Panduan Daftar Akaun mySPP Untuk Mohon Jadi Guru Baharu KPM

43,786

Berminat dengan kerjaya seorang Guru atau Pensyarah Pengajian Tinggi? Tahukan 18702 kekosongan yang bakal ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 7 Julai ini?

Permohonan pengambilan khas guru KPM kini dibuka! Rujuk panduan membuat permohonan melalui mySPP.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara membuat permohonan pengambilan guru yang dibuka dan akan menempatkan 18,702 calon.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Gred DG41) akan dibuka pada:

  • Mulai 7 Julai 2021 sehingga 21 Julai 2021 (jam 11.59 malam)

Penempatan guru secara berperingkat  di sekolah masing-masing akan bermula:

  • Oktober 2021

Baca juga: Maksud Pengambilan Khas Guru Secara One-Off & Syarat Kelayakan Pemohon

CABARAN UTAMA

Usaha kerajaan membuka pengambilan khas berskala besar ini adalah bagi menghadapi cabaran utama berikut:

  • Kekurangan calon kelulusan IPG
  • Ketidakpadanan guru & mata pelajaran

SUBJEK TERJEJAS

Antara subjek yang dikatakan terjejas adalah:

  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Teknologi Maklumat & Komunikasi
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Reka Bentuk & Teknologi

4 NEGERI YANG MEMPUNYAI KEKOSONGAN TERTINGGI

Empat negeri mempunyai kekosongan guru tertinggi tahun ini adalah:

  • Sarawak
  • Sabah
  • Selangor
  • Johor

Pengambilan Khas Guru Sebanyak 18,702 Dibuka Kepada Semua Graduan. Ini Cara Mohon

CARA MOHON PENGAMBILAN KHAS GURU

Berikut adalah panduan membuat permohonan pengambilan khas guru atau jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 yang dibuka mulai 7 Julai 2021:

Permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian melalui portal MySPP di pautan https://myspp.spp.gov.my/myspp. Individu yang masih belum pernah mendaftar MySPP boleh DAFTAR MYSPP sebelum buat permohonan.

Dah daftar, masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan, klik LOG MASUK.

Cara Mohon Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 (Pensyarah IPT)

Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Akademik, Maklumat Kokurikulum dan Maklumat Tambahan.

Cara Mohon Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 (Pensyarah IPT)

Dah selesai lengkapkan maklumat, pergi ke bahagian JAWATAN DIMOHON. Masukkan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DH41 di bahagian Jawatan yang dimohon.

Pilih pusat temuduga/ Ujian Khas dan klik SIMPAN

Cara Mohon Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 (Pensyarah IPT)

Sahkan jawatan yang dimohon. Klik saya setuju dan HANTAR

Cara Mohon Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 (Pensyarah IPT)

Permohonan anda telah berjaya dihantar! Slip Perakuan Permohonan Jawatan SPP akan dipaparkan. Cetak untuk rujukan akan datang.

Cara Mohon Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 (Pensyarah IPT)

Graduan pendidikan dan juga bukan pendidikan diminta untuk ambil peluang yang dibuka ini untuk mula membina kerjaya sebagai seorang guru. Jangan lepaskan peluang ini, mohon sekarang!

Nota: Walau bagaimanapun, SPP ingin memaklumkan bahawa laman sesawang rasmi SPP mengalami jumlah trafik yang sangat tinggi dan menyebabkan server mengalami gangguan capaian, pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari laman sesawang SPP dari semasa ke semasa.

 

BIDANG TUGAS

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi bertanggungjawab melaksanakan tugas dengan profesional meliputi aspek-aspek dan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

  • pengurusan pelajar;
  • pengurusan organisasi;
  • pengurusan dasar;
  • penyelidikan, pengkomersilan dan khidmat nasihat;
  • jaringan dan kolaborasi; dan
  • pengurusan sumber manusia.

SYARAT KELAYAKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Kelulusan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan
  • Syarat kelayakan terperinci setiap bidang boleh disemak DI SINI

KESILAPAN MAKLUMAT SEMASA PENDAFTARAN

Jika anda melakukan kesilapan maklumat semasa pendaftaran, anda boleh memperbetulkan kesilapan tersebut dengan log masuk ke mySPP dan mengemas kini maklumat yang silap di modul Maklumat Pemohon.

Anda boleh mengemas kini maklumat pada bila-bila masa. Namun begitu, setiap kali perubahan yang dilakukan, anda perlu menghantar Pengakuan Pemohon semula untuk memastikan maklumat anda dikemas kini.

TERLUPA KATA LALUAN

Sekiranya terlupa kata laluan, sila klik pautan LUPA KATA LALUAN dan anda boleh
menetapkan semula kata laluan dengan menggunakan dua pilihan iaitu:-

(a) Nama Ibu dan Negeri Kelahiran Calon (Sewaktu Pendaftaran); atau
(b) Alamat Pada Kad Pengenalan.

Bagi pilihan (a), anda diminta memasukkan No. Kad Pengenalan dan Nama Penuh (seperti maklumat dalam Kad Pengenalan). Masukkan nama pertama ibu dan negeri kelahiran anda. Kemudian masukkan kata laluan baharu (minima 8 aksara), sahkan kata laluan, masukkan Kod Keselamatan (case sensitive) dan klik HANTAR.

Perhatian: Anda perlu mengingati nama pertama ibu (first name tanpa last name) dan negeri kelahiran sama seperti yang didaftarkan semasa pendaftaran MyID.

Bagi pilihan (b), anda diminta masukkan alamat anda sama seperti maklumat dalam Kad
Pengenalan. Pastikan semua medan bertanda * diisi. Selepas semua medan diisi, klik butang HANTAR.

Anda boleh log masuk terus ke mySPP sekiranya reset kata laluan berjaya.

STATUS PERMOHONAN TERDAHULU

Sekiranya anda membuat permohonan jawatan baharu, permohonan yang terdahulu akan terbatal. Namun begitu, sekiranya urusan permohonan terdahulu sedang diproses, urusan tersebut tetap akan diteruskan.

Permohonan yang terdahulu masih sah jika dalam tempoh sah laku pendaftaran. Sah laku  pendaftaran permohonan adalah selama satu (1) tahun dan sekiranya tempoh sah laku telah tamat, anda perlu mengemas kini semula dan menghantar pengakuan pemohon sekali lagi.

Anda tidak perlu melanjutkan tempoh permohonan jika tempoh sah laku belum luput kecuali jika anda mengemas kini sebarang maklumat, anda perlu klik simpan dan hantar perakuan semula supaya perubahan tersebut akan diproses.

Jika anda menghadapi masalah lain berkaitan sistem mySPP, anda boleh salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP di talian berikut:

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image