Info Kerjaya Malaysia

Macam Mana Nak Perkenalkan Diri Semasa Temuduga? Ikut Tips Ini

2,490

Macammana Nak Perkenalkan Diri Semasa Temuduga?

Semasa temuduga, majikan pastinya meminta anda memperkenalkan diri walaupun mereka membaca dan memegang resume anda. Mesti di dalam fikiran anda terfikir, untuk apa lagi diperkenalkan sedangkan terdapat resume untuk mereka baca, bukan?

Setiap perkara yang dilakukan pasti ada sebabnya. Antaranya ialah untuk melihat cara berkomunikasi dan keyakinan calon ketika menyampaikan sesuatu kepada majikan.

Anda boleh baca perkongsian ini dan ikuti tips yang dikongsikan ini untuk membantu anda lebih yakin ketika memperkenalkan diri ketika temuduga.

Baca ini : Cara Terbaik Untuk Jawab Soalan Perkenalkan Diri Anda Semasa Temuduga

Tips Perkenalkan Diri Semasa Temuduga

Terdapat beberapa tips yang sesuai untuk anda praktikkan ketika anda menjawab soalan ini. Antaranya ialah :

  • Perkenalkan diri kepada penyambut tetamu
  • Perkenalkan diri kepada Pengurus Sumber Manusia
  • Perkenalkan diri dengan ringkas
  • Fokus pada kelayakan anda
  • Bersedia dengan soalan susulan
  • Bersikap profesional

1. Perkenalkan diri kepada penyambut tetamu

Tanggapan pertama seseorang terhadap calon adalah satu perkara yang penting ketika anda melangkah masuk ke syarikat untuk temuduga. Sekiranya anda perlu mendaftar dengan penyambut tetamu, pastikan anda perkenalkan diri anda dan nyatakan alasan anda hadir ke syarikat tersebut.

Contoh :

“Hai. Saya Ehsan bin Husin. Saya dipanggil temuduga bersama Dato’ Ramli pada jam 230 petang ini di bilik temuduga aras 1.”

Pastikan anda sopan dan menghormati setiap orang yang anda jumpa. Ini kerana kemungkinan besar bahagian sumber manusia akan meminta pendapat penyambut tetamu untuk mengetahui sikap anda untuk pertama kali sampai di syarikat tersebut.

Macam Mana Nak Perkenalkan Diri Semasa Temuduga? Ikut Tips Ini

2. Perkenalkan diri kepada Pengurus Sumber Manusia

Anda mungkin perlu menunggu beberapa minit untuk dipanggil masuk ke bilik temuduga. Pengurus atau pembantu sumber manusia mungkin akan keluar seketika untuk memantau calon yang berada di luar bilik temuduga. Anda boleh mengambil kesempatan untuk memperkenalkan diri anda kepada pengurus sumber manusia atau wakilnya.

Baca: Contoh Template Resume Simple Untuk Rujukan Anda. Biar Ringkas Tapi Padat

Apabila anda masuk di dalam bilik temuduga, jangan terus duduk. Berdiri dahulu dan berjabat tangan dengan panel penemuduga walaupun mereka tidak menghulurkan tangan mereka terlebih dahulu.

Sekiranya berlainan jantina, anda boleh meletakkan tangan di dada anda dan tunduk sedikit sebagai tanda menghormati mereka. Jangan lupa untuk senyum dan memaniskan wajah anda serta membuat hubungan mata dengan penemuduga.

“Selamat pagi, saya Siu Leen. Terima kasih kerana memanggil saya untuk temuduga hari ini. Gembira bertemu dengan tuan / puan.”

Fokus pada temuduga anda dan pakai pakaian temuduga yang bersesuian dengan anda. Pastikan anda bersedia dengan temuduga anda dan sentiasa berfikiran positif.

Macam Mana Nak Perkenalkan Diri Semasa Temuduga? Ikut Tips Ini

3. Perkenalkan diri dengan ringkas

Ini adalah peluang anda untuk memperkenalkan diri anda ketika temuduga. Untuk menjawab soalan ini, anda hanya perlu fokus untuk menceritakan tentang latar belakang diri anda yang membolehkan anda cemerlang dalam pekerjaan.

Ceritakan secara ringkas kemahiran serta kebolehan anda dan kaitkan dengan pekerjaan yang anda pohon. Dapatkan serba sedikit maklumat mengenai syarikat dan kriteria jawatan supaya anda boleh menceritakan minat, kemahiran serta pengalaman kerjaya anda dan ianya sepadan dengan keperluan syarikat.

4. Fokus pada kelayakan anda

Ceritakan dengan ringkas kelayakan anda yang paling menarik dan bersesuaian dengan pekerjaan yang dipohon. Jika anda mempunyai hobi dan minat yang bersesuaian, anda boleh menceritakannya serba sedikit untuk menarik perhatian penemuduga untuk terus berinteraksi dengan anda dan menjadikan suasana temuduga lebih selesa.

Inilah masanya untuk anda menjual diri anda kepada penemuduga dan menjadikan anda calon yang sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

Tapi ingat, jangan terlalu ghairah untuk menceritakan semua tentang diri anda. Penemuduga mempunyai masa yang terhad untuk bertanyakan soalan dan sesi temuduga yang lain.

Macam Mana Nak Perkenalkan Diri Semasa Temuduga? Ikut Tips Ini

5.  Bersedia dengan soalan susulan

Penemuduga juga mungkin akan bertanyakan anda dengan soalan yang lain selepas berpuas hati dengan penerangan tentang diri anda.

Kemungkinan penemuduga akan bertanya tentang soft skill dan pencapaian kerjaya anda sebelum ini. Berikan contoh yang sesuai pada setiap soalan yang dikemukakan. Guna kaedah STAR untuk berikan jawapan untuk menggambarkan pencapaian anda.

  • S : Situation
  • T : Task
  • A : Action
  • R : Result

Anda juga harus bersedia untuk mengemukakan soalan kepada penemuduga. Buat senarai pendek soalan yang berkaitan dengan pekerjaan yang dipohon. Melalui soalan yang dikemukakan, anda boleh menentukan sama ada pekerjaan dan majikan ini sesuai dengan anda dan matlamat kerjaya anda.

6. Bersikap profesional

Sentiasa bersikap profesional ketika sesi temuduga dijalankan. Ucapkan terima kasih pada penemuduga selepas sesi temuduga tamat. Apa jua keputusan temuduga, sentiasa bersikap profesional dan berikan senyuman pada penemuduga anda.

Buat sedikit kajian mengenai tatacara sebelum, ketika dan selepas temuduga. Jaga adab sepanjang proses temuduga anda. Sekiranya anda mempunyai soalan, ajukan soalan dengan sopan kepada penemuduga. Setiap tindakan anda memberikan kesan positif kepada penemuduga.

Macam Mana Nak Perkenalkan Diri Semasa Temuduga? Ikut Tips Ini

Ikuti tips ini supaya soalan mengenai perkenalkan diri dapat dijawab dengan betul semasa temuduga anda. Jadikan jawapan anda menarik dan lain daripada calon yang lain. Semoga anda berjaya dalam temuduga anda.

close-image