Info Kerjaya Malaysia

Tips Kerja Partime Sambil Tunggu Result SPM

1,523

Kerja Partime Sambil Tunggu Result SPM

Boring juga kalau duduk saja dirumah berbuat apa-apa. Tapi zaman sekarang ni zaman boleh buat apa sahaja kerja walaupun duduk di rumah sahaja. Apa kata adik-adik cuba beberapa kerja partime yang disenaraikan ini dan menghasilkan pendapatan sambil mengisi masa lapang anda.

Tips Kerja Partime Sambil Tunggu Result SPM

Kerja Partime Yang Boleh Dibuat

Pastinya anda sudah tahu apa minat anda serta kebolehan anda sebelum memilih untuk bekerja secara partime sambil menunggu result SPM. Antara pekerjaan tersebut ialah :

1. Menjadi seorang gamers

Jika anda sangat mahir bermain game serta sangat mahir dengan penggunaan komputer, anda boleh mendapatkan pendapatan dengan hanya bermain game sahaja. Pelbagai jenis kerja yang boleh anda lakukan walaupun sebagai gamers. Anda juga boleh menjadi host atau crowd dan pastinya anda mendapat bayaran yang agak lumayan.

2. Menjadi seorang Youtuber

Daripada anda biarkan video tiktok atau video bersama rakan-rakan begitu sahaja, lebih baik anda edit dan upload ke dalam Youtube. Mana kan tahu, boleh meletup seperti Sugu.

3. Bekerja sebagai seorang cashier 

Walaupun pekerjaan ini nampak tidak glemer, tetapi sebagai seorang bekas pelajar yang berada dalam bidang akaun, ini adalah satu peluang kepada anda untuk terus mengasah bakat anda dalam bidang kira-kira dan menjadi satu pengalaman yang sangat berharga buat anda.

Tips Kerja Partime Sambil Tunggu Result SPM

4. Bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan di Call Center

Jika anda yang mahir dalam bahasa Inggeris, sila minta sebagai pegawai khidmat pelanggan di call centre. Gaji yang diberikan juga agak lumayan. Anda juga akan menjadi lebih mahir dalam berbahasa Inggeris.

5. Kumpul dan jual barangan kitar semula

Jangan malu dan segan. Letakkan sahaja tong kitar semual di sekitar kawasan taman atau apartment yang berdekatan. Kemudian promosi dalam group whatsapp penduduk taman atau dalam facebook anda. Kutip baranagan tersebut dan jual kepada pembeli kitar semula. Ha, kan dah dapat duit tu.

6. Personal Shopper

Anda boleh menjadi seorang personal shopper kepada orang lain yang tidak mempunyai masa untuk membeli barang mereka. Letakkan sahaja jenis barangan yang ada dan berdekatan dengan anda. Anda hanya kenakan upah atas perkhidmatan yang telah anda sediakan sahaja. Kalau upah untuk satu barang RM10 x 5 barang, satu hari anda sudah dapat RM50. Jom cuba sekarang.

7. Khidmat potong rumput

Mesin potong rumput terbiar sepi sahaja di stor rumah. Elok juga anda gunakannya dan jana pendapatan. 1 kali perkhidmatan RM50 x 5 buah rumah. Agak-agak berapa ya pendapatan hari ini?

8. Khidmat Copywriting

Kalau dah pandai menulis sampai orang tertarik membaca, elok juga kembangkan bakat dengan mengambil upah sebagai seorang copywriting. Satu copywriting bagi beginner RM15 x 10 orang, dah RM150 pendapatan 1 hari. Kalau 10 hari? Dah RM1,500 pendapatan anda.

Tips Kerja Partime Sambil Tunggu Result SPM

Waaahhhhh!!! Banyak juga peluang kerja partime yang boleh anda manfaatkan. Selamat bekerja dan selamat mengumpul duit ya.

close-image