Tips Mudah Dapat Kerja Terkini Dari Kacamata Seorang Majikan
Kehendak Majikan Untuk Dapatkan Calon Pekerja
Majikan juga mempunyai beberapa pandangan masing-masing untuk mendapatkan calon pekerja yang mereka inginkan. Ada majikan yang akan menyerahkan tugas mendapatkan pekerja melalui Pegawai Pengambilan Pekerja dan ada yang memilih sendiri calon pekerjanya kerana merasakan pekerja tersebut akan bekerja bersama-samanya.
Jadi, pastinya majikan tersebut meletakkan beberapa kriteria-kriteria yang diperlukan untuk mendapatkan calon pekerja mengikut pilihannya.
Mari kita lihat apakah tips yang dikongsikan oleh majikan ini supaya pemohon kerja boleh tarik perhatian bakal majikan melalui media sosial.
Tips Memohon Pekerjaan
Zaman kini kebanyakan majikan menggunakan media sosial untuk mendapatkan calon pekerja kerana kebanyakan para pencari kerja menggunakan pelbagai platform media sosial untuk mendapatkan pekerjaan serta menonjolkan diri masing-masing.
Mari kita lihat tips yang dikongsikan oleh majikan ini seperti :
1. Register Akaun LinkedIn
Tahukah anda ramai pekerja semi dan profesional serta majikan yang celik teknologi dalam akaun LinkedIn ini? Malahan, ramai yang mempunyai kemahiran teknologi yang lebih jauh daripada anda.
Mulai sekarang, create akaun LinkedIn dan mungkin juga network yang ada adalah bakal majikan anda.
2. Masukkan Proses Projek Akhir Di Media Sosial
Bagi anda yang merupakan seorang pelajar tahun akhir boleh update setiap progres projek tahun akhir di akaun LinkedIn, Facebook dan Instagram milik anda.
Ceritakan dengan teliti bagaimana, dengan siapa, bila, dimana serta tarikh penting setiap progres projek akhir yang anda lakukan.
Bagi anda yang sudah bekerja juga boleh masukkan proses tugasan yang diberikan asalkan ianya tidak melanggari syarat syarikat.
3. Kenalkan Diri Melalui Vlog
Vlog merupakan sebuah blog video yang menerapkan media video sepenuhnya dalam sesebuah blog. Platform vlog yang selalu dijumpai adalah melalui Youtube, Facebook, LinkedIn, Twitter dan Instagram.
Anda boleh perkenalkan diri melalui vlog dengan menggunakan platform tersebut serta memperbaiki kemahiran berkomunikasi dan tonjolkan pelbagai kemahiran yang ada pada anda.
Anda tidak perlu memikirkan tentang editing dan sebagainya. Rekod dan postkan video anda. Makin lama anda lakukan, maka semakin mampu anda menghasilkan video yang cantik dan menarik untuk menjadi tontonan diluar sana.
4. Postkan Aktiviti Harian
Bagi anda yang tidak mahir untuk ambil video atau malu untuk menonjolkan diri melalui vlog, anda boleh sahaja masukkan aktiviti harian anda di dalam media sosial anda.
Contohnya :
Hari ini hantar tugasan ikut tarikh yang ditetapkan majikan dan plan untuk projek yang akan datang.
Contoh :
Assignment “Teknologi Dalam Pekerjaan” siap 3 hari sebelum tarikh akhir. Hantar dan minta lecturer tandatangan.
Ambil sedikit gambar sebagai bukti.
Mungkin bakal majikan melihat apa yang anda postkan dan anda mendapat kredit daripada hasil post aktiviti harian anda.
Kadangkala bakal majikan suka melihat progres seharian bakal pekerjanya dan menilai kebolehan para pekerjanya melalui media sosial mereka.
5. Jangan Masukkan Post Negatif
Mungkin anda rasa mahu marah dan menghamburkan semua kemarahan anda melalui akaun media sosial anda. Tetapi, disyorkan supaya anda tidak meletakkan rasa marah anda ke dalam media sosial tersebut. Jika anda rasa ingin letak juga rasa marah anda, boleh sahaja. Tetapi anda perlu hidekan post anda dan private atau setkan pada ‘only me’.
6. Update Kejayaan Di Instagram
Bagi anda yang suka membuat jualan melalui instagram, updatekan kejayaan anda menggunakan instagram dan share kejayaan anda di instastory, Facebook dan Twitter.
Kejayaan anda mungkin menjadi inspirasi orang diluar sana dan pastinya ramai yang memerhatikan kejayaan anda.
7. Tag Syarikat
Anda boleh ‘tag’ syarikat di media sosial apabila anda post atau update aktivit harian anda.
Contohnya, anda menyiapkan sesuatu tugasan atau projek akhir yang menggunakan teknologi. Jadi, anda tag syarikat yang berkaitan atau syarikat yang anda berminat.
“I been gone through Company X (tagged) success story.They are using latest technology which related to my final year project.Only thing is,I’m using chipset xxx but Company X using chipset yyy.It’s my dream to work with this company in one fine day”
Mungkin staf atau majikan syarikat tersebut akan membaca post yang anda tagged pada mereka.
8. Perbanyakkan Softsell Berbanding Hardsell
Elakkan memohon kerja dengan menggunakan teknik hardsell atau secara spontan dan seolah-olah anda memaksa majikan mengambil anda untuk bekerja. Seperti yang anda lihat, dari point nombor 2 hingga nombor 7, tips yang diberikan adalah menggunakan teknik softsell.
Ini boleh menyebabkan bakal majikan akan padam atau delete conversation yang berlaku.
9. Spam Emel Syarikat
Setelah anda mempunyai profil, copywriting, vlog di media sosial inilah masanya untuk anda membuat permohonan kerja.
Dapatkan emel syarikat yang sesuai dengan kelulusan dan kemahiran yang ada dan kumpulkan. Seterusnya anda siapakan cover letter, resume, tajuk emel yang sesuai dan isi kandungan emel secara profesional.
Masukkan link vlog, Facebook, LinkedIn dan Instagram anda yang paling terbaik untuk dilihat oleh bakal majikan anda.
Send emel anda kepada mereka. Jangan kecewa sekiranya emel anda dimasukkan ke dalam ‘permanent blocked sender’. Ada banyak lagi emel yang boleh anda hantarkan permohonan anda. Cuba dan teruskan mencuba.
Seperti mana kata majikan ini, perkara ini sangat berkesan buatnya dalam mencari bakal pekerja seperti mana yang dimahukannya.
Sumber : Ir Abdul Rahman Bahasa