Info Kerjaya Malaysia

Wakil atau Waris Berdaftar dibenarkan Untuk Tunaikan BPN di Bank Dengan Dokumen Berikut

5,191

Untuk makluman. Wakil atau Waris berdaftar dibenarkan untuk tunaikan BPN di bank. Selain dokumen wajib sepert Kad Pengenalan dan Surat Beranak (Sijil Kelahiran) penerima dan wakil atau waris berdaftar anda juga WAJIB membawa salah satu dokumen sokongan yang diperlukan oleh bank mengikut keadaan / situasi anda.

Dokumen Yang Diperlukan:

1) Surat Pengesahan Hospital jika penerima menerima rawatan di hospital atau;
2) Surat Kebenaran atau Pengesahan daripada hospital/klinik/ketua kampung/ketua kawasan dan ke atas bagi penerima yang uzur (tidak berdaya untuk bergerak) atau;
3) Surat Pengesahan Majikan sebagai bukti penerima berada di luar negara kerana menjalankan tugas atau;
4) Surat Pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Pengusaha Rumah Jagaan atau;
5) Surat Pengesahan daripada Penjara atau Pusat Serenti (jika penerima berada di Penjara atau Pusat Serenti) atau;
6) Kad OKU asal

Kegagalan anda menyediakan salah satu dokumen tambahan menyebabkan bank tidak dapat memproses pengeluaran wang tunai BPN.

Anda dinasihatkan untuk membaca terlebih dahulu semua info dan FAQ yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan LHDNM.

Baca FAQ ini.

close-image