Semakan Permohonan Telefon Pintar Percuma Bagi Pelajar Sekolah B40 Di Buka

34,129

Semakan Permohonan Telefon Pintar Percuma Bagi Pelajar Sekolah B40 Di Buka.

Perhatian buat para pelajar sekolah dari keluarga B40 yang ingin membuat semakan status telefon pintar percuma dengan data 120GB.

Berikut dikongsikan cara buat semakan status permohonan anda.

Semakan Status Telefon Pintar Percuma Bagi Pelajar Sekolah B40

Berikut dikongsikan maklumat lengkap cara membuat semakan status permohonan telefon pintar percuma YTL.

Anda boleh ikuti langkah di bawah untuk membuat semakan permohonan telefon pintar percuma anda.

A. Semakan Secara Online

1. Layari laman sesawang https://lcs.yes.my.

2. Pilih Inisiatif samaada “SIM Percuma Dengan Data”, “Telefon Percuma Dengan SIM”, “SIM Percuma ICSS” dan “SIM Percuma Universiti”.

3. Masukkan No. Kad Pengenalan Ibu Bapa yang didaftarkan.

4. Kemudian, masukkan No. MyKid/ MyKad yang dicalonkan.

5. Klik pada butang “Hantar” untuk membuat semakan status permohonan anda.

B. Semakan Menerusi Emel

1. Anda akan dimaklumkan status permohonan menerusi emel. Ibu bapa akan turut menerima emel berkaitan proses pendaftaran.

2. Ibu bapa perlu mengikuti proses pendaftaran serta memuat naik beberapa maklumat seperti berikut:

– 1 salinan MyKad/MyKid pelajar
– 1 salinan MyKad ibubapa
– Surat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila menghubungi di:

YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Emel: [email protected]
Tel: +603 2038 0888
Fax: +603 2038 0388

Semoga perkongsian Semakan Status Telefon Pintar Percuma Bagi Pelajar Sekolah B40 ini dijadikan panduan buat para pelajar dan ibu bapa!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image