Tarikh Bayaran BSH Fasa 2 (Mac) & Tambahan BSH RM150 Seorang Diumumkan

6,013

Tarikh Bayaran BSH Fasa 2 (Mac) & Tambahan BSH RM150 Seorang.

Berikut adalah tarikh bayaran BSH fasa 2 yang diawalkan dari bulan Mei ke bulan Mac 2020.

Selain itu, setiap penerima akan mendapat dana tambahan sebanyak RM100 secara tunai dan RM50 secara e-tunai yang akan dibuat pada bulan Mei nanti.

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Interim Tun Mahathir pada pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 sebentar tadi.

Tarikh pembayaran BSN Fasa 2 ini juga diawalkan bertujuan bagi merangsang perkembangan ekonomi domestik yang terkesan akibat wabak Covid-19 yang berlaku diseluruh dunia.

Tarikh Bayaran BSH Fasa 2 Mac 2020

Untuk makluman, BSH 2020 fasa 1 telah selesai dibayar pada 20 Januari lepas.

Manakala baki akan dibayar pada Fasa 2 yang diawalkan bulan Mac. Untuk pembayaran BSH Fasa 3 pula dijangkakan akan bermula Ogos nanti.

Bagi pembayaran BSH Fasa 2, kerajaan telah menyediakan dana tambahan RM150 untuk setiap penerima BSH yang akan dikreditkan pada bulan Mei nanti.

Namun, tarikh rasmi pembayaran BSH fasa 2 masih belum dimuktamadkan.

Permohonan Baru & Kemaskini

Untuk permohonan baru BSH, anda boleh dapatkan maklumat lanjut permohonan melalui pautan ini ~ Permohonan Baru BSH. Untuk kemaskini pula anda boleh dapatkan maklumat lanjut di sini.

Sekiranya anda layak, sila mohon secara online di portal rasmi bsh.hasil.gov.my, atau secara manual di mana-mana kaunter LHDN berhampiran.

Kemaskini hanya perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat berikut:

  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

Pakej Rangsangan Ekonomi 2020

Selain pengumuman tarikh BSH fasa 2, Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengumumkan beberapa maklumat penting.

Antaranya; pengurangan kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak empat peratus iaitu daripada 11 peratus kepada tujuh peratus.

Selain itu, kerajaan juga akan menyalurkan dana RM10 juta kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk menyediakan kemudahan simpanan makanan supaya harga dapat dikurangkan.

10,000 usahawan tempatan yang menjual produk dan barangan di platform e-dagang turut akan menerima geran sebanyak RM1,000.

Malah, peruntukan tambahan RM20 juta turut diberikan kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) bagi menaik taraf Pusat Internet Desa kepada hab e-dagang.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image