Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Sempena Hari Raya Aidilfitri 2020
PENTING! Buat para pembeli online, sila take note tarikh penting ini untuk pastikan barangan yang dipesan secara atas talian sampai sebelum Aidilfitri 2020 yang dijangka jatuh pada 24 Mei 2020. Pengguna diingatkan untuk melakukan pengeposan sebelum atau pada tarikh akhir seperti yang diumumkan oleh Pos Malaysia.
Pos Malaysia telah mengeluarkan kenyataan tentang tarikh akhir pengeposan item Pos Laju, mel dan kad ucapan Hari Raya sempena sambutan Aidilfitri 2020.
Berikut adalah perkongsian mengenai tarikh akhir pengeposan Pos Laju sempena Aidilfitri 2020.
TARIKH AKHIR PENGEPOSAN POS LAJU
Tarikh akhir pengeposan bergantung kepada jenis serta destinasi item yang dipos.
Berikut adalah tarikh akhir pengeposan bagi barang, dokumen, mel dan kad ucapan Hari Raya:
- Pos Laju & Mel
– Dalam Semenanjung Malaysia: 18 Mei 2020
– Semenanjung Malaysia – Sabah/Sarawak: 16 Mei 2020 - Kad Ucapan Hari Raya
– Dalam Semenanjung Malaysia: 20 Mei 2020
– Semenanjung Malaysia – Sabah/ Sarawak: 20 Mei 2020
Untuk makluman, Pos Malaysia tetap menerima pengeposan sehingga 22 Mei 2020, namun serahan hanya akan dilakukan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.
Untuk sebarang pertanyaan, salurkan kepada AskPos di www.pos.com.my. Maklumat terkini juga akan didapati melalui media sosial rasmi Pos Malaysia.
Semoga perkongsian mengenai tarikh akhir pengeposan Pos Malaysia ini memberi manfaat buat para pembeli online dan peniaga online dalam merancang masa kiriman barangan menggunakan Pos Malaysia.