Author: Zieta Zumira

  • Tips Susun Sijil Dalam Fail Untuk Dibawa Temuduga

    Tips Susun Sijil Dalam Fail Untuk Dibawa Temuduga

    Susun Sijil Dalam Fail

    Bunyinya macam mudah. Tetapi kalau salah susunan, sia-sia juga jadinya. Kadangkala, majikan mencari sijil yang penting untuk dijadikan point yang kukuh untuk mereka mengambil anda sebagai pekerja. Selain daripada itu, susunan sijil yang betul dan menarik juga menunjukkan anda adalah seorang yang kemas dan teliti serta sesuai untuk memegang jawatan yang ditawarkan.

    Kalau anda rasa mahu menjadi calon pilihan majikan, jom ikuti tips yang dikongsikan ini.

    Sebelum Hadir Temuduga

    Sebelum anda hadir temuduga, pastikan anda telah membuat beberapa persiapan dari segi latihan temuduga bersama rakan, mendapatkan maklumat yang terperinci mengenai syarikat dan jawatan, menyediakan pakaian yang bersesuaian untuk temuduga, membuat salinan resume, salinan sijil serta menyediakan fail sijil original dengan susunan yang betul

    Baca ini juga : 10 Dokumen Yang Perlu Dan Tidak Perlu Dibawa Ketika Temuduga.

    Salinan Resume

    Pastikan anda menyediakan 5 salinan resume dalam bentuk berwarna. Mengapa 5 salinan? Ini kerana kita semua tidak mengetahui jumlah sebenar ahli panel yang ada di dalam bilik temuduga. Elok kiranya mereka mendapat seorang satu resume anda untuk dibaca.

    Salinan Sijil

    Juga digalakkan untuk dibuat dalam bentuk berwarna dan tidak perlu untuk anda buat dalam bilangan yang banyak untuk dibawa semasa temuduga tersebut. Pastikan salinan tersebut clear untuk dibaca.

    Susunan Sijil Original

    Anda tidak perlu memasukkan kesemua salinan sijil ke dalam fail anda. Tetapi sebelum itu, sekiranya fail anda sudah uzur, eloklah kiranya anda menyediakan fail baharu untuk memasukkan sijil-sijil anda.

    Susunan sijil yang dicadangkan adalah seperti berikut :

    1. Maklumat diri
    2. Kad pengenalan dan sijil kelahiran
    3. Sijil SPM (bukan slip SPM)
    4. Penilaian Menengah Rendah (kalau nak letak boleh)
    5. Sijil berhenti sekolah (wajib)
    6. Skrol pengajian (Diploma dan Degree)
    7. Transkrip
    8. Pengiktirafan Kelayakan
    9. Sijil anugerah
    10. Sijil penyertaan

    Atau

    1. Kad pengenalan
    2. Sijil kelahiran
    3. Sijil PMR
    4. Sijil SPM & Ujian bahasa
    5. Sijil STPM / STAM
    6. Sijil berhenti sekolah
    7. Sijil Diploma
    8. Transkrip Diploma
    9. Ijazah Sarjana Muda
    10. Transkrip Ijazah
    11. Surat Pengiktirafan Kelayakan MQA
    12. Sijil yang berkaitan dan jika perlu

    Nota : Ketepikan sijil yang tidak relevan dan tidak perlu dimasukkan ke dalam fail.

    Malahan anda boleh sahaja meletakkan tanda atau partition di setiap muka surat fail anda supaya senang dicari dan dibuka oleh penemuduga.

    Tips Susun Sijil Dalam Fail Untuk Dibawa Temuduga

    Contoh Susunan Sijil

    Berikut adalah contoh susunan sijil yang boleh anda jadikan panduan sebelum hadir temuduga.

       

    Apa sahaja cara susunan sijil anda di dalam fail, pastikan anda susun mengikut keperluan pekerjaan anda. Tidak perlu anda memasukkan sijil UPSR atau sijil pertandingan melukis ketika anda tadika suatu masa lalu. Ia tidak begitu relevan untuk anda masukkan ke dalam fail ketika temuduga

    Semoga berjaya.

  • Pembiayaan Mudah Bumiputera Penjana PUNB & MARA. Mohon Sekarang

    Pembiayaan Mudah Bumiputera Penjana PUNB & MARA. Mohon Sekarang

    Pembiayaan Mudah Bumiputera PENJANA

    Jika anda mendengar dengan teliti semasa pengumuman PENJANA oleh YAB Perdana Menteri, terdapat bantuan kewangan kepada usahawan Bumiputera untuk memastikan kelangsungan perniagaan mereka.

    Dikongsikan disini syarat kelayakan untuk memohon dan beberapa maklumat lanjut berkaitan permohonan pembiayaan.

    Agensi Terlibat

    Terdapat dua jenis agensi yang terlibat dalam pembiayaan mudah bumiputera ini iaitu :

    • MARA
    • PUNB

    Mengenai MARA

    MARA merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia. MARA dibentuk pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun dan autonomi.

    Ia diwujudkan bertujuan menggalakkan, memudahkan, memajukan dan menjalankan aktiviti pembangunan ekonomi serta kemasyarakatan termasuk menyediakan kemudahan pinjaman perniagaan kepada usahawan.

    Syarat Kelayakan Pinjaman MARA

    Syarat kelayakan bagi pinjaman di bawah MARA ialah :

    • Warganegara Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera.
    • Berumur 18 tahun dan ke atas.
    • Menjalankan perniagaan sepenuh masa.
    • Mempunyai lesen / permit / surat kebenaran pihak berkuasa.
    • Mengemukakan cagaran / jaminan yang mencukupi.
    • Jika pengalaman dalam bidang terbabit kurang daripada enam bulan, anda mesti mengikuti kursus keusahawanan.
    • Modal pemohon pinjaman mestilah 10% daripada kos projek.
    • Menjalani ujian psikometri (kecuali skim pinjaman tertentu).
    • Berpengalaman atau berpengetahuan dalam bidang perniagaan.

    Mengenai PUNB

    PUNB meletakkan misi untuk menyediakan peluang kepada usahawan Bumiputera mencapai kejayaan dalam perniagaan melalui sokongan kewangan dan korporat.

    PUNB meletakkan misi untuk menyediakan peluang kepada usahawan Bumiputera mencapai kejayaan dalam perniagaan melalui sokongan kewangan dan korporat.

    Syarat Kelayakan Pinjaman PUNB

    • Entiti Milikan Tunggal  / Perkongsian / Syarikat Diperbadankan.
    • Modal permulaan minimum 10%.
    • Syarikat / perniagaan telah beroperasi minimum 18 bulan
    • Rekod perniagaan / kewangan dikemas kini

    Anda boleh melayari portal rasmi PUNB mengenai pembiayaan yang disediakan di pautan berikut : PORTAL RASMI PUNB

    Atau layari https://e-borang.punb.com.my/ untuk permohonan pembiayaan anda.

    Pembiayaan Mudah Bumiputera PENJANA PUNB & MARA. Mohon Sekarang

    Maklumat & Info Selanjutnya

    Anda boleh dapatkan info selanjutnya mengenai program ini di saluran berikut :

    MARA

    Bahagian Pembiayaan Perniagaan, Tingkat 8, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur

    • Telefon : 03-2613 2543 / 03-2613 2544
    • Portal rasmi MARA : mara.gov.my.

    PUNB

    Pusat Khidmat Pelanggan

  • Cara Daftar, Mohon & Semak Kelulusan Rumah Kos Rendah RM47,000

    Cara Daftar, Mohon & Semak Kelulusan Rumah Kos Rendah RM47,000

    Rumah Kos Rendah RM47,000

    Tahukah anda bahawa terdapat rumah kos rendah yang berharga sebanyak RM47,000 di Sabah? Ia merupakan satu program kerajaan negeri Sabah untuk penempatan semula penduduk setinggan dan golongan B40.

    Agensi pelaksana utama yang terlibat dalam program ini ialah Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar (LPPB) untuk permohonan rumah SEWA/RUMAH DIBELI. 

    Tujuan LPPB

    Untuk pengetahuan bersama, LPPB ini bertujuan untuk menyediakan peruntukan seperti ini agar semua rakyat sabah yang berpendapatan rendah akan dapat memiliki sebuah rumah.

    Cara Daftar, Mohon & Semak Kelulusan Rumah Kos Rendah RM47,000

    Syarat Kelayakan

    Berikut adalah beberapa syarat kelayakan untuk membuat permohonan :

    • Warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada penduduk asal Sabah.
    • Berumur 18 tahun ke atas pada waktu memohon.
    • Sudah berkeluarga atau bujang yang menanggung keluarga.
    • Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak kurang RM750.00 dan tidak melebihi RM3,000 sebulan.
    • Tidak memiliki rumah sendiri.
    • Tidak memiliki tanah sendiri.

    Nota : Anda boleh mendaftar dalam Sistem Pendaftaran Terbuka LPPB sekiranya tidak memenuhi syarat kelayakan di atas.

    Cara Mendaftar & Memohon

    Cara Daftar, Mohon & Semak Kelulusan Rumah Kos Rendah RM47,000

    • Baca dahulu syarat yang permohonan.
    • Imbas / scan KAD PENGENALAN dan SURAT LAHIR anda untuk dikepilkan bersama.
    • Jika setuju dengan syarat diatas, tandakan pada kotak kecil di atas.
    • Klik SUBMIT.
    • Masukkan KAD PENGENALAN dan SURAT LAHIR yang telah di scan.
    • Tandakan pada kotak kecil disebelah sekiranya anda telah siap mengisi borang.
    • Klik COMPLETE setelah selesai.

    Cara Daftar, Mohon & Semak Kelulusan Rumah Kos Rendah RM47,000

    • Lengkapkan borang anda dengan mengisi maklumat yang diminta dengan betul dan tepat.

    Cara Daftar, Mohon & Semak Kelulusan Rumah Kos Rendah RM47,000

    • Klik COMPLETE setelah siap mengisi borang.
    • Permohonan anda telah selesai.

    Semakan Permohonan

    Semakan kelulusan permohonan anda melalui emel yang akan dihantar kepada anda.

    Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

    Anda boleh dapatkan info selanjutnya mengenai program ini melalui saluran berikut :

  • Permohonan Bantuan Insan Johor Peniaga Golongan B40 & M40. Mohon Dan Semak Sekarang

    Permohonan Bantuan Insan Johor Peniaga Golongan B40 & M40. Mohon Dan Semak Sekarang

    Program Insan Johor Peniaga Golongan B40 & M40

    Kerajaan negeri Johor melaksanakan Program Insan Johor menerusi Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) yang memberi manfaat kepada peniaga golongan B40 & M40 yang terjejas akibat wabak Covid-19.

    Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Izhar Ahmad, berkata program itu selari dengan hasrat kerajaan negeri meneruskan legasi kemakmuran Johor dalam pelbagai bidang khususnya mengukuhkan agenda pembangunan modal insan demi manfaat rakyat.

    Senarai Pakej Bantuan

    Berikut adalah senarai pakej bantuan yang ditawarkan dalam Program Insan Johor :

    • Pakej Jahitan
    • Pakej Automotif
    • Pakej Agro
    • Pakej Gunting Rambut Lelaki
    • Pakej Makanan dan Minuman

    Bantuan ini merangkumi latihan dan kursus kemahiran dan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kemahiran asas seperti ONLINE MARKETING dan pengurusan kewangan.

    Program Insan Johor Peniaga Golongan B40 & M40. Mohon Dan Semak Sekarang

    Syarat Kelayakan

    Syarat kelayakan bagi program ini ialah :

    • Lahir dan berasal dari negeri Johor.
    • Berumur 18 hingga 60 tahun.
    • Keutamaan diberikan  kepada pemohon yang belum pernah menerima bantuan peralatan daripada agensi kerajaan.
    • Berdaftar perniagaan dengan SSM sebelum 31 Disember 2019.
    • Satu permohonan sahaja di kalangan isi rumah.

    Borang Permohonan

    Anda boleh download borang permohonan di pautan berikut :

    Program Insan Johor

    Tarikh Tutup Permohonan

    4 Julai 2020.

    Maklumat Lanjut & Pertanyaan

    Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai program ini melalui saluran berikut :

    • Urus Setia : 07-2667271 / 7269
  • Cara Register & Login AKPK (Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit)

    Cara Register & Login AKPK (Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit)

    Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)

    Bagi anda yang mempunyai masalah kewangan dan perlukan bantuan untuk menangani masalah ini, pihak Bank Negara Malaysia menubuhkan satu agensi iaitu Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit.

    Sekurangnya melalui program ini anda boleh keluar daripada kemelut hutang yang menghantui diri anda.

    Baca juga artikel ini : Pekerja Kerajaan: Ini 6 Tips Mudah Menyimpan Wang Untuk Masa Depan Anda

    Pendaftaran AKPK

    Berikut adalah cara mendaftar AKPK secara online :

    Cara Register & Login AKPK (Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit)

    • Pilih CUSTOMER LOGIN dan klik CLICK HERE TO LOGIN.

    Cara Register & Login AKPK (Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit)

    • Klik NEW USER? REGISTER HERE.PENGGUNA BARU? DAFTAR DI SINI

    Cara Register & Login AKPK (Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit)

    • Pada ruangan ID TYPE, masukkan jenis pengenalan diri yang sesuai untuk pendaftaran. pilih NRIC dan masukkan nombor kad pengenalan anda.

    Cara Register & Login AKPK (Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit)

    • Lengkapkan borang dengan mengisi maklumat yang diperlukan dan baca PDPA NOTICE yang disediakan. Tandakan pada kotak dibawah dan klik SUBMIT untuk proses seterusnya.
    • Tunggu emel link pengaktifan daripada AKPK untuk mengaktifkan akaun anda.
    • Right clik link tersebut dan login dengan memasukkan CUSTOMER ID / LOGIN ID dan klik SUBMIT.
    • Cipta password , confirm semula password dan klik SUBMIT.

    Login Akaun

    • Klik HERE pada kotak pop-up berwarna hijau untuk LOGIN.
    • Masukkan LOGIN ID dan PASSWORD anda serta klik LOGIN AKPK.

    Maklumat Lanjut Serta Alamat Cawangan

    Jika anda mempunyai maklumat lanjut mengenai AKPK dan ingin terus ke cawangan AKPK yang terdekat dengan anda, berikut adalah senarai serta alamat dan nombor telefon yang lengkap untuk dihubungi.

    Kuala Lumpur (KL)

    Level 5 and 6,
    Menara Bumiputra Commerce
    Jalan Raja Laut
    50350 Kuala Lumpur
    Tel: 603 2616 7766
    Fax: 603 2616 7601

    Shah Alam, Selangor

    Bank Muamalat
    G1-3
    Ground Floor
    PKNS Complex
    40000 Shah Alam
    Selangor

    *Kaunseling hanya pada hari Isnin sahaja

    Johor Bahru

    Bangunan Bank Negara Malaysia
    Jalan Bukit Timbalan
    80720 Johor Bahru
    Tel: 607 221 0533
    Fax: 607 221 0535

    Melaka

    Ground & Mezzanine Floor, No 179,
    Bangunan Munshi Abdullah
    Jalan Munshi Abdullah
    75100 Melaka
    Tel: 606 292 1238
    Fax: 606 292 1251

    Seremban

    Jabatan Insolvensi Malaysia
    Ground Floor
    Bangunan Tabung Haji
    Wisma Arab Malaysian
    Jalan Tuanku Munawir
    70000 Seremban
    Negeri Sembilan

    *Kaunseling hanya pada hari Selasa dan Rabu sahaja

    Alor Setar, Kedah

    No 11, Ground Floor,
    Jalan Persiaran Sultan Abdul Hamid,
    Kompleks Sultan Abdul Hamid,
    05050 Alor Setar
    Kedah Darul Aman.
    Tel: 604 771 5773

    Pulau Pinang

    Bangunan Bank Negara Malaysia
    No.27 Lebuh Light
    10200 Penang
    Tel : 604 261 2246
    Fax : 604 261 2243

    Ipoh, Perak

    Unit B-2-1 Greentown Square
    Jalan Dato’ Seri Ahmad Said
    30450 Ipoh
    Perak
    Tel: 605 242 8319
    Fax: 605 242 8452

    Kuching, Sarawak

    Bangunan Bank Negara Malaysia
    Jalan Satok
    93720 Kuching
    Tel: 6082 414 910
    Fax: 6082 414 960

    Kota Kinabalu, Sabah

    Bangunan Bank Negara Malaysia
    Jalan Lapan Belas
    88000 Kota Kinabalu
    Tel: 6088 538 355
    Fax: 6088 538 377

    Kuantan, Pahang

    G-02 Mahkota Square
    Jalan Mahkota
    25000 Kuantan
    Tel: 609 513 3190
    Fax : 609 513 3255

    Kuala Terengganu

    Bangunan Bank Negara Malaysia
    Jalan Sultan Mohamad
    21100 Kuala Terengganu
    Tel: 609 631 2797
    Fax : 609 631 2801

    Kota Bharu, Kelantan

    PT5, Ground Floor
    Kota Indah,
    Jln Sultan Yahya Petra,
    15200 Kota Bharu
    Tel: 609 747 6968
    Fax: 609 746 1085

    FAQ Soalan Lazim

    Dapatkan maklumat seterusnya melalui soalan lazim ini.

    1. Bolehkah pinjaman peribadi melalui potongan gaji dijadualkan semula di bawah program PPK?

    Pengstrukturan semujla pinjaman peribadi melalui potongan gaji hanya dibenarkan untuk pinjaman daripada institusi kewangan berikut : -Bank Kerjasama Rakyat (BKRM), -MBSB Bank -Bank Islam Malaysia Berhad -Bank Simpanan Nasional (BSN).

    2. Adakah individu yang telah diishtiharkan muflis layak untuk mengikuti program PPK?

    Tidak boleh. Walaubagaimanapun, individu tersebut boleh merujuk kepada Jabatan Insolvensi Malaysia untuk bantuan selanjutnya.

    3. Adakah pinjaman kenderaan boleh dijadualkan semula bawah PPK?

    Boleh, hanya pinjaman kenderaan dengan institusi kewangan berikut sahaja : -Bank Islam Malaysia Berhad -Ambank (M) Berhad, AmIslamic Bank Berhad Pinjaman sewa beli daripada penyedia pinjaman lain boleh dipertimbangkan mengikut kes.

    4. Adakah pinjaman PTPTN boleh dijadualkan semula bawah PPK?

    Boleh, dengan syarat individu tersebut mempunyai pinjaman lain yang diambil dengan penyedia pinjaman kewangan untuk dijadualkan semula dalam PPK. Sekiranya pelanggan hanya mempunyai pinjaman PTPTN, pelanggan perlu berunding terus dengan pihak PTPTN.

    5. Adakah AKPK boleh membuat penjadualan semula hutang syarikat / pinjaman wang berlesen?

    Tidak. AKPK hanya boleh membuat penjadualan semula pinjaman daripada institusi kewangan yang terlibat sahaja.

    6. Adakah AKPK boleh membuat penjadualan semula untuk pinjaman pelajaran?

    AKPK bolen membuat penjadualan semula pinjaman pelajaran untuk PTPTN sahaja.

    7. Adakah AKPK boleh membuat penjadualan semula untuk pinjaman perniagaan?

    Tidak. AKPK hanya membuat penjadualan semula untuk pinjaman individu atau pinjaman pengguna sahaja.

close-image