Info Kerjaya Malaysia

15% Pengurangan Yuran Asrama Dan Yuran Perkhidmatan Universiti Awam Untuk Bantu Ibu Bapa & Pelajar

1,079

15% Pengurangan Yuran Asrama dan Yuran Perkhidmatan IPTA

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad mengumumkan bahawa yuran asrama dan yuran perkhidmatan di universiti awam bagi semester kedua sesi akademik 2019/2020 dikurangkan sehingga 15% untuk membantu ibu bapa dan pelajar.

“Seramai 523,318 penuntut universiti awam di seluruh negara dijangka mendapat manfaat daripada keputusan ini”

15% Pengurangan Yuran Asrama dan Yuran Perkhidmatan Universiti Awam

Peruntukan Pengurangan Yuran Asrama dan Yuran Perkhidmatan IPTA

Langkah ini telah melibatkan peruntukan berjumlah RM72 juta dengan RM20 juta telah dipersetujui secara bersama Kementerian Kewangan dan baki adalah menerusi peruntukan dalam universiti.

Tujuan Pengurangan Pengurangan Yuran Asrama dan Yuran Perkhidmatan IPTA

Ia bertujuan untuk mengurangkan bebanan kewangan pelajar dan ibu bapa akibat pandemik Covid-19.

Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran

  • Pihak IPT telah diberikan fleksibiliti untuk menentukan mod pembelajaran bersesuaian termasuk kaedah pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.
  • Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.
  • Pihak IPT dan pelajar perlu membuat persediaan yang diperlukan mulai sekarang untuk kemasukan ke kampus masing-masing yang dilakukan secara berperingkat dan kemasukan sepenuhnya pada Oktober ini.

15% Pengurangan Yuran Asrama dan Yuran Perkhidmatan Universiti Awam

Sumber : BERNAMA

close-image