Info Kerjaya Malaysia

Ini Contoh Surat Tunjuk Sebab Jika Datang Lewat & Tidak Hadir Kerja. Formal Tapi Simple

23,996

Datang Lewat Dan Tidak Hadir Kerja

Tahukah anda bahawa pentingnya menyediakan surat tunjuk sebab sekiranya anda hadir lewat atau tidak hadir ke tempat kerja anda?

Surat ini bertujuan untuk rekod Bahagian Sumber Manusia mengenai ketidakhadiran anda ketika waktu bekerja dan mempunyai sebab serta alasan yang kukuh serta mendapat pertimbangan daripada pihak berkenaan.

Ia juga menunjukkan sikap bertanggungjawab anda atas tugasan yang diberikan oleh pihak majikan dan tidak hadir ke tempat kerja dengan sewenang-wenangnya.

Mari ikuti perkongsian ini untuk mengetahui cara-cara menyediakan surat tunjuk sebab untuk diberikan kepada Bahagian Sumber Manusia beserta alasan yang relevan.

Ini Contoh Surat Tunjuk Sebab Jika Datang Lewat & Tidak Hadir Kerja. Formal Tapi Simple

Memo Tunjuk Sebab Majikan

Sekiranya anda mendapat memo tunjuk sebab daripada majikan akibat kelewatan anda ke tempat kerja atau tidak hadir bekerja, anda mesti membalas memo tersebut melalui surat tunjuk sebab beserta dokumen sokongan sekiranya ada.

Jadi, sebelum anda menerima memo tunjuk sebab daripada majikan, lebih baik anda menghantar terlebih dahulu surat tunjuk sebab mengapa anda tidak hadir atau lewat ke tempat kerja pada hari tersebut.

Baca juga : Contoh Surat Pelepasan Perjalanan

Surat Tunjuk Sebab Beserta Contoh

Sama seperti surat formal yang lain, perkara yang perlu ada dalam surat tunjuk sebab adalah seperti berikut :

  • Nama anda
  • Alamat anda
  • Tarikh surat
  • Nama Majikan / Pengurus
  • Nama syarikat
  • Alamat syarikat
  • Panggilan
  • Tajuk surat
  • Pendahuluan
  • Isi penting (Sebab serta alasan yang kukuh. Sertakan dokumen jika ada)
  • Penutup
  • Tandatangan & nama anda

Contoh Surat Tunjuk Sebab

Berikut adalah contoh surat tunjuk sebab yang boleh anda gunakan untuk menyatakan sebab serta alasan anda kepada pihak majikan.

Contoh Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Kerja

Contoh Surat Tunjuk Sebab Lewat Masuk Kerja

Contoh Surat Tunjuk Sebab Kesalahan Tata Tertib

Contoh Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Kursus

Contoh Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Mesyuarat

Selain contoh surat di atas anda juga boleh rujuk Contoh Surat Berhenti Kerja 30 Hari ~ Download Template Percuma ini.

close-image