Contoh Template Resume Simple Untuk Rujukan Anda. Biar Ringkas Tapi Padat

11,273

Apabila bercakap sahaja tentang resume, sudah pasti anda akan memikirkan butiran-butiran maklumat tentang diri sendiri. Betul! Itulah yang dimaksudkan dengan resume. Namun, satu perkara lagi yang perlu anda ingat tentang resume adalah ianya haruslah ringkas tetapi padat.

Resume tidak perlu panjang, cukuplah sekadar satu muka surat tetapi segala maklumat diri anda yang berkaitan tercatat dalam resume tersebut.

Untuk makluman anda juga, resume terdapat dalam pelbagai bentuk dan corak. Terdapat resume yang dicorakkan dengan kreatif dengan campuran warna-warni malah ada juga resume yang hanya berlatarkan warna putih kertas tersebut.

Sebenarnya, tidak semua majikan yang suka akan resume fancy serta berwarna-warni. Mereka lebih selesa jika resume ini dibuat dalam bentuk yang simple. Anda perlulah peka dengan perkara ini. Pastikan anda tahu kesesuaian design resume dengan majikan anda.

BILAKAH RESUME SIMPLE SESUAI DIGUNAKAN

Resume yang mempunyai design simple sebenarnya sesuai digunakan dalam hampir setiap situasi tidak kiralah jika resume anda itu adalah resume kerja, resume akademik, resume biasiswa dan lain-lain.

Majikan sebenarnya lebih gemar dengan corak simple ini. Hal ini kerana mereka tidak akan menilai anda berdasarkan corak yang anda hasilkan pada resume itu tetapi apa yang mereka ingin lihat hanyalah butiran maklumat diri anda yang terkandung dalam resume tersebut.

Anda sebenarnya telah membuat kesilapan besar jika memuatkan terlalu banyak corak serta gabungan warna yang kontra kerana ini bakal memeningkan majikan. Majikan juga mungkin akan terlepas pandang maklumat diri anda kerana terganggu dengan corak tersebut. Perkara ini pastinya akan merugikan diri anda sendiri.

BILAKAH RESUME SIMPLE TIDAK SESUAI DIGUNAKAN?

Tidak dapat dinafikan, ada juga jenis pekerjaan yang anda tidak boleh gunakan design simple untuk membuat resume. Contoh bidang kerjaya tersebut adalah seperti Computer Designer, Seni Visual dan lain-lain yang melibatkan seni.

Bagi bidang-bidang ini, corak yang dihasilkan pada resume itu sebenarnya telah memaparkan kreativiti anda kepada majikan. Namun, ini tidak bermakna anda boleh mencorakkan resume sesuka hati anda. Pastikan pemilihan corak dan kombinasi warna sesuai dan tidak memeningkan majikan.

CONTOH TEMPLATE RESUME SIMPLE

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa contoh template resume simple sebagai panduan untuk anda. Berikut merupakan contoh-contohnya.

1.) Contoh Template Resume Simple 1

Berikut merupakan Contoh Template Resume Simple yang pertama.

Contoh Resume Simple 12.) Contoh Template Resume Simple 2

Berikut merupakan Contoh Template Resume Simple yang kedua.

Contoh Template Resume Simple 2

3.) Contoh Template Resume Simple 3

Berikut merupakan Contoh Template Resume Simple yang ketiga.

Contoh Template Resume Simple 3

Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberikan panduan buat anda dalam menulis artikel yang simple. Selamat menulis!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image