Bagaimana Buka Akaun Maybank Tanpa Introducer

8,466

Buka Akaun Maybank Tanpa Introducer

Maybank telah memudahkan urusan para penggunanya yang ingin membuka akaun bank perniagaan tanpa menggunakan introducer sebelum dapat membuka akaun.

Tidak seperti dahulu, ia agak menyusahkan para pengguna yang ingin membuka akaun perniagaan dimana pengguna perlu mendapatkan introducer yang telah lama menggunakan perkhidmatan Maybank dan barulah pengguna baru dapat membuka akaun masing-masing.

Mari kita lihat bagaimanakah caranya membuka akaun Maybank tanpa introducer melalui perkongsian ini.

Akaun Pilihan

Terdapat 6 jenis akaun yang diperkenalkan dan anda boleh mohon melalui online. Antaranya ialah :

  • SME First Account
  • SME First Account-i
  • SME First Investment Account-i
  • Corporate Current Account (CCA)
  • Current Account-i (CA-i)
  • Premier Mudharabah Account-i

Berdasarkan 6 jenis akaun tersebut, terdapat 3 jenis akaun yang boleh anda pilih seperti :

  • Konvensional
  • Islamik
  • Akaun Pelaburan Mudarabah

buka akaun maybank tanpa introduce

Cara Membuka Akaun

1. Klik sini : Akaun SME Maybank

2. Jika anda tidak pasti untuk memilih akaun, klik kotak berwarna hijau yang tertulis RECOMMEND ME AN ACCOUNT.

akaun maybank tanpa introducer1

3. Masukkan maklumat dan klik semula RECOMMEND ME AN ACCOUNT.

Bagaimana Buka Akaun Maybank Tanpa Introducer

akaun maybank tanpa introducer2

4. Skrin akan memaparkan akaun yang sesuai untuk anda dan klik I WANT TO APPLY NOW.

akaun maybank tanpa introducer3

5. Isi maklumat yang diperlukan dibahagian ini dan klik SAVE & NEXT.

buka akaun maybank tanpa introducer2

6. Setelah selesai mendaftar, anda boleh pergi ke cawangan Maybank yang terdekat untuk aktifkan akaun dengan membawa dokumen seperti berikut :

  • Kad pengenalan.
  • SSM syarikat.
  • RM1000 untuk buka akaun.

Cepat Dan Mudah

Pendaftaran secara online ini sangat cepat dan memudahkan pengguna kerana memerlukan masa hanya 10 minit sahaja untuk mendapatkan akaun perniagaan anda.

Anda hanya perlu ke cawangan Maybank yang berdekatan untuk aktifkan akaun yang telah siap.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan dan inginkan maklumat lanjut, anda boleh hubungi pihak Maybak seperti :

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image