Info Kerjaya Malaysia

Ikut 6 Tips Ini Dan Pilih Universiti Yang Sesuai Untuk Sambung Belajar

884

Ikut 6 Tips Ini Dan Pilih Universiti Yang Sesuai Untuk Sambung Belajar

Apabila anda perlu memilih universiti yang terbaik untuk menyambung pelajaran anda, pastinya ia adalah satu keputusan yang agak sukar kerana anda merasakan semua universiti adalah yang terbaik untuk anda menyambung pelajaran.

Bagaimanakah untuk mendapatkan keputusan yang terbaik untuk menyambung pelajaran anda?

Dapatkan 6 tips yang dikongsikan ini dan pastinya anda berjaya mendapatkan universiti yang sesuai serta jurusan yang tepat dengan anda.

Ikut 6 Tips Ini Dan Pilih Universiti Yang Sesuai Untuk Sambung Belajar

6 Tips Pilih Universiti Yang Sesuai

Untuk mendapatkan universiti yang sesuai dan terbaik untuk anda menyambung pengajian adalah dengan :

Teliti Program Pengajian Yang Ditawarkan

Untuk mendapatkan program atau jurusan pengajian yang sesuai dengan anda, ketahui terlebih dahulu bidang pengajian yang anda minati. Seterusnya dapatkan perincian setiap program yang ditawarkan di universiti yang dipilih  serta ketahui skop pembelajarannya.

Mudah Mendapat Peluang Mendapat Pekerjaan

Semua graduan pastinya ingin terus mendapat pekerjaan yang sesuai dan setaraf dengan bidang pengajian setelah bergraduasi. Jadi, ambil tahu dan selidik terlebih dahulu pekerjaan yang sesuai dengan jurusan pengajian yang ditawarkan serta peluang anda mendapatkan pekerjaan setelah tamat pengajian.

Ikut 6 Tips Ini Dan Pilih Universiti Yang Sesuai Untuk Sambung Belajar

Lokasi Universiti

Pertimbangkan juga lokasi universiti yang menawarkan pengajian kepada anda. Mungkin anda berminat dengan universiti yang berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti bank, bandar, pengangkutan awam dan sebagainya. Ada juga antara kita yang gemarkan suasana sunyi, hirup udara yang segar dan tenang.

Ikut 6 Tips Ini Dan Pilih Universiti Yang Sesuai Untuk Sambung Belajar

Yuran Pengajian Yang Ditawarkan

Terdapat pelbagai jenis kadar yuran dan pastinya berlainan mengikut program pengajian dan universiti. Anda boleh membuat perbandingan dan pastikan kadar yuran yang dikenakan sesuai dengan kemampuan anda selain daripada pinjaman pendidikan atau biasiswa pengajian.

Kemudahan Yang Disediakan

Anda boleh dapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti. Antara kemudahan tersebut ialah :

  • Pengangkutan (bas)
  • Kemudahan komputer
  • Internet
  • Asrama
  • Keselamatan
  • Pusat rekreasi
  • Klinik

Jadi, pastikan pihak universiti menyediakan beberapa kemudahan yang disenaraikan untuk memudahkan anda ketika berada di universiti tersebut.

Networking Dengan Industri Masa Kini

Universiti yang terbaik pastinya mempunyai networking yang luas dengan industri luar pada masa kini. Mereka dapat bergabung untuk tujuan penyelidikan, menjadi tempat untuk pelajar membuat latihan industri, merasai dunia pekerjaan yang sebenar serta menyediakan peluang pekerjaan kepada para graduan setelah tamat pengajian masing-masing. Jadi, inilah universiti yang terbaik untuk anda pilih bagi menyambung pengajian anda.

Ikut 6 Tips Ini Dan Pilih Universiti Yang Sesuai Untuk Sambung Belajar

Sudah temui universiti yang terbaik untuk anda sambung pengajian anda setelah ikuti tips yang dikongsikan ini? Jika ya, jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan anda yang lain ya.

Ingin dapatkan pekerjaan melalui Jobs Malaysia? Daftar dan login ke portal Jobs Malaysia disini dan dapatkan pekerjaan yang sesuai dengan bidang pendidikan anda mulai hari ini.

close-image