Info Kerjaya Malaysia

UNISZA Guna Robot Gantikan Pelajar Untuk Konvo

615

Robot Gantikan Pelajar Untuk Konvo

Tular di media sosial baru-baru ini di mana UNISZA atau Universiti Malaysia Zainal Abidin, Terengganu menggunakan robot dalam simulasi konvokesyen bagi menggantikan pelajar untuk menerima skrol ijazah di atas pentas.

Ini menunjukkan bahawa teknologi yang ada di Malaysia juga setaraf dengan teknologi yang dipakai oleh negara Jepun.

Hebat bukan?!

Reaksi Pelajar

Namun tidak semua pelajar gembira dengan kehebatan teknologi ini kerana sebahagian daripada mereka merasakan lebih baik majlis konvokesyen ditunda kepada tarikh yang sesuai kerana mahu menghadiri majlis konvokesyen itu sendiri kerana menganggap ianya lebih bermakna.

Mereka mahu merakamkan detik manis bersama keluarga dan merasakan belum bersedia untuk menghadapi cara konvokesyen dengan norma baharu ini.

UNISZA Guna Robot Gantikan Pelajar Untuk Konvo

Maklumbalas UNISZA

Pihak UNISZA memberi penjelasan bahawa robot yang digunakan tersebut adalah untuk simulasi konvokesyen untuk menguji robot tersebut.

Robot tersebut adalah sebagai satu persediaan sekiranya diperlukan untuk konvokesyen pada masa akan datang. Seperti sedia maklum, Kementerian Pengajian Tinggi telah memaklumkan bahawa tiada majlis konvokesyen yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

UNISZA Guna Robot Gantikan Pelajar Untuk Konvo

Robot Wakil Pelajar Antarabangsa

Pihak UNISZA juga memaklumkan bahawa penggunaan robot pada majlis konvokesyen adalah untuk mewakili pelajar antarabangsa yang tidak dapat hadir ke majlis konvokesyen atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata majlis yang dijadualkan pada Oktober ini akan menggunakan dua robot bernama “Naseem” dan “Seebaa” bagi menerima skrol di mana wajah pelajar akan dipaparkan melalui skrin di kepala robot.

Kini, penggunaan robot untuk menggantikan tugas manusia adalah satu inovasi yang menjadi satu realiti. Perkhidmatan robot sebenarnya telah lama digunakan secara meluas untuk menggantikan manusia terutamanya di negara Jepun di mana mereka bertugas sebagai pelayan restoren, menjadi pembantu rumah, nurse, pembantu kedai dan menjadi wakil pelajar untuk majlis konvokesyen.

UNISZA Guna Robot Gantikan Pelajar Untuk Konvo

Jadi,berbanggalah kita kerana negara kita sudah setanding dengan negara maju yang lain.

close-image