Info Kerjaya Malaysia

RM3000 Sebulan, Kerja Ladang Kini Tawarkan Gaji Lumayan Untuk Rakyat Tempatan

2,682

Kerja Ladang Kini Tawarkan Gaji Lumayan Untuk Rakyat Tempatan

Selaras dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, pihak kerajaan menawarkan gaji yang lumayan kepada rakyat tempatan yang bekerja dalam sektor perladangan termasuk kelapa sawit.

“Keutamaan kerajaan ketika ini ialah menarik minat orang tempatan bekerja di sektor perladangan kerana negara kekurangan 30,000 tenaga kerja dalam pelbagai pekerjaan di ladang.”

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali

RM3000 Sebulan, Kerja Ladang Kini Tawarkan Gaji Lumayan Untuk Rakyat Tempatan

Gaji Yang Ditawarkan

Sebanyak RM2500 hingga RM3000 sebulan termasuk kemudahan kediaman dan manfaat yang lain.

“Kerja sebagai pengait buah sawit di ladang besar memberi peluang pendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan dengan disediakan kemudahan kediaman keluarga yang baik.”

RM3000 Sebulan, Kerja Ladang Kini Tawarkan Gaji Lumayan Untuk Rakyat Tempatan

Isu Buruh Paksa

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi juga akan mengutamakan pekerja tempatan berbanding warga asing dalam usaha menangani isu buruh paksa yang menjadi bahan kempen antarabangsa untuk memburukkan sektor sawit negara ketika ini dan mengamalkan polisi terbaik bagi melindungi kepentingan sawit Malaysia.

Maka polisi ini adalah polisi yang terbaik untuk melindungi kepentingan sawit Malaysia.

Pertimbangkan Kelangsungan Hidup & Kelestarian Sektor

Kerajaan perlu mempertimbangkan hal ini dengan membenarkan pemilik ladang kelapa sawit yang menghadapi masalah tidak dapat merekrut pekerja tempatan agar dapat mengambil pekerja asing kerana sektor ini mempunyai masalah kekurangan pekerja yang kronik.

Kebergantungan kepada pekerja asing adalah sebanyak 70% dalam sektor perladangan khasnya pekerja dari Indonesia dan Bangladesh. Masalah ini semakin bertambah kerana ribuan pekerja meninggalkan sektor tersebut untuk pulang ke kampung semasa sempadan ditutup dan menyebabkan industri ini semakin tertekan dengan tambahan sebanyak 2% hingga 3% kerana setiap tahun pekerja asing ini akan pulang ke negara masing-masing.

Menteri Sumber Manusia, M Saravanan dilaporkan berkata, pengambilan pekerja asing baru untuk semua sektor tidak dibenarkan sehingga hujung tahun ini bagi membolehkan warga tempatan mengisi kekosongan itu.

RM3000 Sebulan, Kerja Ladang Kini Tawarkan Gaji Lumayan Untuk Rakyat Tempatan

Sumber : FreeMalaysiaToday

close-image