Info Kerjaya Malaysia

i-Lestari KWSP RM500 Sebulan. Ini Tarikh Pembayaran Bagi Bulan September 2020

110,378

i-Lestari KWSP RM500 Sebulan. Ini Tarikh Pembayaran Bagi Bulan September 2020

Jika sebelum ini pembayaran i-Lestari ke akaun pencarum KWSP telah masuk pada bulan Ogos, kini pencarum KWSP sedang menantikan kemasukan RM500 untuk bulan September pula.

Pastinya setiap pencarum sedia maklum bahawa pembayaran i-Lestari kepada pemohon akan dikreditkan pada 1 haribulan  untuk setiap bulan pada hari bekerja.

Untuk lebih memudahkan para penerima i-Lestari KWSP membuat semakan tarikh pembayaran, anda boleh rujuk jadual yang dikongsikan ini untuk memudahkan anda mengetahui tarikh pembayaran dengan lebih tepat.

Jadual Tarikh Pembayaran i-Lestari KWSP September 2020

Tarikh pembayaran i-Lestari bagi bulan September 2020 adalah seperti berikut :

i-Lestari KWSP RM500 Sebulan. Ini Tarikh Pembayaran Bulan September 2020

Nota : Untuk rujukan anda sahaja. Sebarang pindaan tertakluk pada pihak KWSP.

Cara Semakan Bayaran i-Lestari

Untuk ahli yang mempunyai i-Akaun, anda boleh membuat semakan bayaran i-Lestari secara online seperti berikut:

  1. Sila ke laman ilestari.kwsp.gov.my.
  2. Pilih Withdrawal/Pengeluaran
  3. Pilih Withdrawal History

Bagi anda yang mempunyai masalah berkaitan dengan kredit bayaran, anda akan menerima cek daripada Jurubank dan dapatkan maklumat berkaitan disini.

i-Lestari KWSP RM500 Sebulan. Ini Tarikh Pembayaran Bagi Bulan September 2020

Ingin membatalkan pengeluaran i-Lestari kerana keadaan ekonomi sudah pulih dan merancang untuk membuat simpanan akan datang? Rujuk sini untuk cara membatalkan i-Lestari secara online.

Info Lanjut & Pertanyaan

Untuk dapatkan info selanjutnya berkaitan pembayaran i-Lestari, anda boleh dapatkan maklumat serta ajukan pertanyaan di :

  • KWSP HOTLINE : 03-8922-4848
  • ENQUIRY KWSP
  • Telefon : 03 – 8922 6000
  • Faks : 03 – 8922 6222

close-image