Info Kerjaya Malaysia

Tentera Mungkin Dikerah Jika Rakyat Terus Ingkar ~ Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

292

Selain polis, khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mungkin terpaksa digunakan untuk menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan sekiranya orang ramai masih ingkar mematuhinya, kata Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, setakat semalam tahap pematuhan rakyat adalah sekitar 60 peratus dan kerajaan mahu melihat angka itu dinaikkan dalam masa terdekat ini.

“Sebelum tentera digunakan, saya percaya mungkin tidak perlu, (kecuali) tak ada pilihan.

“Pematuhan masih kekal 60 – 70 peratus, saya percaya kemungkinan besar tentera akan digunakan,” katanya pada sidang media, di Kuala Lumpur hari ini yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Namun, buat masa ini, Ismail berkata beliau percaya dengan keupayaan polis untuk meningkatkan kadar pematuhan dan jika keadaan bertambah baik, maka tentera tidak perlu dikerahkan.

Di bawah perintah kawalan pergerakan, semua perniagaan yang tidak penting atau essential telah diarahkan supaya ditutup sementara rakyat dilarang meninggalkan negara ini dan melakukan perjalanan antara negeri manakala warga asing pula tidak benarkan memasuki Malaysia.

Rakyat juga digesa untuk tinggal di rumah dan hanya keluar jika ada keperluan, seperti untuk membeli bekalan makanan.

Beliau berkata, pada masa ini, polis telah diarahkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk memberi “nasihat” kepada mereka yang tidak mematuhi supaya berbuat demikian.

Namun katanya, ini tidak lama lagi akan berubah.

“Road block (sekatan jalan ray) akan diteruskan seperti biasa. Mungkin dua hingga tiga hari pertama seperti diarah oleh PM, tindakan berhemah, iaitu setakat nasihat saja.

“Saya percaya pihak polis akan ubah cara dari menasihati kepada tindakan lebih keras jika rakyat masih tidak patuh,” katanya.

Sumber

close-image