Info Kerjaya Malaysia

SOP Ibadah Korban Mengikut Jabatan Agama Islam Negeri Masing-Masing

1,186

Ibadah Korban

Berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia apabila aktiviti korban dibenarkan mengikut SOP. Malahan seluruh warga Wilayah Persekutuan juga mampu menarik nafas lega apabila dibenarkan melakukan ibadah korban mengikut SOP yang digariskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

SOP Korban Negeri Lain

Bagi negeri-negeri lain selain Wilayah Persekutuan pula, SOP yang digariskan adalah mengikut jabatan agama masing-masing. Tetapi negeri-negeri lain juga boleh melaksanakan ibadah korban mengikut SOP yang digariskan oleh pihak JAKIM.

“Kebenaran ini untuk Wilayah Persekutuan kerana negeri-negeri lain tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri masing-masing. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam mesyuarat khas menteri-menteri telah menyediakan SOP lengkap ibadat korban.”

SOP Ibadah Korban Mengikut Jabatan Agama Islam Negeri Masing-Masing

Senarai SOP Ibadah Korban

  1. Penganjur perlu lapor aktiviti ibadah korban kepada pejabat daerah terdekat.
  2. Kapasiti kehadiran 250 orang.
  3. Nisbah seekor lembu dikendalikan tak lebih 30 petugas sahaja.
  4. Kaunter di pintu masuk bagi memeriksa suhu badan.
  5. Sanitasi tangan dan rekod kehadiran.
  6. Petugas dan mereka yang hadir juga tidak bergejala.
  7. Kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan hadir.
  8. Petugas dan tetamu perlu daftar menggunakan aplikasi MySejahtera atau rekod secara manual.
  9. Penjarakan sosial mesti dilaksanakan sekurang-kurangnya 1 meter.
  10. Pakai penutup muka dan sarung tangan.
  11. Digalakkan guna sistem moden seperti menggunakan sangkar sembelihan.

Tempat Sembelihan

Terdapat 28 rumah sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 31 rumah sembelihan ruminan swasta yang dilesenkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta masjid, surau dan kawasan yang mendapat kelulusan pihak berkuasa agama dan PBT.

SOP Ibadah Korban Mengikut Jabatan Agama Islam Negeri Masing-Masing

Jumlah Petugas

Hanya 30 petugas sahaja dibenarkan untuk menguruskan sesi ibadah korban dari awal proses sehingga selesai.

“Kapasiti kehadiran adalah 250 juga, seperti kapasiti kehadiran mana-mana aktiviti dibenarkan. Petugas dihadkan seekor lembu, tidak melebihi 30 orang petugas.
Untuk menguruskan seekor lembu, tumbangkan lembu, sembelih, melapah, memotong, memasukkan ke dalam plastik dan mengedar daging kepada penerima 30 orang.”

close-image