Semakan Status eBantuan JKM Online (Borang Permohonan & Pendaftaran)

45,179

Tahukah anda, kini semua pemohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh membuat semakan status bantuan JKM secara online.

Semakan boleh dilakukan melalui portal eBantuan JKM online, ianya merupakan inisiatif terkini dari Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memudahkan pengguna membuat semakan urusan yang melibatkan JKM di bawah satu portal.

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan dan Semakan Status Bantuan JKM termasuk tarikh pembayaran dan cara kemaskini eBantuan JKM secara online dan manual:

A. Permohonan eBantuan JKM Secara Online

1. Pemohon boleh layari laman web rasmi eBantuan JKM secara online menerusi pautan seperti berikut:

KLIK 👉 http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/

2. Pilih “Negeri” dan masukkan No Kad Pengenalan yang disahkan. Klik pada butang “Daftar”.
3. Pastikan isikan maklumat borang permohonan dengan lengkap dan betul.

B. Permohonan eBantuan JKM Secara Manual

1. Pemohon boleh mengisi borang permohonan JKM 18 secara manual dengan hadirkan diri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.

2. Isikan maklumat borang permohonan JKM 18 dengan lengkap dan betul.

3. Sila sertakan beberapa dokumen sokongan yang disahkan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.

Semakan Status Permohonan Bantuan JKM 2020 Online

1. Semakan status permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman sesawang http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp

2. Klik pada butang ”Semakan Status Permohonan Atas Talian”.

3. Masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang “Semak”.

Borang Kemaskini Maklumat JKM 2020 Online

KLIK 👉 http://www.jkm.gov.my/jkm/

Senarai Jenis Bantuan Kebajikan Masyarakat

1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
2. Elaun Pekerja Cacat (EPC);
3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
5. Bantuan Orang Tua (BOT);
6. Bantuan Am Persekutuan (BA);
7. Bantuan Geran Pelancaran (GP);
8. Bantuan Anak Pelihara (BAP);
9. Bantuan Latihan Perantis (BLP);
10. Tabung Bantuan Segera (TBS)
11. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)

Cara Hubungi JKM

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Aras 6, 9-18,
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
No. Telefon : 03-8000 8000

Semoga perkongsian Semakan Status eBantuan JKM 2020 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat Bantuan JKM!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image