Author: Zieta Zumira

  • Bagaimana Minta Cuti Dari Majikan Untuk Ke Tempat Interview Baru?

    Bagaimana Minta Cuti Dari Majikan Untuk Ke Tempat Interview Baru?

    Pergi Interview Pada Hari Bekerja

    Walaupun anda sudah bekerja, sudah pasti anda memohon untuk mendapatkan pekerjaan lain yang mempunyai kelebihan seperti bayaran gaji yang tinggi serta ia merupakan pekerjaan idaman anda. Ada juga yang memohon pekerjaan lain untuk meningkatkan mutu kerjaya serta ingin memperluaskan pengalaman kerjaya.

    Apa sahaja alasan anda memohon pekerjaan yang lain, itu adalah pilihan yang terbaik buat anda.

    Namun, bagaimanakah untuk menyatakan kepada majikan anda bahawa anda ingin pergi temuduga ditempat yang lain? Perlukah anda berterus terang atau anda berikan alasan lain yang tidak menimbulkan syak wasangka majikan kepada anda?

    Melalui perkongsian ini, anda akan diberikan beberapa contoh yang sesuai untuk anda pergi temuduga tanpa mengganggu tugasan harian anda.

    Bagaimana Minta Cuti Dari Majikan Untuk Ke Tempat Interview Baru?

    Jadual Kerja Fleksibel

    Jika anda mempunyai jadual kerja yang fleksibel, ia agak mudah bagi anda untuk mengatur jadual temuduga anda. Namun anda harus ingat, temuduga yang diaturkan mungkin mengambil masa yang agak lama dan membuatkan anda masuk lewat ke pejabat.

    Jadi, anda boleh memohon untuk masuk kerja separuh hari dengan memberikan beberapa alasan yang  kukuh seminggu sebelum anda membuat permohonan kerja separuh hari.

    Mengambil Cuti 1 Hari

    Anda juga boleh mengambil cuti satu hari untuk hadir temuduga. Jadi, anda tidak perlu memberikan alasan untuk pergi temuduga kepada bakal majikan anda. Pastikan anda membuat permohonan untuk bercuti seminggu lebih awal untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

    Anda boleh dapatkan contoh surat mohon cuti di: Contoh Surat Cuti Tanpa Gaji Beserta Contoh Alasan Yang Relevan

    Contoh Alasan

    Berikut adalah beberapa contoh alasan yang sesuai digunakan sekiranya anda perlu menghadiri temuduga ketika waktu bekerja :

    • Saya ambil cuti selama 1 hari untuk percutian.
    • Saya masuk lewat selama 3 jam untuk uruskan persekolahan anak.
    • Saya perlu mengambil rakan di lapangan terbang.
    • Saya ada perkara kecemasan yang perlu diselesaikan segera.
    • Saya ada temujanji perubatan di klinik gigi.
    • Saya perlu pergi ke bank untuk menandatangani perjanjian.
    • Saya perlu bercuti untuk selesaikan beberapa masalah peribadi.

    Anda mungkin perlu mengemukakan alasan yang berlainan sekiranya anda tahu akan terlambat atau ingin balik kerja lebih awal.

    Perlukah Berlaku Jujur?

    Berlaku jujur ketika memberikan alasan ketika waktu bekerja mungkin menyebabkan alasan anda tidak dapat diterima dan mungkin anda tidak dibenarkan untuk bercuti.

    Anda tidak perlu memberikan alasan yang terperinci kerana apabila terlalu banyak alasan, majikan akan menganggap anda berbohong kepadanya.

    Alasan Yang Perlu Dihindari

    Terdapat beberapa alasan yang perlu anda hindari seperti :

    • Tayar kenderaan anda pancit. Ini kerana ia adalah alasan biasa yang selalu diterima oleh majikan sekiranya pekerja tidak mahu masuk bekerja sedangkan urusan menukar tayar tidak mengambil masa yang lama.
    • Laluan rumah ditutup oleh polis. Alasan ini sukar untuk diterima oleh majikan kerana zaman kini segala maklumat yang berkaitan dengan laluan serta lalu lintas akan diwar-warkan melalui media sosial dua atau tiga hari lebih awal.

    Hantar Surat Permohonan Atau Emel

    Anda perlu mohon terlebih dahulu kepada majikan anda sebelum anda bercuti. Pastikan anda menghantar surat atau emel secara formal dan profesional sebelum anda bercuti.

    Ringkas Dan Profesional

    Pastikan surat permohonan anda ringkas dan berbentuk formal untuk dihantar kepada majikan anda. Anda juga boleh memasukkan nama rakan setugas yang akan mengambil alih tugasan anda ketika anda bercuti untuk pergi temuduga.

    Nyatakan Tarikh, Masa, Hari

    Anda perlu menyatakan tarikh,masa dan hari ketiadaan anda serta anda perlu menyatakan tarikh, masa dan hari anda hadir semula bertugas. Ia adalah satu jaminan bahawa anda akan kembali bertugas setelah semua urusan anda selesai pada hari tersebut.

    Hantar Seminggu Awal

    Anda perlu menghantar surat permohonan cuti atau emel seminggu lebih awal untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti permohonan cuti anda ditolak oleh majikan. Sekurangnya anda boleh membuat persediaan dan memohon semula cuti dengan majikan anda.

    Bagaimana Minta Cuti Dari Majikan Untuk Ke Tempat Interview Baru?

    Jalan yang terbaik untuk anda hadir temuduga dengan selesa dan tenang, seeloknya anda mengambil cuti separuh hari atau satu hari dan lalui sesi temuduga dengan tenang. Sekiranya anda mendapat pekerjaan tersebut, pastikan anda memberikan notis berhenti kerja di tempat lama dengan profesional serta mengikut terma dan syarat kontrak syarikat.

  • Semakan Permohonan & Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS 3.0

    Semakan Permohonan & Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS 3.0

    Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS 3.0

    Seperti sedia ketahui, BKSS 3.0 merupakan satu bentuk bantuan yang dibayar kepada individu bujang secara one-off iaitu sekali sahaja sebanyak RM500 dan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM234.0 juta.

    Ia juga melibatkan bantuan pembayaran secara tunai sebanyak RM1500 kepada Ketua Isi Rumah yang layak tetapi tidak tersenarai di bawah BKSS 1.0.

    Anda boleh juga baca pautan ini : Semakan Status Permohonan BKSS Bantuan Sarawakku Sayang

    Semakan Permohonan & Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS 3.0

    Kelayakan Bantuan BKSS

    Berikut adalah kelayakan bagi bantuan ini iaitu :

    • Individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas.
    • Berpendapatan di bawah Rm2,000 sebulan.

    Jumlah Bayaran

    Jumlah bayaran adalah :

    • RM500
    • Bayaran secara one-off.

    Semakan Permohonan & Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS 3.0

    Cara Bayaran

    • Bantuan akan disalurkan ke akaun bank masing-masing
    • Bantuan disalurkan melalui Pejabat Cawangan Perbendaharaan Negeri yang berdekatan dengan penerima.

    Tarikh Pembayaran

    Bermula 15 Jun 2020 secara one off (RM500) kepada individu bujang dan RM250 kepada Ketua Isi Rumah secara bulanan sehingga 6 bulan.

    Semakan

    Anda boleh membuat semakan di: https://bpn.hasil.gov.my atau Di Pejabat Daerah yang berhampiran.

    Maklumat Lanjut & Pertanyaan

    Bagi anda yang mempunyai pertanyaan tentang bantuan ini, anda boleh terus hubungi :

    • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri  :  082-440127
    • Pejabat Cawangan Perbendaharaan Negeri : 082-440127 / 440222
    • Talikhidmat : 082-555999

    FAQ Soalan Lazim

    1.Bagaimana saya hendak membuat permohonan BKSS 3.0 untuk individu bujang B40?

    Tidak perlu membuat permohonan untuk BKSS 3.0. untuk individu bujang B40 sekiranya telah layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2020 di bawah kategori individu bujang B40.

    2. Kenapa tidak perlu memohon?

    Sebab individu bujang yang lulus untuk menerima BPN 2020 di bawah individu bujang B40 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah secara automatik layak untuk menerima BKSS 3.0 untuk individu bujang B40.

    3. Bolehkah saya semak status kelulusan?

    Boleh. Semakan boleh dibuat secara atas talian di laman web LHDN di: https://bpn.hasil.gov.my

    4. Saya pernah merayu mulai 18 April sehingga 28 April 2020 yang lalu di bawah kategori bujang berumur 40 tahun sehingga 59 tahun, apakah status permohonan saya?

    Permohonan anda akan dipertimbangkan di bawah BKSS 3.0 ini iaitu kategori individu bujang 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah (B40).

    5. Bila keputusan rayuan akan dimaklumkan?

    Keputusan rayuan akan dimaklumkan selepas 15 Jun 2020 melalui cara berikut: Bagi yang ada internet, keputusan boleh disemak di: https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan Bagi yang ada telefon bimbit, keputusan akan dimaklumkan secara SMS.

    6. Saya tidak ada internet dan telefon bimbit, bagaimana saya boleh tahu keputusan rayuan?

    Boleh semak di Pejabat Daerah berdekatan.

    7. Berapakah jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BKSS 3.0 untuk individu bujang B40 ini?

    Bantuan sebanyak RM500 akan diberi sekali sahaja kepada individu bujang yang layak.

    8. Bagaimanakah bayaran bantuan kepada individu bujang B40 yang layak ini akan dibuat?

    Bagi yang mempunyai akaun bank berdaftar dengan LHDN, bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang layak; atau Bagi yang tidak mempunyai akaun bank yang berdaftar dengan LHDN, bayaran secara tunai boleh dituntut di Pejabat Bahagian, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak di seluruh Sarawak.

  • Semakan Status Permohonan BKSS Bantuan Sarawakku Sayang

    Semakan Status Permohonan BKSS Bantuan Sarawakku Sayang

    Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)

    Pada 23 Mac yang, Kerajaan negeri mengumumkan Pakej Bantuan Khas SarawakKu Sayang melibatkan peruntukan berjumlah kira-kira RM1.154 bilion.

    Pakej bantuan khas ini merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi mengurangkan kesan penularan COVID-19 ke atas ekonomi dan melindungi kesejahteraan rakyat khasnya buat rakyat negeri Sarawak terutamanya golongan penjaja dan peniaga kecil serta golongan B40.

    bkss5

    Siapakah Yang Layak Mendapat Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)?

    Penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan dan pada masa ini, pihak Sarawak Pay masih menunggu pengesahan senarai nama penerima BKSS dari Kerajaan Negeri Sarawak.

    Berapakah Jumlah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)?

    RM1500 bagi setiap pemilik perniagaan berdaftar. Pembayaran berjumlah RM750 akan dibuat dalam dua fasa. Fasa pertama adalah pada Mei 2020, manakala fasa terakhir adalah pada Ogos 2020.

    Bagaimana Caranya Untuk Menerima Bayaran?

    Anda akan menerima teks mesej (SMS) dari 62999 (Kerajaan Negeri Sarawak) untuk memaklumkan bahawa anda layak menerima bantuan BKSS. Sila pastikan perniagaan anda telah berdaftar dengan Sarawak Pay. Klik pautan www.sarawakpay.gov.my untuk maklumat lebih lanjut.

    Tidak Mempunyai Akaun Sarawak Pay

    Jika anda tidak mempunyai akaun Sarawak Pay, anda boleh muat turun aplikasi Sarawak Pay dari Google Playstore atau Apple App Store dan daftar secara online.

    Berikut pautan untuk muat turun aplikasi Sarawak Pay :

    Cara Memohon

    Berikut adalah langkah-langkah memohon.

    1. Muat turun dan daftar di aplikasi Sarawak Pay sebagai pengguna
    2. Pilih Merchant Account dan isikan borang pendaftaran
    3. Sediakan dokumen sokongan seperti kad pengenalan, lesen perniagaan, gambar premis perniagaan dan emel yang sah seterusnya email ke [email protected] (Milikan Tunggal) / [email protected] (Syarikat, Persatuan & Organisasi)
    4. Tunggu emel pengesahan dari pihak Sarawak Pay untuk status pendaftaran akaun perniagaan Sarawak Pay dalam tempoh tujuh hari bekerja.
    5. Sekiranya lulus, anda sudah boleh menerima pembayaran melalui aplikasi Sarawak Pay.

    Pendaftaran Baru

    sarawakpay

    Pemilik  Milikan Tunggal

    sarawak pay bisnes

    Syarikat, Persatuan & Organisasi

    sarawak pay bisnes2

    Tarikh Semakan

    Anda boleh membuat semakan bermula 16 Jun 2020 dan bayaran untuk pemohon golongan bujang telah pun masuk ke akaun bank masing-masing.

    Tarikh Bayaran

    • Bayaran pertama : 15 April 2020 sebanyak RM250
    • Bayaran kedua : 15 Mei 2020 sebanyak RM250
    • Bayaran ketiga : 15 Jun 2020 sebanyak RM250
    • Bayaran keempat : 15 Julai 2020 sebanyak RM250
    • Bayaran kelima : 15 Ogos 2020 sebanyak RM250
    • Bayaran keenam : 15 September 2020 sebanyak RM250

    Cara Membuat Semakan

    Untuk semakan status BKSS terkini, anda boleh klik sini dan dapatkan cara-cara untuk membuat semakan status BKSS anda.

    Maklumat Lanjut

    Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai BKSS ini, anda boleh menghubungi :

    • Khidmat Pelanggan Sarawak Pay : 1-300-88-7722
    • Facebook BKSS : BKSS
  • Ini 11 Laluan Mudah Bagi Anda Yang Berminat Untuk Menjadi Cikgu

    Ini 11 Laluan Mudah Bagi Anda Yang Berminat Untuk Menjadi Cikgu

    Berminat Untuk Menjadi Cikgu

    Anda sangat berminat untuk menjadi seorang cikgu sekolah? Tetapi tidak tahu dengan pasti apakah cara yang lain selain daripada permohonan melalui lepasan SPM dan Ijazah? Dikongsikan disini 11 cara untuk anda mohon pekerjaan sebagai seorang cikgu.

    Ini 11 Laluan Mudah Bagi Anda Yang Berminat Untuk Menjadi Cikgu

    11 Laluan Mudah Menjadi Guru

    Berikut adalah 11 laluan mudah menjadi guru yang ada di Malaysia yang boleh anda mohon :

    1. SPM – IPG 

    Ini adalah laluan mudah bagi pelajar lepasan SPM terutamanya bagi anda yang mendapat keputusan cemerlang antara 4 hingga 5 A dan ke atas. Anda boleh mohon melalui kemasukan ke Institut Perguruan Malaysia (IPGM).

    Anda perlu mengikuti latihan selama 5 iaitu 1 tahun persediaan dan 4 tahun tambahan bagi program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan mengajar sekolah rendah setelah tamat pengajian. KPM juga menyediakan laluan khas terus temuduga kepada pelajar lepasan SPM yang layak dan berminat menjadi guru.

    2. SPM-Matrikulasi-Universiti

    Terdapat cara yang seterusnya iaitu selepas SPM, anda perlu mohon masuk ke kolej matrikulasi dan mohon di universiti yang menawarkan program perguruan setelah anda mendapat keputusan peperiksaan yang bagus.

    Anda boleh ikuti cara ini jika berminat untuk menjadi guru sekolah menengah.

    3. SPM-STPM-Universiti

    Bagi anda yang ingin mengajar subjek tertentu di sekolah menengah seperti subjek Kimia, Fizik, Ekonomi, Perdagangan, Pengajian Am, Biologi dan sebagainya, anda hanya perlu menyambung pengajian dalam tingkatan 6 dan ambil STPM dan seterusnya menyambung pengajian di universiti dalam pengajian pendidikan

    4. STPM-Universiti

    Cara ini mempunyai beberapa persamaan dengan laluan di atas dan majoriti lepasan program perguruan ini akan dihantar untuk mengajar sekolah menengah melainkan mereka mengambil subjek sekolah rendah.

    5. Diploma-Universiti

    Jika anda menyambung pengajian di tahap diploma seterusnya ijazah, anda boleh menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perguruan di universiti yang ditawarkan kepada anda.

    Anda akan sambun gpengajian selama 4 tahun dan mungkin tempoh pengajian lebih pendek sekiranya universiti membenarkan anda membuat pengecualian subjek.

    6. Ijazah-DPLI

    Anda yang sudah mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam apa jua bidang boleh memohon kursus DPLI atau Diploma Perguruan Lepasan Ijazah.

    Anda akan menerima elaun dan terikat dengan perjanjian kontrak dengan KPM selama 2 tahun.

    7. Ijazah-KPLI

    KPLI atau Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru (IPG) selama 1 tahun sahaja dan terhad bagi pengajian subjek kritikal seperti Bahasa Inggeris, KHB, Pendidikan Khas dan diperlukan dalam kadar yang segera.

    8. Ijazah-JQAF

    Sesuai untuk anda yang mempunyai ijazah dalam bidang pengajian Islam, Bahasa Arab atau yang berkaitan. Anda berpeluang untuk terus menjadi Guru JQAF disekolah yang ditetapkan oleh KPM.

    Anda harus mengikuti pengajian semasa cuti selama 2 tahun dan akan di tempatkan semula di sekolah lama dan bergantung pada kekosongan.

    9. Ijazah-MRSM

    Apa kata anda mencuba nasib dengan menjadi guru MRSM dan ia adalah satu laluan mudah untuk anda sekiranya anda merupakan bekas pelajar MRSM dan bekas penerima biasiswa MRSM.

    Anda hanya perlu peka dengan iklan daripada MRSM dan bergantung pada kekosongan subjek dan keperluan.

     10. Ijazah

    Anda boleh menjadi guru sekolah swasta dan sekolah antarabangsa sekiranya ada keperluan berdasarkan kelayakan bakal guru.

    Anda hanya perlu mengekalkan prestasi agar kontrak anda disambung dari masa ke semasa.

    11. Ijazah- Teach for Malaysia

    Ini merupakan satu laluan yang disediakan oleh NGO iaitu NGO Teach For Malaysia  yang aktif menyediakan guru-guru bagi subjek kritikal di sekolah yang memerlukan guru untuk subjek tersebut.

    Pemohon akan disaring dan diberikan penempatan sekolah serta perlu menghadiri kursus pemantapan perguruan.

    Anda akan bekerja secara kontrak selama 2 tahun dibawah NGO Teach For Malaysia.

    Ini 11 Laluan Mudah Bagi Anda Yang Berminat Untuk Menjadi Cikgu

    Melalui 11 cara atau laluan ini, pastinya anda dapat mencapai cita-cita dan impian untuk menjadi seorang guru.

  • Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai eFilling LHDN dan Cara Login ezHasil

    Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai eFilling LHDN dan Cara Login ezHasil

    Borang Cukai eFilling LHDN

    Sudahkah anda menghantar Borang Cukai eFilling LHDN anda? Jika belum, anda perlu menyiapkan borang tersebut untuk dihantar sebelum tarikh akhir yang ditetapkan oleh LHDN.

    Ini adalah selaras dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak LHDN dimana tarikh menghantar borang cukai dilanjutkan kepada tarikh seperti diatas kerana kekangan yang dihadapi oleh pembayar cukai dalam untuk mengemukakan borang tersebut akibat PKP dan PKPB akibat Covud-19.

    Rujuk kenyataan media seperti dibawah.

    Senarai Tarikh Akhir Borang eFilling LHDN

    Berikut adalah senarai tarikh akhir untuk menghantar borang mengikut jenis borang dan kategori.

    Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai eFilling LHDN dan Cara Login ezHasil

    Panduan Penghantaran Borang eFilling LHDN

    • Jika terdapat sebarang pindaan tarikh ianya tertakluk kepada sebarang perubahan dari LHDNM.
    • BNCP yang dikemukakan melalui e-Filing selepas tarikh akhir pengemukaan borang berkenaan dianggap sebagai telah diterima dalam tempoh yang ditetapkan jika borang diterima dalam tempoh yang ditetapkan jika ia diterima dalam tempoh tambahan masa selepas tarikh akhir pengemukaan borang.
    • Contoh 1 : Tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2019 adalah 30 April 2020. Tambahan masa diberikan sehingga 30 Jun 2020 bagi pengemukaan secara e-Filing, pos atau serahan tangan. Jika pembayar cukai mengemukakan Borang e-BE Tahun Taksiran 2019 pada 1 Julai 2020, BN tersebut akan dianggap sebagai lewat diterima mulai 1 Mei 2020 dan boleh dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967.
    • Contoh 2 : Tempoh perakaunan amanah pelaburan harta tanah (REIT) berakhir pada 31 Mei 2020. Tarikh akhir pengemukaan BN bagi REIT (Borang TR) Tahun Taksiran 2019 adalah 31 Disember 2020. Tambahan masa diberikan sehingga 6 Januari 2021. Sekiranya Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menerima BN tersebut melalui pos pada 7 Januari 2021, BN tersebut akan dianggap sebagai lewat diterima mulai 1 Januari 2021 dan boleh dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967.
    • Tambahan masa ini juga terpakai untuk bayaran baki cukai di bawah subseksyen 103(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) / subseksyen 48(1) Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 [APCP 1967] bagi BN (kecuali Borang E, Borang P dan Borang CPE) yang dikemukakan melalui e-Filing / pos.

    Rujukan Tambahan Masa

    Tindakan Gagal Kemuka Borang

    Jika gagal kemukakan borang dalam tempoh yang dibenarkan, tindakan yang boleh diambil berdasarkan tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata berkenaan seperti :

    • Borang Nyata selain Borang E dan Borang P.
    • Tindakan di bawah subseksyen 112(1) ACP 1967 / subseksyen 51(1) APCP 1967.
    • Pengenaan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967 / subseksyen 51(3) APCP 1967.
    • Borang E dan Borang P.
    • Tindakan di bawah subseksyen 120(1) ACP 1967.

    Alamat Menghantar Borang

    Berikut adalah alamat rasmi penghantaran borang nyata cukai :

    Borang C1/PT/TA/TC/TR/TN

    Pusat Pemprosesan Maklumat
    Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia,
    Menara Hasil,
    No 3, Jalan 9/10, Seksyen 9,
    Karung Berkunci 221,
    43659 Bandar Baru Bangi,
    Selangor.

    Borang E*/BE/B/BT/M/MT/P/TP/TF/TJ

    Pusat Pemprosesan Maklumat
    Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia,
    Menara Hasil,
    No 3, Jalan 9/10, Seksyen 9,
    Karung Berkunci 222,
    43659 Bandar Baru Bangi,
    Selangor.

    Cara Login ezHasil

    Seperti anda tahu, pihak LHDN telah berusaha memudahkan orang ramai untuk melengkapkan, mengira dan mengemukakan BNCP secara elektronik dan online.

    Jika anda ingin login ke ezHasil untuk lengkapkan borang, anda boleh terus rujuk pautan seperti dibawah untuk panduan login ezHasil.

    Cara Buat eFilling Cukai Pendapatan 2020 Untuk Kali Pertama

    Maklumat Lanjut & Pertanyaan

    Jika anda memerlukan bantuan serta pertanyaan berkaitan efilling serta inginkan maklumat lanjut mengenai efilling ini, anda boleh pergi ke kaunter LHDN yang terdekat atau hubungi pihak LHDN di :

    Soalan Lazim

    1. Bagaimana untuk membuat permohonan no. pin e-Filing?

    Pembayar cukai boleh membuat permohonan melalui: a) Borang Maklum Balas di Portal Rasmi LHDNM di pautan: https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/msMY ATAU b) Panduan Pengguna di pautan: https://ez.hasil.gov.my/CI/Bantuan_Anon.aspx

    2. Bagaimana untuk mendaftar nombor cukai pendapatan?

    Pendaftaran nombor cukai pendapatan dalam talian boleh dibuat melalui aplikasi e-Daftar. http://edaftar.hasil.gov.my/index.php

    3. Jika terlupa kata laluan e-Filing, apa perlu saya buat?

    a) Pembayar cukai yang mempunyai alamat e-mel berdaftar atau nombor telefon bimbit berdaftar dengan LHDNM:  Klik set semula kata laluan melalui menu ‘Terlupa Kata Laluan’ di ezHASiL. b) Pembayar cukai yang tiada alamat e-mel dan nombor telefon bimbit berdaftar; atau terdapat perubahan pada alamat e-mel berdaftar dan juga nombor telefon bimbit berdaftar:- Kemas kini maklumat melalui Borang Maklum Balas di Portal Rasmi LHDNM di pautan: https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY

    4. Adakah LHDNM akan memberikan tambahan masa bagi pengemukaan borang nyata secara manual atau e-Filing?

    Tambahan masa diberikan seperti Program Memfail Borang Nyata bagi Tahun 2020 (Pindaan 3/2020).

    5. Siapakah yang layak untuk mendapat penangguhan bayaran CP204 selama 3 bulan mulai April 2020 hingga Jun 2020?

    Semua jenis perniagaan yang berstatus Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

    6. Siapakah yang layak untuk mendapat penangguhan bayaran CP204 selama 9 bulan mulai April 2020 hingga Disember 2020?

    Semua syarikat yang berkaitan dengan industri pelancongan (termasuk yang berstatus PKS).

close-image