Info Kerjaya Malaysia

Contoh Surat Rayuan Pengurangan Bayaran Hutang Bulanan (Ansuran dan Lain-lain)

33,531

Anda mungkin antara mereka yang mempunyai masalah untuk membayar hutang bulanan kerana mengalami kesukaran disebabkan pelbagai situasi dan faktor lain.

Tambahan pula semasa tempoh sukar PKP dan penularan COVID-19 yang membataskan pergerakan untuk anda bekerja atau berniaga. Akibatnya anda sukar untuk membuat pembayaran ansuran bulanan bagi hutang-hutang anda.

Anda boleh mencuba cara ini untuk mengurangkan bayaran terhadap hutang anda iaitu dengan menghantar surat rayuan pengurangan bayaran ansuran bulanan anda.

Dengan cara ini diharapkan anda tidak akan terbeban untuk melaksanakan tanggungjawab anda yang lain di samping dapat membayar segala hutang bulanan.

Berikut merupakan Contoh Surat Rayuan Pengurangan Bayaran yang anda boleh gunakan. Anda boleh ikut format dan isi di bawah, sesuaikan dengan situasi anda.

Perlu diingatkan surat di bawah menggunakan format surat rasmi.

CONTOH SURAT PENGURANGAN BAYARAN

Sila ikut format di bawah dan sesuaikan dengan situasi semasa anda. Tukar nama dan alamat anda dan masukkan butiran laun yang diperlukan sebelum anda hantar surat di bawah.

Surat ini boleh anda hantar secara manual atau online bergantung kepada cara anda berurusan dengan syarikat penghutang anda.

Berikut contoh surat yang anda boleh jadikan rujukan.


Shamsila Hani Bte Hj Asmat
……………………..
……………………..
……………………..

03 Mei 2020

Agen Penghutang Sdn.Bhd
…………………….
…………………….
…………………….

 

Kepada Siapa Yang Berkenaan,

Perhatian : Jabatan Kredit
Perkara    : No Ahli – 01454-5475 Shamsila Hani Bte Hj Asmat

Dukacitanya dimaklumkan saya dengan ini tidak dapat membayar hutang pinjaman mengikut jadual bulanan disebabkan situasi yang dialami sekarang. Tetapi saya masih akan membuat bayaran tersebut.

2. Setelah membuat catat kira perbelanjaan harian dan situasi kewangan saya yang meruncing kini,saya ingin memohon untuk penjadualan semula bayaran pinjaman. Saya juga memohon supaya bayaran pinjaman dikurangkan sehingga situasi pendapatan saya stabil.

3. Jika dibenarkan saya ingin menawarkan pelan pengurangan bayaran sebanyak RM………. sebulan berbanding bayaran biasa yang dijadualkan sebanyak RM………. sehingga situasi saya stabil.

Saya akan membuat bayaran seperti biasa setelah situasi kewangan saya telah stabil dan saya akan sentiasa khabarkan anda tentang kemajuan situasi saya nanti.

Dengan itu,saya amatlah berharap yang pihak tuan akan meluluskan permohonan saya dan memberikan kerjasama.

Sekian,terima kasih.

 

Yang Benar

 

……………………………

Shamsila Hani Bte Hj Asmat

close-image