Info Kerjaya Malaysia

Kemasukan Tingkatan 4 Ke Maktab Tentera DiRaja Sesi 2021 Untuk Lelaki Sahaja. Semak Syarat Kemasukan Disini

2,509

Kemasukan Tingkatan 4 Ke Maktab Tentera DiRaja Sesi 2021 Untuk Lelaki Sahaja

Untuk makluman, Maktab Tentera DiRaja atau dikenali sebagai RMC akan membuka kemasukan bagi pelajar tingkatan 4 untuk lelaki sahaja pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Maktab Tentera DiRaja adalah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang bertaraf  Sekolah Premier di bawah kendalian Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH).

Bentuk pengajian di MTD ini lebih berasaskan disiplin serta pembudayaan cara hidup ala tentera. MTD juga mengutamakan aspek kepimpinan dan kecemerlangan dalam setiap program, pemerkasaan semangat kerjasama serta nilai integriti yang tinggi.

Kemasukan Tingkatan 4 Ke Maktab Tentera DiRaja Sesi 2021 Untuk Lelaki Sahaja. Semak Syarat Kemasukan Disini

Syarat Permohonan Kemasukan Ke Maktab Tentera DiRaja

Sebelum membuat permohonan kemasukan Tingkatan 4 di MTD, semak dahulu syarat kelayakan seperti :

Syarat Akademik

  • Keputusan Pentaksiran Kemasukan ke Sekolah Khusus secara dalam talian melalui Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Lulus ujian Pemilihan Putera Maktab Tentera DiRaja.

Nota : Tarikh permohonan kemasukan adalah mengikut ketetapan dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Syarat Permohonan Yang Lain

  • Pemohonan (lelaki sahaja) dan ibu bapa mestilah warganegara Malaysia
  • Berat minimum : 40.5 kg
  • Tinggi minimum : 152 cm
  • Body Mass Index (BMI) : 18 hingga 27
  • Ukuran dada : 74 cm (biasa) dan 79 cm (tarik nafas)
  • Penglihatan : Baik dan tidak rabun warna. Bagi anda yang berkacamata hendaklah tidak melebihi 6/12.
  • Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit.

Kemasukan Tingkatan 4 Ke Maktab Tentera DiRaja Sesi 2021 Untuk Lelaki Sahaja. Semak Syarat Kemasukan Disini

Keistimewaan Belajar Di Maktab Tentera DiRaja

Anda yang layak untuk meneruskan pengajian dia Maktab Tentera DiRaja akan menikmati pelbagai kemudahan secara percuma seperti :

  • Penginapan dan sajian sebanyak 6 kali sehari.
  • Elaun sebanyak RM100/bulan.
  • Rawatan kesihatan.
  • Pakaian seragam tentera dan keperluan pemakaian di MTD.
  • Kelas akademik, makmal, perpustakaan dan dewan makan yang berhawa dingin.
  • Buku teks dan keperluan pembelajaran.
  • Kemudahan komputer dan internet di setiap kelas akademik.
  • Program eksplorasi akademik, ekspedisi mencabar, kepimpinan dan jati diri.
  • Perkhemahan dan eksesais tahunan ala ketenteraan.
  • Latihan ketenteraan seperti menembak, kawad kaki rejimental, membaca peta dan war cry.
  • Waran perjalanan udara tahunan (pergi dan balik) bagi putera-putera dari Sabah dan Sarawak.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan kemasukan Tingkatan 4 ke Maktab Tentera DiRaja di saluran berikut :

  • Unit Pengambilan & Promosi, Jabatan Pendidikan Tentera, Maktab Tentera DiRaja, Kem Perdana Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur.
  • Telefon : 03-8946 5562
  • Faks : 03-8946 5530
  • Emel : [email protected]

close-image