Tarikh Tutup Permohonan BPN Hasil 30 April Ini
Berikut merupakan maklumat berkaitan tarikh tutup permohonan BPN Hasil Bantuan Prihatin Nasional yang telah ditetapkan oleh pihak LHDN.
Kepada individu layak mohon bantuan BPN Hasil perlulah mengemukakan permohonan atau rayuan BPN sebelum tarikh tutup berikut.
Individu yang telah membuat semakan BPN Hasil dan nama tiada dalam rekod perlu memohon sebelum 30 April ini.
Pengumuman tarikh tutup permohonan BPN.Hasil ini telah diumumkan oleh Pihak Jabatan Khidmat Korporat.
PENGUMUMAN TARIKH TUTUP BPN.HASIL
Pihak kerajaan telah membuat keputusan bahawa semakan BPN boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja sehingga 30 April 2020.
Bagi yang sudah pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) anda tidak perlu lagi membuat sebarang semakan atau permohonan kerana anda SUDAH TERSENARAI di dalam data kerajaan.