Info Kerjaya Malaysia

Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama MyDeposit 2020. Mohon Sekarang

6,461

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama MyDeposit 2020

Pihak kerajaan telah menyediakan satu insentif iaitu Skim MyDeposit 2020 untuk membantu rakyat Malaysia yang kekurangan modal untuk membayar deposit bagi pembelian rumah pertama mereka.

Info MyDeposit 2020

Sedikit info mengenai MyDeposit 2020 ini ialah : 

  • Bertujuan meningkatkan keupayaan pemilikan rumah pertama kepada mereka yang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan antara RM3,000 hingga RM10,000 sebulan.
  • Telah dibuka pada pada 15 Disember 2017 sehingga tarikh tutup yang dimaklumakan dari semasa ke semasa.
  • Peruntukkan sebanyak RM25 juta untuk skim ini.
  • Dibuka kepada 2,000 permohonan sahaja.

Syarat Permohonan MyDeposit 2020

Berikut adalah syarat permohonan MyDeposit 2020 :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohoan mestilah berumur 21 tahun ke atas.
  3. Pemohon hanya layak untuk pembelian rumah pertama sahaja.
  4. Pendapatan isi rumah antara RM3,000 hingga RM10,000 sebulan.
  5. Nilai hartanah mestilah dibawah RM500,000.

Nota : Moratorium, Sekatan penjualan 10 tahun daripada tarikh Perjanjian Jual Beli (S&P) ditandatangani.

Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan ini,

  • Pastikan nama anda tidak disenarai hitam dan rekod CCRIS anda dalam keadaan yang baik.
  • Klik pautan KPKT untuk membuka akaun.

Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama MyDeposit 2020. Mohon Sekarang

  • Jika anda belum pernah mendaftar, klik DAFTAR AKAUN dan ikuti langkah-langkah mendaftar seperti yang tertera.
  • Setelah siap mendaftar, anda boleh LOG MASUK dengan memasukkan NO KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN.
  • Seterusnya anda boleh membuat permohonan anda.

Proses Permohonan MyDeposit 2020

  • Anda akan terima Surat Tawaran Bersyarat Skim MyDeposit
    sebagai ‘cagaran’ untuk bantuan deposit 10% rumah anda.
  • Cari, semak dan mohon pinjaman perumahan sebelum tanda tangan Perjanjian Jual Beli (S&P). Kebiasaannya pinjaman perumahan akan turut meliputi kos insuran dan kos guaman bagi pinjaman.
  • Tanda tangan S&P. Jika rumah yang dibeli berstatus ‘undercon’ atau sedang dibina, pemaju selalunya akan ‘serap’ kos guaman bagi S&P.
  • Tanda tangan Surat Tawaran Pinjaman selepas menerima ‘Offer Letter’ dari bank jika pinjaman anda diluluskan.

Penjual atau pemaju akan membuat tuntutan deposit 10% kepada kerajaan menggunakan surat Tawaran Bersyarat MyDeposit setelah semua proses permohonan diluluskan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk memohon MyDeposit 2020 ini ialah :

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan pasangan.
  3. Salinan kad pengenalan / Sijil Kelahiran anak-anak dan tanggungan.
  4. Salinan surat nikah/ Sijil Nikah/ Surat Cerai/ Sijil Kematian.
  5. Penyata gaji terbaru pemohon.
  6. Penyata gaji terbaru pasangan.
  7. Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon.
  8. Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan.
  9. Salinan CCRIS pemohon (semak CCRIS online di eCCRIS).
  10. Akaun Bersumpah/ berkanun mengenai jumlah pendapatan bulanan pemohon dan pasangan yang berkerja sendiri dan perlu disahkan oleh Pesuruhjaya sumpah.
  11. Surat Pengesahan Majikan Pemohon. Maklumat yang diperlukan adalah status perkhidmatan/pekerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan.
  12. Surat Pengesahan Majikan Pasangan. Maklumat yang diperlukan adalah status perkhidmatan/pekerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan.
  13. Surat Pengesahan OKU sama ada pemohon, pasangan atau
    tanggungan (jika berkaitan).

Projek Perumahan Yang Dibenarkan Untuk Skim MyDeposit 2020

  • Projek perumahan baharu yang berlesen daripada pemaju perumahan yang berlesen sahaja.
  • Harga pembelian rumah RM500,000 dan ke bawah.
  • Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi/ insentif/ dana Kerajaan.
  • Projek perumahan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti projek PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, PPR, MyHome dan Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri adalah TIDAK LAYAK.

Carta Aliran MyDeposit 2020

Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama MyDeposit 2020. Mohon Sekarang

close-image