Nak Batalkan Pengeluaran i-Lestari KWSP RM500 Sebulan? Ini Cara Dan Langkah-Langkah Yang Anda Perlu Buat Secara Online Sahaja

14,714

Nak Batalkan Pengeluaran i-Lestari KWSP RM500 Sebulan?

Setelah mendapat bayaran i-Lestari ke dalam akaun setiap bulan sebanyak RM500, pastinya ada pencarum yang ingin membatalkan atau menamatkan pengeluaran i-Lestari Akaun 2 kerana keadaan kewangan serta ekonomi telah stabil.

Bagi mereka yang masih lagi belum mahu membatalkan pengeluaran, dapatkan jadual tarikh pembayaran i-Lestari disini dan lihat tarikh pembayaran i-Lestari anda untuk rujukan.

Info Ringkas Pengeluaran i-Lestari KWSP

Adakah anda tahu apa itu pengeluaran i-Lestari?

Pendaftaran Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP merupakan antara bantuan untuk rakyat yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin COVID-19.

Melalui Pendaftaran Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP ini, pencarum KWSP berusia bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran KWSP akaun 2 sebanyak RM500 sebulan selama tempoh 12 bulan.

Tujuan utama kerajaan membenarkan pengeluaran i-Lestari ini adalah untuk membantu ahli KWSP meneruskan kelangsungan hidup sepanjang penularan wabak COVID-19 ini. Terutamanya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.

Untuk memohon pengeluaran i-Lestari KWSP ini, pencarum perlu membuat permohonan secara online dan rujuk disini untuk panduan anda.

Cara Membatalkan Pengeluaran i-Lestari KWSP

Untuk membatalkan pengeluaran i-Lestari, pihak KWSP tidak akan memaparkan semua maklumat permohonan pengeluaran i-Lestari yang terdahulu. Malah,

  • Anda perlu memastikan mempunyai maklumat permohonan pengeluaran i-Lestari terdahulu sebagai rujukan untuk permohonan pembatalan pengeluaran.
  • Bayaran bulanan akan berhenti setelah permohonan diluluskan.
  • Anda juga boleh membuat pembatalan di kaunter KWSP yang terdekat sekiranya kaedah bayaran semasa adalah ARAHAN BAYARAN.
  • Jika ingin membuat permohonan semula, ia boleh dibuat pada hari berikutnya setelah pembatalan pengeluaran i-Lestari dilakukan.

Langkah-Langkah Membatalkan Pengeluaran i-Lestari KWSP

Untuk membatalkan pengeluaran i-LEstari secara online, apa yang perlu anda lakukan ialah :

Nak Batalkan Pengeluaran i-Lestari KWSP RM500 Sebulan? Ini Cara Dan Langkah-Langkah Yang Anda Perlu Buat Secara Online Sahaja

  • Masukkan maklumat yang diperlukan.
  • Klik SAYA BUKAN ROBOT setelah maklumat anda telah lengkap diisi.
  • Klik SEMAK.
  • Klik PENGESAHAN PEMBATALAN pengeluaran i-Lestari.
  • Klik BATAL.
  • Permohonan pembatalan pengeluaran i-Lestari anda telah siap.

Ingin check Akaun 2 KWSP anda? Klik sini dan check amaun baki Akaun 2 KWSP secara online sahaja. Mudah dan cepat.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pembatalan pengeluaran i-Lestari, sila hubungi KWSP di :

  • Telefon : 03-8922 600
  • Portal rasmi : KWSP

Atau anda boleh hadir ke kaunter KWSP yang terdekat melalui Temujanji Online terlebih dahulu dan rujuk sini untuk membuat temujanji anda.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image