Info Kerjaya Malaysia

Skim PEKA B40: Semakan dan Pendaftaran Skim Pelindungan Kesihatan B40

2,628

Skim PEKA B40

Tahukah anda apa itu PEKA B40? Ia adalah singkatan daripada Skim Perlindungan Kesihatan dan merupakan satu inisiatif kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit.

Teruskan membaca perkongsian ini untuk mengetahui syarat dan kriteria kelayakan untuk semakan serta pendaftaran Skim PEKA B40.

Agensi Yang Bertanggungjawab

  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • ProtectHealth Corporation Sdn Bhd

Syarat Kelayakan

Semua rakyat Malaysia yang menepati kriteria ini adalah layak untuk menerima Skim PEKA B40:

  • Tergolong dalam kumpulan pendapatan isi rumah 40% terendah atau dikenali sebagai B40.
  • Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) dan pasangannya yang telah berdaftar.
  • Berumur 40 tahun dan ke atas.

Nota : Anda tidak perlu mendaftar kerana penyertaan adalah secara automatik dan percuma kepada penerima PEKA B40.

Cara Semakan

Jika anda ingin membuat semakan PEKA B40, anda hanya perlu :

  • Masuk pautan ini : SEMAKAN B40
  • Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  • Klik SEMAK.

Skim PEKA B40: Semakan dan Pendaftaran Skim Pelindungan Kesihatan B40

Manfaat PEKA B40

Berikut adalah manfaat PEKA B40 kepada penerima :

  1. Saringan kesihatan
  2. Bantuan alat perubatan sehingga RM20,000.
  3. Insentif melengkapkan rawatan kanser sebanyak RM1,000.
  4. Insentif tambang pengangkutan sehingga RM1,000.

Skim PEKA B40: Semakan dan Pendaftaran Skim Pelindungan Kesihatan B40

Skim PEKA B40: Semakan dan Pendaftaran Skim Pelindungan Kesihatan B40

Proses Skim PEKA B40

Untuk mendapatkan manfaat PEKA B40, anda perlu mengikuti proses berikut :

  • Semak kelayakan Skim PEKA B40 menerusi pautan seperti di atas.
  • Jika layak, anda perlu mengunjungi klinik yang berdaftar dengan PEKA B40.
  • Bawa kad pengenalan bersama anda.
  • Rujuk pautan ini untuk lihat senarai klinik : Senarai Klinik Peka B40
  • Saringan pemeriksaan kesihatan semasa kunjungan pertama penerima Skim PEKA B40.
  • Kos adalah percuma kerana ditanggung oleh pihak kerajaan.
  • Keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan pada kunjungan yang kedua perlu dirujuk ke Fasiliti KKM atau program Sihat Cergas KKM.

Skim PEKA B40: Semakan dan Pendaftaran Skim Pelindungan Kesihatan B40

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai Skim PEKA B40, anda boleh hubungi :

FAQ Soalan Lazim

1. Apakah PeKa B40?

- Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD). - PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40. - Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan mereka, yang berumur 40 tahun dan ke atas, secara automatik layak menyertai PeKa B40. Tiada pendaftaran khusus diperlukan untuk menyertai PeKa B40.

2. Apakah objektif PeKa B40?

PeKa B40 bertujuan untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang diperlukan, mengurangkan beban kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Inisiatif ini memberi penekanan kepada penyakit tidak berjangkit dan memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama sektor awam dan swasta, lebih-lebih lagi di peringkat penjagaan kesihatan primer.

3. Apakah manfaat PeKa B40?

- Saringan Kesihatan - Bantuan Alat Perubatan - Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser - Insentif Tambang Pengangkutan

4. Mengapa PeKa B40 hanya melibatkan kumpulan B40 yang berumur 40 tahun dan ke atas sahaja?

- PeKa B40 bermula sebagai projek perintis dan dilaksanakan secara berperingkat. - Lebih ramai kumpulan B40 menghidapi penyakit tidak berjangkit berbanding kumpulan lain (M40 & T20). - Peringkat umur 40 tahun ke atas juga mempunyai beban penyakit NCD yang lebih tinggi, dan belum dikesan atau tahap penyakit tidak dikawal dengan baik. - Ia akan diperluaskan kepada kumpulan yang lain bergantung kepada keberkesanan program ini dan peruntukan kewangan dari Kerajaan.

5. Siapa pentadbir skim PeKa B40?

- ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth), yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). akan mentadbir skim ini. - Sebagai sebuah syarikat yang tidak berasaskan keuntungan, ProtectHealth menyelaras, mentadbir dan menguruskan inisiatif yang berkaitan dengan pembiayaan perkhidmatan penjagaan kesihatan sepertimana diamanahkan oleh KKM. - ProtectHealth sebagai pentadbir Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) seperti yang telah dimandatkan oleh Kerajaan tidak ditakrifkan sebagai Organisasi Jagaan Yang Diuruskan (Managed Care Organization) di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

6. Apakah yang diperlukan untuk menjalankan saringan kesihatan?

- Hanya MyKad perlu dibawa. - Tiada pendaftaran lebih awal diperlukan. Tiada bayaran dikenakan. - Tidak perlu berpuasa.

close-image