Info Kerjaya Malaysia

Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS), Lihat Syarat & Mohon Sekarang

903

Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS)

Kerajaan negeri Selangor sangat mengambil berat dengan kesihatan wanita dan mewujudkan satu program yang berkaitan iaitu Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) dengan bertujuan untuk memastikan kesihatan wanita terjaga dalam keadaan yang optimum.

Golongan Sasaran

Golongan sasaran bagi skim ini ialah kaum wanita yang menetap di Selangor yang berumur 50 tahun ke atas dengan menyediakan pemeriksaan Mammogram secara percuma.

Pemeriksaan Mammogram percuma ini juga bertujuan untuk mencapai matlamat kerajaan negeri Selangor iaitu 1 Juta Wanita Selangor Sihat.

Syarat Permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS)

Anda yang ingin memohon skim ini, sila semak kelayakan seperti :

  • Wanita warganegara Malaysia berumur 50 tahun ke atas.
  • Pemohon mestilah pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
  • Pemohon metilah lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor.
  • Pemohon  yang tidak lahir di negeri Selangor, anda perlu bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun di Negeri Selangor secara sah.
  • Pemohon perlu mendapatkan cop pengesahan taraf mastautin daripada pengesah yang dibenarkan dan berdekatan dengan tempat tinggal sahaja.
  • Jawatan pengesah yang dibenarkan untuk cop pengesahan adalah seperti berikut:
    i) Ahli Parlimen Selangor
    ii) ADUN Selangor
    iii) Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
    iv) Penghulu/Ketua Kampung
    v) Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
    vi) Ketua Komuniti/Nazir Masjid
  • Semua pemohon yang layak akan menjalani pemeriksaan Mammogram terlebih dahulu.
  • Pemeriksaan ultrasound dan biopsi hanya akan dijalankan apabila peserta mendapatkan nasihat oleh pihak doktor/pakar perubatan sahaja.

Cara Membuat Permohonan

Untuk memohon Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS), anda perlu :

  • Buat permohonan melalaui laman web rasmi YAWAS.

Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS), Lihat Syarat & Mohon Sekarang

  • Klik pada PERMOHONAN ONLINE.
  • Masukkan maklumat yang diperlukan.
  • Dokumen yang diperlukan mestilah dihantar terus ke Pejabat YAWAS.

Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS), Lihat Syarat & Mohon Sekarang

  • Untuk semakan status permohonan, anda boleh terus ke laman web YAWAS dan klik pada SEMAKAN dan masukkan nombor kad pengenalan anda.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Jika anda mempunyai pertanyaan dan memerlukan maklumat lebih lanjut mengenai Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS), sila hubungi YAWAS di :

  • Telefon : 03-5481 8839 / 03-5481 8835
  • Emel : [email protected]
  • Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
    Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
    Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
    40000 Shah Alam, Selangor.

close-image