Info Kerjaya Malaysia

Duit Hilang Dari Akaun Maybank? Ini Tips Claim Balik Duit Dari Maybank

15,209

Duit Hilang Dari Akaun Maybank?

Tiba-tiba duit hilang dari akaun Maybank tanpa ada buat sebarang transaction? Macam mana nak claim balik duit tersebut dari Maybank? Memang banyak persoalan apabila perkara ini berlaku pada diri sendiri. Kebetulan pula memang duit yang ada dalam akaun cukup-cukup makan sahaja untuk bulan ini.

Untuk claim semula duit yang hilang daripada akaun Maybank, ikuti cara-cara yang dikongsikan ini.

Tips Claim Balik Duit Hilang Dari Maybank

Untuk claim balik duit anda yang hilang dari akaun Maybank ialah :

  • Mula-mula sekali anda perlu hubungi nombor telefon yang tertera pada kat ATM anda iaitu  di nombor Hotline 1-300-88-6688.
  • Buat aduan menyatakan bahawa duit anda telah hilang dari akaun.
  • Operator Maybank akan minta anda download borang DISPUTE FORM dan emelkan ke [email protected] setelah borang siap di isi.
  • Atau anda boleh hubungi cawangan BANK NEGARA yang berdekatan dan buat report mengenai kehilangan duit dalam akaun Maybank anda.
  • Seterusnya buat emel detail aduan dan emelkan ke [email protected] dan cc emel anda ke Bank Negara di [email protected].
  • Maybank akan membuat siasatan atas aduan anda dalam masa 60 hari waktu bekerja.
  • Untuk percepatkan proses sisatan,anda boleh buat surat aduan lain kepada Maybank dan cc ke Bank Negara.
  • Dalam masa 18 hari (ikut pada proses siasatan) anda akan menerima emel dan duit refund dari Maybank akan masuk ke akaun anda.

Contoh emel dari Maybank

Duit Hilang Dari Akaun Maybank? Ini Tips Claim Balik Duit Dari Maybank

Duit Hilang Dari Akaun Maybank? Ini Tips Claim Balik Duit Dari Maybank

Contoh duit refund masuk semula ke akaun

Duit Hilang Dari Akaun Maybank? Ini Tips Claim Balik Duit Dari Maybank

Hati-hati dengan perbankan secara talian dan jangan dedahkan maklumat akaun anda kepada umum terutamanya melalui media sosial terutamanya. Ramai scammer di luar sana yang menanti anda.

Anda seorang usahawan dan ingin membuka akaun perniagaan Maybank tanpa menggunakan introducer? Klik sini dan dapatkan info selanjutnya untuk pendaftaran akaun anda.

close-image