Nak Buat Urusan Di Kaunter KWSP? Buat Janji Temu Online Dulu Ya

5,156

Nak Buat Urusan Di Kaunter KWSP?

Anda ada urusan yang memerlukan anda hadir ke kaunter KWSP yang berdekatan? Mulai 15 Jun yang lalu KWSP telah menyambung semula perkhidmatan kaunter di semua cawangan seluruh negara.

Namun, untuk memastikan keselamatan dan kesihatan para ahli dan kakitangannya sentiasa terjaga, anda hanya boleh berurusan dengan KWSP melalui kemudahan Janji Temu Online sahaja.

Garis Panduan Janji Temu Online

Antara garis panduan untuk Janji Temu Online seperti :

  • Ahli hanya boleh hadir di cawangan dengan membuat janji temu melalui saluran Janji Temu Online di pautan www.kwsp.gov.my
  • Semua ahli mesti menjalani pemeriksaan suhu dan mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis cawangan.
  • Semua ahli dikehendaki mematuhi langkah-langkah penjarakan sosial yang ditetapkan pada setiap masa ketika berada di dalam premis cawangan.
  • Majikan tidak dibenarkan mengunjungi cawangan kerana semua perkhidmatan boleh dilaksanakan dengan menghubungi pegawai Khidmat Nasihat Majikan masing-masing.

Nak Buat Urusan Di Kaunter KWSP? Buat Janji Temu Online Dulu Ya

Perkhidmatan Yang Disambung Semula

Antara perkhidmatan yang disambung semula adalah seperti :

Nak Buat Urusan Di Kaunter KWSP? Buat Janji Temu Online Dulu Ya

Cara Membuat Janji Temu Online

Untuk membuat Temu Janji Online KWSP, sila ikuti cara seperti dibawah :

Nak Buat Urusan Di Kaunter KWSP? Buat Janji Temu Online Dulu Ya

  • Pilih JENIS PERKHIDMATAN.
  • Pilih TARIKH.

Nak Buat Urusan Di Kaunter KWSP? Buat Janji Temu Online Dulu Ya

  • Pilih MASA.
  • Klik PILIH SLOT.
  • Isikan MAKLUMAT PERIBADI.
  • Pastikan semua kotak ditandakan.
  • Baca dan fahami PERAKUAN PEMOHON.

Nak Buat Urusan Di Kaunter KWSP? Buat Janji Temu Online Dulu Ya

  • Klik BUAT TEMUJANJI.
  • Status permohonan akan dipaparkan di skrin anda.
  • Anda akan menerima NOTIS PENGESAHAN sebagai rujukan melalui emel atau SMS.

Sebelum anda hadir ke cawangan dan kaunter KWSP, sila :

  • Muat turun aplikasi MySejahtera melalui GooglePlay, AppleStore dan Apps Gallery.
  • Imbas kod QR
  • Daftar masuk Janji Temu Online.

Anda boleh dapatkan panduan untuk muat turun aplikasi MySejahtera di : Download Aplikasi MySejahtera: Aplikasi Khas Bagi Membantu KKM Menangani Penularan COVID-19

Nak Buat Urusan Di Kaunter KWSP? Buat Janji Temu Online Dulu Ya

  • Amalkan langkah-langkah pencegahan Covid-19 seperti :

Maklumat Lanjut & Info

Dapatkan maklumat lanjut dan info seterusnya melalui :

  • Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP : 03-8922 6000

FAQ Soalan Lazim

1. Operasi Kaunter Perkhidmatan KWSP

Kaunter Perkhidmatan KWSP telah beroperasi sepenuhnya mulai hari Rabu, 6 Mei 2020, menggunakan konsep janji temu dan mulai Ahad, 14 Jun 2020 Ahli KWSP boleh membuat tempahan janji temu untuk mendapatkan perkhidmatan tambahan yang disediakan menerusi Janji Temu Online. Permohonan janji temu boleh dibuat melalui: Laman web KWSP www.kwsp.gov.my dan klik pada pautan Janji Temu Online atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 untuk membuat tempahan janji temu.

2. Bilakah waktu operasi kaunter?

Waktunya ialah 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja sahaja.

3. Apakah konsep Janji Temu Online

Janji Temu Online adalah platform yang membolehkan Ahli KWSP membuat permohonan janji temu untuk mendapatkan perkhidmatan tertentu di cawangan KWSP pada tarikh dan masa yang dipilih oleh Ahli.

4. Pemohonan pengeluaran lain yang ditawarkan melalui i-Akaun (Ahli)

Selain pengeluaran di atas, Ahli juga boleh menggunakan saluran dalam talian i-Akaun untuk membuat permohonan pengeluaran.

5. Anggaran amaun pengeluaran

Ahli perlu memasukkan jumlah anggaran pengeluaran di ruangan Jumlah Anggaran Pengeluaran semasa membuat permohonan melalui Janji Temu Online. Nota : Sekiranya tidak pasti akan jumlah baki simpanan dan amaun yang boleh dikeluarkan, Ahli boleh meletakkan 000 pada ruangan amaun pengeluaran. Pegawai kami akan membantu menyemak jumlah sebenar pengeluaran semasa Ahli hadir ke kaunter yang dipilih untuk mengemukakan permohonan pengeluaran.

6. Tempoh untuk membuat permohonan melalui Janji Temu Online

Ahli KWSP boleh membuat permohonan melalui Janji Temu Online seawal 14 hari bekerja dan selewat-lewatnya 2 jam sebelum masa janji temu, tertakluk kepada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan waktu yang dimohon. Ilustrasi : A. Sekiranya Ahli membuat permohonan melalui Janji Temu Online pada hari Selasa jam 10.00 pagi, ahli boleh memilih slot janji temu seawal jam 12.00 tengahari pada hari yang sama untuk hadir ke cawangan KWSP bergantung kepada kekosongan slot di cawangan tersebut. B. Sekiranya Ahli membuat permohonan melalui Janji Temu Online pada hari Selasa jam 3.00 petang, ahli boleh memilih untuk hadir ke cawangan KWSP seawal jam 8.30 pagi hari Rabu bergantung kepada kekosongan slot di cawangan tersebut.

7. Pengesahan permohonan janji temu

Ahli yang telah membuat permohonan melalui Janji Temu Online akan menerima notis pengesahan permohonan melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas SMS sebagai peringatan berdasarkan alamat e-mel dan nombor telefon yang didaftarkan semasa membuat permohonan.

8. Permohonan untuk menukar tarikh atau membatalkan janji temu

Ahli boleh menukar tarikh atau membatalkan janji temu selewat-lewatnya 12 jam sebelum tarikh yang ditetapkan. Permohonan boleh dibuat menerusi pautan yang disertakan dalam notis pengesahan permohonan yang telah dihantar melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas SMS.

9. Lewat hadir dan ketidakhadiran Ahli pada masa janji temu

Jika Ahli lewat hadir atau tidak hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, janji temu yang dibuat akan terbatal dan Ahli perlu membuat permohonan semula melalui Janji Temu Online.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image