line : 1 300 22 8000

close-image