Info Kerjaya Malaysia

Tips Mula Berniaga Bagi Graduan Dengan Situasi Norma Baharu

280

Sedihnya jadi graduan apabila baru sahaja lepas konvo tiba-tiba ekonomi negara tidak stabil kerana pandemik Covid-19 melanda negara. Peluang pekerjaan juga tidak dibuka dengan begitu meluas. Malahan ramai yang dibuang kerja akibat sektor ekonomi yang agak terjejas ketika ini.

Jika anda adalah graduan yang berminat dalam bidang perniagaan, anda boleh mula berniaga dengan menggunakan kemahiran sedia ada dan benda yang ada disekeliling anda sahaja.

Bagi anda yang terjejas pendapatan akibat Covid-19, pastinya mencari alternatif untuk menambahkan pendapatan dengan berniaga secara kecil-kecilan.

Anda tidak perlu membazirkan wang anda untuk memulakan perniagaan anda. Jika anda rasa tidak tahu untuk memulakan perniagaan, baca perkongsian ini untuk mendapatkan tips yang berguna untuk anda.

Cara Mudah Untuk Mula Berniaga

Anda boleh mula berniaga dengan menggunakan 6 cara yang mudah ini seperti :

  • Offline
  • Online
  • Guna pakai sistem sedia ada
  • Cuba sedikit demi sedikit
  • Jangan buat pinjamaan
  • Gunakan kemahiran dan kelebihan anda

1. Offline

Untuk memulakan perniagaan secara offline, anda hanya perlukan apa sahaja barangan yang ada di rumah dahulu tanpa mengeluarkan modal yang besar. Anda boleh menjimatkan wang simpanan anda untuk perkara yang lebih baik.

Anda tidak perlu mencari food truck, membuka restoren, menyewa shop lot dan sebagainya semata-mata untuk menunjukkan bahawa anda bakal memulakan perniagaan anda.

Anda boleh menyediakan meja dan payung seterusnya menjual barang jualan anda. Anda boleh mencari tapak berniaga yang  sesuai dan mungkin di hadapan rumah anda sahaja. Anda juga boleh membuat jualan car boot sale dengan membawa barangan jualan anda ke mana sahaja dan terus mulakan jualan.

Sekiranya anda tinggal di kampung dan ada tanaman seperti pokok kelapa, anda boleh parut kelapa dan jual kelapa parut.

Contoh yang lain seperti :

  • Menjual nasi lemak dan kuih muih.
  • Jual sayuran kampung.
  • Jual baju terpakai.
  • Jual kasut dan beg terpakai.
  • Menjual barangan kraftangan.

Tips Mula Berniaga Bagi Graduan Yang Terjejas Pendapatan Akibat Covid-19

2. Online

Ada sesetengah daripada kita rasa malu untuk menonjolkan diri tetapi ada kemahuan untuk berniaga, anda boleh menggunakan teknik berniaga secara online. Anda boleh berniaga dengan menggunakan platform seperti Facebook, Instagram dan juga Youtube untuk memperkenalkan perniagaan dan produk anda.

Untuk berniaga secara online, tidak semestinya anda menjual barangan baru dan mengeluarkan modal yang besar untuk mendapatkan stok.

Sama seperti berniaga secara offline, anda hanya perlu mewar-warkan perniagaan anda di dalam platform media sosial untuk memperkenalkan perniagaan anda sekaligus menjual produk atau barangan anda.

Kemudian, anda boleh COD, pos dan pembeli boleh mengambil sendiri produk yang telah dipesan oleh mereka.

Tips Mula Berniaga Bagi Graduan Yang Terjejas Pendapatan Akibat Covid-19

3. Gunakan Sistem Sedia Ada

Gunakan sistem sedia ada seperti affiliate, dropship atau sistem ejen yang telah ada di dalam Malaysia. Anda tidak perlu mengeluarkan modal yang besar dan kemungkinan besar anda tidak perlu mengeluarkan langsung modal untuk memulakan perniagaan menggunakan sistem ini.

Anda hanya perlu membuat promosi di dalam platform media sosial anda untuk menjual sahaja seperti yang dilakukan oleh kebanyakan penjual masa kini. Ada yang menggunakan teknik menjual secara live di media sosial dan menggunakan teknik copywriting yang menarik untuk menarik minat pembeli.

Tips Mula Berniaga Bagi Graduan Yang Terjejas Pendapatan Akibat Covid-19

4. Cuba Sedikit Demi Sedikit

Mulakan perniagaan anda sedikit demi sedikit terlebih dahulu. Anda tidak perlu terus membuat target yang besar serta menjual produk yang terlalu banyak untuk memulakan perniagaan anda. Tidak mengapa sekiranya hari ini dan esok belum ada pembelian. Tidak mengapa juga sekiranya keuntungan yang diperolehi tidak banyak seperti orang lain.

Setelah anda dikenali dan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan dan produk anda, pastinya pembeli akan membuat promosi sesama mereka dan sekaligus meningkatkan jualan anda.

5. Jangan Buat Pinjaman

Anda dinasihatkan supaya tidak membuat pinjaman daripada orang yang tidak dikenali seperti pinjaman wang berlesen dan sebagainya. Perkara ini tidak membantu anda untuk memulakan perniagaan.

Ia akan menjadi satu bebanan dan kemungkinan akan menyebabkan hutang anda makin bertambah. Elakkan untuk membuat sebarang pinjaman dan gunakan apa sahaja sumber yang ada disekeliling anda.

Tips Mula Berniaga Bagi Graduan Yang Terjejas Pendapatan Akibat Covid-19

6. Gunakan Kemahiran Dan Kelebihan Anda

Bagi seorang graduan terutamanya, pastinya anda mempunyai kemahiran yang tertentu semasa anda belajar di universiti. Sekiranya anda mahir untuk membuat resume, surat menyurat serta menyediakan dokumen tertentu, gunakan kemahiran anda untuk menjana pendapatan.

Iklankan kelebihan dan kemahiran anda di dalam platform media sosial anda dan tawarkan perkhidmatan anda. Menyediakan perkhidmatan juga merupakan salah satu cabang perniagaan. Berikan perkhidmatan dan anda diberikan upah bayaran.

Jika anda bukan graduan dan telah lama bekerja dengan syarikat tertentu, pastinya anda  mempunyai beberapa kemahiran yang boleh dijadikan permulaan perniagaan anda.

Contoh perniagaan perkhidmatan kemahiran :

  • Upah menulis resume, cover letter, CV.
  • Upah membuat kiraan cukai untuk dihantar ke LHDN.
  • Membuat kira-kira akaun syarikat.
  • Membuat rekacipta grafik an laman web.
  • Pendawaian elektrik / pasang aircond.
  • Baiki barangan elektrik.

Tips Mula Berniaga Bagi Graduan Yang Terjejas Pendapatan Akibat Covid-19

Tidak semestinya perlu mengeluarkan modal yang besar untuk memulakan perniagaan. Mulakan sedikit demi sedikit dan gunakan sahaja sumber yang sedia ada untuk berniaga secara kecil-kecilan dahulu. Pastinya ada kejayaan bagi anda yang berusaha.

close-image