Info Kerjaya Malaysia

Cara Daftar Ibu Tunggal Online. Ini Kelebihan Register Single Mother di Malaysia

14,734

Register Bantuan Ibu Tunggal

Golongan ibu tunggal juga tidak dilupakan dalam Pelan Jana Semula ekonomi Negara / PENJANA 2020 dan mendapat beberapa manfaat seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jika anda belum mendaftar, silakan buat pendaftaran sekarang untuk menerima bantuan yang disediakan untuk anda.

Ikuti perkongsian ini untuk ketahui cara mendaftar untuk bantuan Ibu Tunggal yang disediakan oleh pihak Kerajaan.

Kaedah Pendaftaran

Terdapat beberapa kaedah untuk anda membuat pendaftaran bantuan Ibu Tunggal. Antaranya ialah :

  • Muat turun borang permohonan iaitu Borang JKM 18 terlebih dahulu.
  • Juga dapatkan borang permohonan bantuan secara terus di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian (PKMD) di seluruh negara.

  • Isikan maklumat dengan lengkap,betul dan tepat.

Dokumen Sokongan

Pastikan anda bawa bersama dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang terdekat dengan anda.

Dokumen sokongan yang perlu dibawa adalah seperti :

  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Salinan Kad Pengenalan / MyKid / Sijil Kelahiran ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Salinan Sijil Kematian  / Penceraian.
  • Pengesahan rawatan dari hospital atau klinik kesihatan kerajaan (Jika perlu dan berkaitan).
  • Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan daripada majikan  / surat akaun pendapatan (Jika bekerja sendiri).
  • Laporan dari agensi lain yang berkaitan (AADK / Polis / Penjara) (Jika berkaitan).
  • Sediakan salah satu bil utiliti seperti bil air / elektrik / telefon / Astro atau lain (Pengesahan alamat).
  • Kertas cadangan projek dan sebut harga barang (Bagi permohonan bantuan geran pelancaran).
  • Pengesahan rawatan / surat sokongan / syor daripada Doktor / Pakar Perubatan dan sebut harga barang (Bagi permohonan bantuan alat tiruan / sokongan)

Tunggu kelulusan daripada pihak JKM setelah anda menghantar borang permohonan serta dokumen sokongan. Anda akan dihubungi oleh pihak JKM sekiranya permohonan anda diluluskan.

Baca juga : Semakan Status eBantuan JKM Online (Borang Permohonan & Pendaftaran)

Kelebihan Register Ibu Tunggal

Terdapat beberapa kelebihan bagi Ibu Tunggal yang mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang tidak anda ketahui.

Antara kelebihan tersebut ialah :

1. Bantuan e-Kasih 

  • Bantuan ini tertumpu pada rakyat Malaysia dan ibu tunggal yang tinggal dibandar.
  • Mempunyai pendapatan sebulan kurang daripada RM1500 adalah layak untuk mendaftar dan membuat permohonan e-Kasih ini.
  • Diberi bantuan secara bulanan atau secara one-off payment.

Baca juga : Portal e-Kasih : Cara Daftar Permohonan Baru & Semakan e-Kasih Online

2. Bantuan Geran Pelancaran GP

  • Tertumpu pada kumpulan sasar bagi membolehkan mereka memulakan perniagaan secara kecil-kecil serta berpotensi untuk maju.
  • Satu galakan kepada penerima bantuan untuk tingkatkan taraf hidup tanpa perlu bergantung kepada bantuan Kerajaan.
  • Diberikan secara sekaligus dengan nilai maksima RM2700 sahaja kepada ibu tunggal yang berdaftar dengan JKM.

3. Program i-Suri KWSP

  • Program ini adalah satu bentuk skim bantuan untuk menggalakkan suri rumah menabung demi masa depan untuk kegunaan semasa, hari tua atau ketika menghadapi musibah yang tidak dijangka seperti hilang upaya, kematian suami, penceraian dan musibah yang lain.

Kelebihan Register Ibu Tunggal. Daftar Secara Online Sekarang

4. Skim Bantuan Kredit / Pinjaman NGO

  • Pertubuhan Bukan Kerajaan atau NGO juga turut menghulurkan bantuan dengan menyediakan pelbagai kemudahan serta pembiayaan kredit untuk mengingkatkan taraf pendapatan serta meneruskan hidup.
  • NGO yang terlibat dalam kemudahan bantuan adalah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Yayasan Tekun Nasional (TEKUN), Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta Program e-Kasih.

Kelebihan Register Ibu Tunggal. Daftar Secara Online Sekarang

5. Bantuan Orang Tua

  • Diberikan kepada ibu tunggal yang berumur 60 tahun ke atas.
  • Bantuan sebanyak RM300 sebulan.
  • Bertujuan agar warga tua dapat terus tinggal dalam komuniti dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

6. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

  • Layak diterima oleh keluarga yang sedang menjaga anak berumur 18 dan ke bawah, masih bersekolah, anak yatim / yatim piatu serta kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa / penjaga yang tiada mata pencarian / uzur / cacat / ibu tunggal.
  • Bantuan selama 12 bulan dengan jumlah minima RM100 sebulan untuk seorang anak. Jumlah maksima RM450 sebulan untuk keluarga yang mempunyai lebih 4 orang kanak-kanak.

Nota : Untuk permohonan bantuan daripada pihak NGO, anda perlu memohon terus agensi yang berkenaan dengan melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan. 

Baca ini : Bantuan RM300 One-Off Untuk Ibu Tunggal, OKU Bawah JKM Sebelum Raya AidilAdha

Maklumat Lanjut

Untuk ketahui maklumat yang lebih lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh lawati Portal Rasmi JKM seperti pautan berikut :

FAQ Soalan Lazim

1. Adakah bantuan kewangan JKM layak dipertimbangkan kepada pemohon yang berstatus Pemastautin Tetap (PR)?

Bantuan kewangan JKM tidak layak dipertimbangkan kepada pemohon yang berstatus Pemastautin Tetap (PR).

2. Adakah bantuan kewangan JKM boleh dipertimbangkan kepada keluarga/ penjaga yang mempunyai anak yang masih belum disahkan status kewarganegaraan?

Bantuan kewangan JKM tidak layak dipertimbangkan kepada keluarga/ penjaga sehinggalah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan status kewarganegaraan kanak-kanak tersebut kecuali Bantuan Anak Pelihara yang tertakluk kepada punca kuasa pemeliharaan adalah dari Program Anak Pelihara JKM dan Akta Kanak-Kanak 2001.

3. Adakah Bantuan Kanak-Kanak (BKK) layak diberikan kepada keluarga/ penjaga yang sedang dalam proses mendaftar lewat kelahiran kanak-kanak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)?

BKK layak diberikan sekiranya keluarga/ penjaga adalah warganegara Malaysia.

4. Adakah warga emas gelandangan yang tiada alamat rumah/ menggunakan alamat rumah transit/ alamat orang lain layak dipertimbangkan Bantuan Orang Tua (BOT)?

Tidak layak bagi pemohon yang tidak mempunyai alamat rumah dan menggunakan alamat rumah transit atau alamat orang lain. Setiap pemohon bantuan perlu membuktikan di mana pemohon tinggal sebelum permohonan diproses ataupun diluluskan.

5. Adakah warga emas sebatang kara menumpang di rumah orang lain yang berpendapatan melebihi PGK Isi Rumah Semasa layak dipertimbangkan Bantuan Orang Tua (BOT)?

Layak dipertimbangkan berdasarkan siasatan dan justifikasi yang kukuh seperti menumpang di rumah orang lain bagi membolehkan warga emas tersebut terus tinggal dalam komuniti.

6. Adakah setiap ahli isi rumah juga perlu mengemukakan pengesahan pendapatan masing-masing bagi setiap permohonan bantuan?

Pemohon bantuan sahaja yang perlu mengemukakan pengesahan pendapatannya manakala maklumat pendapatan ahli isi rumah lain dibuat berdasarkan siasatan.

close-image