Cara Login Portal JobsMalaysia Yang Pencari Kerja Perlu Tahu

4,201

Login Portal JobsMalaysia Bagi Pencari Kerja

Sudah daftar tetapi belum boleh login lagi ke portal JobsMalaysia. Macam mana ya untuk login dengan betul dan tidak ada masalah?

Anda boleh teruskan membaca perkongsian ini untuk login masuk ke portal JobsMalaysia untuk kemaskini permohonan dan terus mencari kerja.

Cara Login JobsMalaysia Bagi Versi 2.0 & Versi 1.0

Terdapat 2 versi JobsMalaysia iaitu versi 1.0 dan versi 2.0. Versi 2.0 adalah versi yang terkini dan anda boleh lihat cara untuk login bagi kedua-dua versi tersebut disini.

Login JobsMalaysia Versi 2.0

Cara Login Portal JobsMalaysia Yang Pencari Kerja Perlu Tahu

  • Klik LOG MASUK di bahagian atas portal.

Cara Login Portal JobsMalaysia Yang Pencari Kerja Perlu Tahu

  • Seterusnya anda akan login di bahagian PENGGUNA JOBSMALAYSIA VERSI BARU.
  • Klik LOG MASUK dan masukkan ID PENGGUNA pada ruangan LOG MASUK KATA LALUAN.

Cara Login Portal JobsMalaysia Yang Pencari Kerja Perlu Tahu

  • Klik SETERUSNYA dan masukkan KATA LALUAN / PASSWORD.
  • Anda berjaya LOGIN dan boleh mula mencari kerja kosong.

Login JobsMalaysia Versi 1.0

Cara Login Portal JobsMalaysia Yang Pencari Kerja Perlu Tahu

  • Setiap proses sama seperti login JobsMalaysia versi 2.0 tetapi anda perlu masuk ke bahagian PENGGUNA JOBSMALAYSIA VERSI LAMA

Cara Login Portal JobsMalaysia Yang Pencari Kerja Perlu Tahu

  • LOG MASUK sebagai PENCARI KERJA dan masukkan ID anda pada ID PENGGUNA LAMA.
  • Klik SEMAK dan anda akan melalui proses kemaskini akaun supaya anda boleh login untuk portal JobsMalaysia yang baru.

Anda juga boleh dapatkan maklumat di : Panduan Daftar JobsMalaysia Secara Online Untuk Dapatkan Kerja Secara Mudah Dan Cepat 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Jika anda masih mempunyai persoalan dan ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, anda boleh hubungi :

Soalan Lazim

1. Bagaimanakah caranya untuk mendaftar dalam Portal JobsMalaysia?

Sila rujuk panduan pendaftaran di pautan https://www.jobsmalaysia.gov.my/jobsmysec/home/homeTutorial atau hubungi Pusat JobsMalaysia yang berhampiran.

2. Bagaimanakah caranya untuk saya menggunakan akaun saya yang dahulu?

Anda hanya perlu klik “Log Masuk” dan melengkapkan bahagian “PENGGUNA JOBSMALAYSIA VERSI LAMA”. Seterusnya anda akan menerima emel pengaktifan di emel anda dan anda perlu menetapkan semula kata laluan anda yang baharu. Untuk maklum balas lanjut anda boleh hubungi Pusat JobsMalaysia yang berhampiran.

3. Apakah yang perlu dilakukan jika terlupa kata laluan?

Sekiranya anda terlupa kata laluan, anda boleh menetapkan semula kata laluan anda sendiri. Anda hanya perlu klik “Log Masuk” di Laman Utama dan klik “Log Masuk” di paparan seterusnya. Anda hanya perlu klik “Lupa Kata Laluan?” untuk menetapkan semula kata laluan anda. Untuk maklum balas lanjut anda boleh hubungi Pusat JobsMalaysia yang berhampiran.

4. Bagaimanakan caranya untuk memohon pekerjaan?

Anda perlu berdaftar sebagai pencari kerja dan log masuk ke akaun anda. Seterusnya anda boleh lakukan carian jawatan yang anda kehendaki dan klik butang “Mohon” di bahagian bawah iklan jawatan tersebut. Untuk maklum balas lanjut anda boleh hubungi Pusat JobsMalaysia yang berhampiran.

5. Bagaimanakan caranya untuk mengemaskinikan kelulusan?

Anda perlu berdaftar sebagai pencari kerja dan log masuk ke akaun anda. Seterusnya di bahagian Dashboard anda, klik butang “Profil” dan kemas kini data yang berkaitan dan memastikan anda menekan butang “Simpan” untuk mengesahkan proses kemas kini berjaya dilakukan.

6. Apabila saya memohon pekerjaan, terdapat mesej yang menyatakan saya tidak layak memohon pekerjaan tersebut. Untuk makluman, kelayakan akademik saya memenuhi kriteria yang diperlukan oleh jawatan tersebut. Kenapa saya tidak layak memohon jawatan tersebut?

Portal JobsMalaysia 2.0 ini menggunakan sistem padanan pintar secara automatik. Anda boleh memohon mana-mana jawatan yang dikehendaki selagi anda memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak majikan. Untuk maklum balas lanjut anda boleh hubungi Pusat JobsMalaysia yang berhampiran.

7. Saya telah mendaftar dalam Portal JobsMalaysia. Tetapi sehingga sekarang saya tidak menerima panggilan untuk temuduga atau disenarai pendekkan oleh majikan. Apakah sebabnya?

Kemungkinan profil anda tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak majikan atau profil anda masih tidak lengkap diisi. Akan tetapi, anda boleh melakukan carian jawatan dan memohon terus melalui portal. Keputusan untuk memilih calon yang bersesuaian dengan kerja yang diiklankan akan dibuat oleh majikan berkenaan. Anda perlu memohon kerja yang berpadanan dengan profil anda dan jangan lupa untuk sentiasa menyemak akaun JobsMalaysia anda.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image